Sunday, May 22, 2011

Sejarah JPJ Malaysia







Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan pada tahun 1937 , di bawah
Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai
Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan
perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April
1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar
dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah
Melayu.



Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu
Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor , Ketua Inspektor
Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak
berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri
mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937
diluluskan.



Selaras dengan pembukaan jabatan tersebut , satu undang-undang jalan
raya yang dinamakan Ordinan Lalulintas Jalan 1953, telah diluluskan
mengantikan Enakmen Lalulintas 1937 itu. Memandangkan pentingnya
tugas-tugas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut khasnya
terhadap kenderaan perdagangan, maka Bahagian Penguatkuasaaan telah
diwujudkan dan menjalankan fungsi penguatkuasaan tersebut.



Pada 1 April 1946 . Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang
bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh
negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini , pelbagai akta
berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas
Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi
menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi
landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya
kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980 ,
JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu
perkhidmatannya. Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman
jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian
dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian
fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini , maka
pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam
perkhidmatan. Era 90 an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan
kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.



Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di
bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan
kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987
untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat.
Selain itu , ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan
akta pengangkutan secara telus dan berkesan.

0 komentar:

Post a Comment


Top