Friday, July 9, 2010

Pak Tam Dah Masuk Wad Veterinar UPM

Sehari sebelum aku ke Veterinar UPM, aku telah rujuk kes Pak Tam di Kelana Jaya Veterinar Clinic di mana saya telah bertemu dengan Dr Intan dan Dr Hadzwan. Dr Intan telah memberi penerangan yang terperinci tentang kemungkinan yang berlaku terhadap Pak Tam..dan yang lebih menarik lagi, saya tidak dikenakan sebarang cas mahupun RM90 macam yang dicas oleh vet yang telah saya pergi pada lewat malam 3 hari lepas...

Ini adalah rakaman video penerangan Dr Intan mengenai kemungkinan sakit yang dihidapi Pak tam...walau bagaimanapun, Dr Intan menjelaskan bahawa penyakit Pak Tam hanya boleh diketahui melalui X ray sahaja...ikuti rakaman penerangan Dr Intan ni...


Gambar2 X Ray yang ditunjukkan di dalam video di atas adalah bukan milik Pak tam..ianya adalah milik simpanan Dr Intan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan...


Semalam seperti yang aku janji dengan Pak Tam, aku bawa dia ke Pusat Veterinar di UPM Serdang...Pak Tam menggigil sikit ketika ini..tak tau sama ada menahan sakit atau lapar..aku memang tak bagi dia makan banyak2 sebab takut keadaan jadi lebih teruk kalau dia nak buang air...

Masa aku tengah drive, Pak Tam tak habis2 menggesel kat aku..nak mengadu la tu...nak cakap dia bukannya reti...

Sibuk jer nak meninjau2 kat luar kereta...aku nak pulas stereng pun susah....bila pulas stereng, aku terpulas dengan dia skali...

Lidah dia terjelir, tak tau apehal...

Lepas tu aku berhenti kat tepi jalan, tepuk2 badan dia sampai dia tertidur...

Dah sampai pun...

Pak Tam terbaring tak bermaya...masa ni kat Ruang Menunggu..

Lepas beberapa minit, Dr Nor panggil aku masuk bawak Pak Tam...Dr Nor perlu menjalankan ujian X Ray terhadap Pak Tam...aku tak dapat butiran lanjut ketika proses X Ray dilakukan kerana aku disuruh tunggu di luar....ini adalah prosedur klinik ni...


Ni rakaman video Dr Nor sedang melakukan pemeriksaan terhadap Pak Tam


Ni gambar terakhir aku sempat tangkap sebelum 'berpisah dengan Pak Tam'. Dr Nor kata, ada pendarahan dan nanah di bahagian organ dalamannya....katanya lagi, nasib baik masih diperingkat awal...minor operation akan dilakukan secara berperingkat untuk mengeluarkan nanah tersebut.

Keadaan di sekitar veterinar UPM ni...luas dan bersih...

Inilah hasil X Ray Pak Tam...sekarang, anda semua dah kenal Pak Tam dengan tulangnya sekali...filem X Ray ini bakal menjadi bahan rujukan untuk pembelajaran veterinar bagi mahasiswa yang menuntut dalam jurusan veterinar....

Aku tak tahu macam mana nak jelaskan kat entri ni...aku rasa, cukuplah dengan penerangan di atas...

Selamat tinggal Pak Tam...jaga diri baik2 yer...papa datang lagi 5 hari.....tentang kosnya pula, qoutation yang diberikan oleh Dr Nor amatlah berpatutan...aku diberitahu oleh Dr Nor bahawa qoutation ini adalah P&C ( Private & Confidential )..Cukuplah aku nyatakan yang sumbangan yang diberikan oleh pengikut2 KAKIMOTONG FAN CLUB adalah ngam2 dengan qoutation tu...kalau ada lebih pun, ngam2 untuk belanja makanan Pak Tam...terima kasih kepada anda semua yang mendoakan kesihatan Pak tam...

Nak tahu lebih lanjut kisah Si Kenit ni?? Nanti saya update yer...ada banyak gambar nak publish pasal Si Kenit Siam ni....

0 komentar:

Post a Comment


Top