Friday, December 9, 2011

Bocil Saehu Disangka Kanak-Kanak






TERNYATA trio dari Indonesia ini memulakan langkah kanan dalam saingan Maharaja Lawak Mega (MLM). Kehadiran mereka pantas mencuit hati penonton dengan kasi lucu dan bersahaja. Malah juri tetap pada malam itu, Datuk Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin Hasan dan juri jemputan, Imran Ajmain turut memberikan pujian.



Biarpun berasal jauh nun dari seberang dan perbezaan sedikit dari segi lengkok bahasa, namun penampilan Eko, Vicha dan Bocil yang menggelar diri mereka Saehu mampu membuat penonton tertawa.



Apatah lagi dengan kehadiran Bocil yang begitu keletah, boleh dianggap sebagai ‘umpan’ untuk menarik minat penonton dan juri.



Kata pepatah ada menyatakan, kecil jangan disangka anak besar jangan disangka bapa, paling tepat untuk menggambarkan Bocil yang sebenarnya berusia 27 tahun.



“Ya, ketika di lapangan terbang Kuala Lumpur, pihak Imigresen juga berkali-kali bertanya kerana tidak percayakan umur saya. Tetapi hakikatnya saya memang sudah berusia 27 tahun dan semua ini adalah anugerah ALLAH SWT,” katanya yang ditemui selepas selesai melakukan persembahan.



Ditanya apakah pemilihan Bocil sebagai umpan untuk menarik minat penonton, Eko sebagai ketua kumpulan itu menjelaskan, tidak ada strategi untuk menonjolkan sesiapa di dalam kumpulan itu kerana masing-masing ada kelebihan.
“Kami merasakan kami semuanya ada kelebihan dan tidak terlintas di fikiran untuk menonjolkan Bocil untuk menarik perhatian penonton.



“Namun jika Bocil lebih terkenal dan dapat menarik perhatian, itu adalah bonus kerana secara tidak langsung Bocil membawa nama kumpulan ini,” katanya.



Suasana di dalam Royal Thethare Selangor gamat apabila Bocil begitu teruja ketika pengacara MLM, AC Mizal memberi peluang kepadanya untuk menegur idolanya, Siti Nurhaliza.



Malah selepas tamat sidang media, Bocil tidak menunggu lama untuk bergambar dengan idolanya itu.



“Saya amat meminati Siti Nurhaliza. Justeru apabila berpeluang bertentang mata dengannya, Bocil suka dan teruja sangat. Kenangan indah buat saya,” katanya yang begitu ramah dan lincah.



Tatkala ditanya sasaran mereka sepanjang berada di dalam program ini, Eko berkata sejujurnya mereka berharap akan kekal sehingga final MLM dan sekali gus bergelar juara.



“Kami bukan terlalu yakin akan menang tetapi kami akan cuba untuk memenangi pertandingan ini kerana sejujurnya bila kita menyertainya sesuatu pertandingan, tentulah kita harapkan kemenangan.



“Tetapi segalanya terpulang kepada rezeki yang ditentukan ALLAH SWT, kami Cuma berusaha,” katanya.



Bercerita mengenai kumpulan Saehu, Eko menjelaskan, mereka bertiga bergabung semata-mata untuk program MLM.



“Apabila mengetahui mengenai program ini, kami berpakat untuk bersatu dalam satu kumpulan kerana kami tahu kelebihan antara satu sama lain,” katanya.



Mereka akan menetap di Malaysia selama tiga minggu untuk menyesuaikan diri dengan bahasa Malaysia dan juga budayanya.



Katanya, selepas itu baru mereka akan berulang alik ke Indonesia jika masih kekal dalam pertandingan ini.


“Sebaik tamat program ini tadi, kami ada menerima respons dari warga Indonesia yang bekerja di sini dan Alhamdulillah, respons yang diterima cukup baik.



“Ia menjadi pembakar semangat buat kami untuk melakukan yang lebih baik pada minggu hadapan dan seterusnya,” katanya.



Persediaan rapi



Sebagai persiapan menghadapi program ini, mereka telah menyediakan beberapa konsep untuk diketengahkan setiap minggu dan akan diubah suai mengikut tema persembahan.



“Sebelum datang ke Malaysia, kami sudah melakukan persiapan dan latihan untuk menghadapi pertandingan ini.



“Kami tidak sesekali memandang enteng kumpulan lain, lebih-lebih lagi otai-otai pelawak yang ada di Malaysia,” katanya.



Kedatangan mereka ke sini adalah pengorbanan besar kerana Vicha dan Eko sudah berumah tangga.



Menurut Vicha, walaupun sedih kerana berpisah dengan anak yang masih kecil, dia harus kuat kerana mahu mengharumkan nama Indonesia.



“Keluarga menjadi motivasi terbesar saya untuk ke sini. Bukan mudah meninggalkan dua anak yang masih kecil, tetapi kami harus kuat menghadapi pertandingan ini.



“Eko juga begitu, mempunyai seorang anak yang masih kecil, tetapi semangat mereka menjadi pembakar semangat saya di sini,” katanya.





UPDATE



Nama sebenar : Muhammad Abdi Zein Bancin , Umur 28 tahun.

Friday, December 2, 2011

Peralatan Pelik Direka Ketika Banjir Di Thailand





Sekitar banjir di Bangkok, Thailand pada 2011 , bermacam2 peralatan pelik direka untuk kemudahan ketika banjir , korang tengok lah sendiri, betapa kreatifnya dorang , haha



















































































































Top