Monday, April 30, 2012

Mesin Pengorek Tanah Terbesar Di Dunia





Bagger 288 (excavator 288), yang dibina oleh syarikat Jerman Krupp untuk tenaga dan perlombongan firma Rheinbraun, excavator baldi-roda atau mesin perlombongan jalur bimbit. Ia adalah 311 kaki tinggi dan 705 kaki panjang dan berat 45.500 tan. Bagger 288 telah dibina bagi kerja membuang tanah beban sebelum perlombongan arang batu di Tagebau Hambach (stripmine Hambach), Jerman. Ia boleh menggali 240,000 tan arang batu atau 240,000 meter padu tanah beban harian, bersamaan dengan padang bola sepak (bola sepak) digali hingga 30 m (98 kaki) yang mendalam. Arang batu yang dihasilkan dalam satu hari mengisi 2400 gerabak arang batu. Pengorekan sehingga kepada 220 m (721 kaki) panjang dan kira-kira 96 ​​m (315 kaki) tinggi.






















































Kehidupan Harian Ahli Sumo Di Jepun



Sumo, atau gusti Sumo, adalah sukan sentuh persaingan di mana dua ahli gusti atau rikishi bertanding di dalam gelanggang bulat. Sukan ini berasal dari Jepun dan disertai oleh upacara dan istiadat. Seni mempertahankan diri Jepun modern, walaupun sukan ini mempunyai sejarah berabad-abad. Jom kita lihat kehidupan harian ahli sumo di jepun ni..












































































Gelongsor Air Tertinggi Di Dunia Setinggi 41 Meter





Tahu tak korang di mana gelongsor air tetinggi di dunia? Kalau korang nak tahu , ianya terletak di Brazil. Sangat mendebarkan bila meluncur dari ketinggian 41 meter tinggi bersamaan dengan 14 tingkat bangunan dengan kelajuan 104 km/j.











Korang berani ?

Friday, April 20, 2012

Gambar Proton Preve Kemalangan







Kejadian berlaku di leburaya DUKE, susur keluar ke Sentul. Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.











tengok apa yang tercabut tu..






Sunday, April 8, 2012

Mimaland, Gombak, Dalam Kenangan [1971-1994]








Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.



**Korang boleh klik pamphlet dibawah ni kalau tak puas tengok gambar kecil







Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.





Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.





Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.





Lagi cerita dan gambar di dalam..



Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


Mimaland Kini:
Menjadi taman rekreasi hantu-hantu.



Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..

..tetapi kini pintu masuk ke alam angker
Antara petikan angker dari forum Cari





salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..



xmo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe



jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes...



berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..





Basikal air kini tinggal kenangan..

Van company


Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekrasi



Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas

Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan




Video klip Gila-gila Remaja 1986 shooting di zaman kegemilangan Mimaland




Filem Tuan Besar 1980 (Aby pun tak lahir lagi). Mimaland pada minit ke 2:00 - 3:17


Cantik kan? Macam tak percaya je Gombak zaman 70-80 an dah ada taman ala-ala Jurassic Park bertahap antarabangsa







Kredit to:
arkibnegara.blogspot.com
Forum cari
Forum lowyat
Gambar-gambar yang diambil dari google


Top