Friday, July 23, 2010

Pertemuan Saya Dengan Seorang Pure Animal Lover Dan Kisah Hero Kucing Kurang Upaya Diperiksa Oleh Dr Intan

Seperti yang direncanakan, Hero akan saya bawa ke Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk pembedahan kecil membuang nanah pada testisnya yang bengkak dan sekaligus dikasikan. Segalanya adalah mengikut jadual yang diberi oleh Dr Intan.


Sementara menunggu klinik dibuka, saya singgah sebentar untuk bersarapan di sebuah restoran. Saya ternampak kelibat kucing jalanan ini sedang merayau-rayau mencari makanan...

Memang nasibnya, ada seorang insan yang berhati mulia telah memberikannya wet food untuk kucing ini..tapi, gambar semasa beliau memberi kucing itu makan tak sempat pula saya rakam...


Inilah orang yang berhati mulia yang saya maksudkan....saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat, lalu dengan selamba saya memperkenalkan diri saya dan blog kakimotong ni...saya pergi ke arah mejanya....saya ingin sangat memperkenalkannya dengan Hero....


Namanya ialah En Mohd Yusuf.....beliau agak terkejut ketika saya memperkenalkan diri...menurut beliau, dia memang ada sediakan makanan kucing di dalam keretanya untuk diberi kepada kucing2 jalanan yang dijumpainya....sekiranya beliau menjumpai kucing jalanan yang sakit, beliau terus menghantarnya pergi ke veterinar...Alhamdullillah, semoga Allah memberi rahmat kepada pasangan ini...dari air muka beliau, nampak beliau adalah seorang yang amat penyayang kepada haiwan....

Ini adalah isteri beliau, Puan Sarah...setelah sesi berkenalan selesai, saya menunjukkan kepada mereka blog kakimotong dan video Hero...Puan Sarah tiba-tiba sahaja menangis lepas menonton video tersebut...serba salah juga saya dibuatnya..kebetulan pula, memang saya bawa Hero pada masa tu dan mereka amat teruja melihat Hero dengan lebih dekat....

En. Mohd Yusuf begitu terharu melihat keadaan fizikal Hero, begitu juga dengan isterinya...tapi, Hero takut untuk keluar..En Yusuf panggil Hero Baby..alahai, manja gitu...

Tak lama kemudian, kami bersalaman dan En Yusuf pun beredar kerana ada urusan....pertemuan ini amat tidak dijangkakan....lepas itu, saya terus membawa Hero masuk ke klinik...


Di bawah adalah video penerangan mengenai penyakit Hero oleh Dr Intan dari Kelana Jaya Veterinary Clinic.


Kesimpulannya, Hero akan puasa 4 jam sebelum pembedahan kecil dilakukan yang dijadual akan bermula pada malam ini. Kemudian, Hero akan dikasikan sekali ( neutered ). Di bawah adalah gambar terakhir saya meninggalkan Hero...hu hu hu

Hero jangan naughty yer...

0 komentar:

Post a Comment


Top