Friday, May 20, 2011

Ada Apa Dengan Kad Pengenalan Kita?



Assalamualaikum ,sedikit fakta mengenai KAD PENGENALAN kita ,mesti ramai yang tak tahu format no 12 angka kat kad pengenalan kita tu kan . Dulu , aku pun hairan gak , kenapa ramai orang tanya kat aku , kenapa no ic aku pelik sangat ? aku pun hairan gak , apa yang pelik nya ? cukup je 12 no , so dorang tanya aku balik , ''43 tu negeri mana'' ? masa tu aku pun tak tahu nak jawab macam mana , da rasa macam dorang suspek aku ni pendatang tanpa izin da , hahaha .



Jadi , ada jom kita ketahui fakta2 ni ok ..






pic kredit : soleh.net

Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan
satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai
nombor kad pengenalan.



Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan
tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri
lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan
dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang
digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan
ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera
menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan
ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor
terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh
sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.



Sebagai
pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir
dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina
pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir
berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang
MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang
adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah
dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana
nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan
pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.



SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-



    Johor 01,21,22,23,24

    Kedah 02, 25, 26, 27

    Kelantan 03, 28, 29

    Melaka 04, 30

    Negeri Sembilan 05, 31,59

    Pahang 06, 32, 33

    Pulau Pinang 07, 34, 35

    Perak 08, 36, 37, 38, 39

    Perlis 09, 40

    Selangor 10, 41, 42, 43, 44

    Terengganu 11, 45, 46

    Sabah 12, 47, 48, 49

    Sarawak 13, 50, 51, 52, 53

    Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57

    Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58

    Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16

    Negeri Tidak Diketahui 82



Jadi korang belek dompet korang , korang tengok , No kad pengenalan korang negeri mana ek ..

0 komentar:

Post a Comment


Top