Sunday, May 29, 2011

Gambar : Setem Termahal Di Dunia

1. The Three-Skilling Yellow







The Three-Skilling Yellow, adalah setem salah cetak terbitan kerajaan
Sweden iaitu cetakan pertamanya tahun 1855. Dimana setem normalnya saja
(yang seharusnya berwarna biru-hijau) juga termasuk setem awal.
Three-Skilling Yellow adalah salah satu setem langka dan hanya
satu-satunya yang tertinggal. Pada tahun 1984 setem ini terjual seharga
977.500 Switzerland Francs oleh David Feldman. kemudian pada tahun 1990
jualan mencapai angka satu juta dolar US tahun 1996 terjual seharga $
2.3 juta. Dan setiap kali terjual ianya mencetak rekod angka tertinggi
sebagai sebuah setem termahal di dunia.





2. The first two Mauritius







The first two Mauritius stamps (1847) adalah dua siri setem yang pertama
kali diterbitkan kerajaan kolonial Inggeris. Hanya tinggal satu buah
setem pertama dengan keadaan yg tidak digunakan begitu juga tiga buah
setem kedua. Tahun 1993 David Feldman melelong setem Mauritius milik
Hiroyuki Kanai yang menghasilkan rekod yang tertinggi. Setem pertama
yang berwarna jingga terjual seharga $ 1,072,260 dan yang kedua seharga $
1,148,850.





3. The Inverted Jenny







The inverted Jenny adalah setem Amerika pada tahun 1918 bergambar
pesawat Curtiss JN-4 dan secara tidak sengaja dicetak terbalik. Ini
mungkin adalah salah cetak paling terkenal di dunia Filateli Amerika.
Hanya 100 setem salah cetak yang tertinggal, membuatnya menjadi salah
satu setem salah cetak paling berharga. Satu blok penuh setem Inverted
Jenny terjual pada lelongan Robert A. Siegel pada bulan Oktober 2005
dengan harga US $2.7 juta. Dan bulan November 2007 sebuah setem inverted
Jenny terjual seharga US $977,500. Pada Disember 2007 sebuah setem mint
(belum terpakai) dengan keadaan baik sekali dijual kepada seorang
eksekutif Wall Street seharga US $825,000.





4. British Guiana One Cent Black on Magenta







British Guiana One Cent Black on Magenta (1856) adalah termasuk setem
terawal dan termahal. Setem ini dicetak di atas kertas tinggi rendah
berwarna magenta dengan tinta hitam dalam keadaan kecemasan. Diketahui
hanya ada satu buah yang tertinggal di seluruh dunia, jadi setem ini
unik dan tidak ada yang lain lagi yang pernah ditemui. Tahun 1980 telah
dilelong kepada John Dupont seharga US $935,000.





5. U.S. Franklin Z-Grill







Setem U.S. Franklin Z-Grill yg dihasilkan pada 1867 adalah setem terawal
dari semua setem Amerika Syarikat, hanya ditemui 2 buah yang masih
tinggal. Pada tahun 1988 sebuah setem "Z-Grill" 1 cent tahun 1868
terjual seharga US $930,000.





6. Hawaiian Missionaries







Hawaiian Missionaries, 1851 adalah setem pertama dari Hawaii kerana
ianya dicetak secara kasar dengan kertas yang tipis dan berkualiti
rendah, hanya beberapa setem sahaja yang berjaya diselamatkan dan
merupakan setem antara yang terawal. Nominal terendah iaitu 2 cent tahun
1851 adalah yang paling awal dari keseluruhan siri, dan hanya tinggal
16 buah sahaja. Sebuah setem Missionary 2 cent dengan keadaan mint
(belum terpakai) seharga US $760,000 dan keadaan used seharga US
$225,000.





7. The Penny Black







The Penny Black, adalah setem rasmi pertama di dunia, diterbitkan
Kerajaan Inggeris tarikh 1 Mei 1840 dan mula digunakan tarikh 6 Mei. The
Penny Black sebenarnya bukanlah setem yang paling awal tetapi termasuk
setem termahal. Jumlah cetakan 286,700 lembaran cetaknya dengan
68,808,000 juta buah setem. Sebuah setem Penny Black yang belum dipakai
menurut katalog Scott tahun 2001 seharga US $3,000 dan sudah terpakai
dengan harga US $180.

0 komentar:

Post a Comment


Top