Thursday, May 26, 2011

Pripyat - Bandar Yang Mati Akibat Letupan Reaktor Nuklear

Pripyat, Ukraine. Keinginan utk mengetahui lebih mendalam
tentang sejarah dunia berkaitan letupan reaktor nuklear di Chernobyl
pada tahun 1986 menarik hati aku untuk mengkaji sedikit sebanyak tentang
bandar Pripyat, Ukraine.














Bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan.
Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan
Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah
tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah
beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya.
pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini
dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan
pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu
ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu,
binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.









Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di
dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum tahun depan. Zon yang
dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk
membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat
letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar
Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar
Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah
ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.












Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk
bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud
syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerang
larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu
kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin
keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong
oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu
pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.












Penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa
apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara.
sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih
menjadi kota mati. 





0 komentar:

Post a Comment


Top