Saturday, May 21, 2011

Joseph Carey Merrick - Lagenda Manusia Gajah (Elephant Man)






Nama: Joseph Carey Merrick

Lahir : 5 Ogos 1862 (England)

Mati: 11 April 1890






Merrick dilahirkan sihat-walafiat dan tak nampak cacat celanya semasa
bayi dan beberapa tahun kemudian. Semasa usianya 5 tahun, dia mula
menampakkan tanda-tanda ganjil seperti kulit menjadi tebal dan
ketumbuhan yang luar biasa seolah-olah seperti kulit gajah. Bila dia
semakin membesar, tangan kanan dan kedua-dua kakinya menjadi besar.
Ibunya pernah memberitahu bahawa semasa hamil, dia telah ditolak dan
ditakut-takutkan oleh seekor gajah maka kononnya anaknya itu dilahirkan
terkenan semacam gajah. Kisah ini dipercayai oleh Merrick sepanjang
hidupnya.



Semasa kanak-kanaknya, Merrick pernah terjatuh dan ini merusakkan
pinggang kirinya mengakibatkan dia jalan tertempang-tempang sepanjang
hidupnya. Walaupun cacat sebegitu, Merrick tetap bersekolah seharian dan
mempunyai hubungan yang sangat rapat dan akrab dengan ibunya. Malah
Merrick mendapat sepenuh kasih-sayang dari ibunya kerana ibunya tahu dia
tidak seperti kanak2 lain maka ibunya sangat menyayanginya untuk
menjadikan dia senormal kanak2 yang lain. Malangnya ibunya meninggal
dunia semasa usia Merrick 11 tahun. Ayah Merrick berkahwin lain.



Setahun kemudian, Merrick terpaksa berhenti sekolah kerana keadaan
fizikalnya yang semakin tak normal. Kehidupannya semenjak kematian
ibunya menjadi semakin sukar dan terpencil. Dia tidak mendapat kasih
sayang dari kedua ayah kandungnya dan ibu tirinya. Sudah 2-3 kali dia
lari dari rumah kerana seolah-olah dia tidak diterima oleh ayah dan ibu
tirinya.



Pada usia 13 tahun, dia bekerja di sebuah kilang rokok, membuat rokok.
Tetapi pada usia 15 tahun, keadaannya semakin teruk dan pergerakan
tangan kanannya semakin sukar kerana ketumbuhan tersebut. Dia dibuang
kerja. Bila menganggur, dia menghabiskan masanya berjalan keseorangan
sekali-sekala teringatkan ibu kandungnya yang sudah tiada. Dia juga cuba
mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya sendiri. Dia takut untuk
pulang ke rumah kerana cemuhan dahsyat ibu tirinya.



Ayahnya mendapatkan lesen menjaja untuknya. Dia menjual barang2
keperluan rumah dari pintu ke pintu. Namun perniagaan ini tidak menjadi.
Pada masa itu mukanya semakin menampakkan ketumbuhan yang besar dan
orang-orang di situ tidak mahu membeli apa2 darinya. Pertuturannya sudah
tidak dapat difahami lagi dan keadaan fizikalnya itu menakutkan orang.
Para surirumah tidak mahu membuka pintu untuk menghadapnya dan dia juga
dapati orang2 di sekilingnya bukan sahaja memandangnya dengan rasa jijik
malah ada yang mengikutnya dan dia takut kalau2 dia dicederakan.



Merrick tidak dapat menjual apa2 dan pada satu hari apabila dia pulang
ke rumah, dia telah dipukul oleh ayahnya sendiri dengan teruknya hingga
menyebabkan dia meninggalkan rumahnya buat selama-lamanya. Dia kini
menjadi musafir dan nasib baik pakciknya mengambilnya tinggal
bersama-samanya. Dia masih lagi cuba menjaja, tapi memang tidak ada
sesiapa yang mahu membeli darinya. Tumpuan pada dirinya sebegitu dahsyat
sekali sehingga pihak perlesenan menarik balik lesen darinya. Pakciknya
tidak lagi mampu untuk menyara hidupnya kerana pakciknya juga kena
menyara anak2nya yang lain. Merrick dimasukkan ke rumah kebajikan.
Ketika itu usia Merrick ialah 17 tahun. Ketumbuhan pada mulutnya sudah
menjadi semakin besar sehingga menyukarkan lagi pertuturannya sehingga
amat susah untuk dia makan. Oleh itu Merrick menjalani pembedahan dan
ketulan yang besar telah dibedah dan dikeluarkan.



Tinggal di rumah kebajikan itu pun bukannya sesuatu yang baik buat
dirinya sebab keadaannya memang cacat sebegitu dan tidak mudah diterima
oleh penginap2 rumah kebajikan itu. Merrick mengambil keputusan untuk
berusaha mendapatkan kerjanya sendiri. Dia mendapat idea untuk
mendaftarkan dirinya bagi pameran ganjil. Maka Merrick pun menulis
kepada Sam Torr yang menerimanya bekerja dengannya. Torr mengadakan
beberapa pertunjukkan ganjil dan Merrick menjadi bahan keganjilan
tersebut. Mereka memberikan gelaran "Manusia Gajah" kepada Merrick. Maka
kehidupan Merrick kini ialah menjadikan dirinya bahan pertunjukkan dan
dirinya ditunjuk-tunjukan kepada orang seolah-olah dia lebih jijik dari
binatang. Begitulah caranya untuk dapat menyara hidupnya.



Keadaan fizikal Merrick menjadi terlalu ganjil sehingga para pengajur
pertunjukkan bimbang rupanya menjadi sangat menakutkan sehingga orang
tidak mahu lagi lihat rupanya kerana sungguh jijik, menggerunkan dan
sungguh hina. Mereka telah menempatkan Merrick di belakang sebuah kedai
dengan katil besi. Mereka dapati Merrick tidur dengan keadaan duduk
dengan dagu/kepalanya direhatkan di atas lututnya.



Rumah pameran Merrick itu terletak berdekatan dengan Hospital. Pada satu
hari seorang Doktor Frederick Treves telah dibawa menemui Merrick.
Treves kemudiannya membawa Merrick ke hospital untuk diperiksa. Merrick
memakai topi yg besar dan kain (lihat gambar bawah) bagi mengelakkan dia
dari diperhatikan orang di sepanjang perjalanan itu. Pelbagai ujian
telah dijalankan ke atas Merrick sampai satu tahap Merrick tidak mahu
lagi diuji sebab katanya dia dibogelkan dan diperiksa selalu sehingga
dia rasa seolah-oleh diperlakukan seumpama binatang yang diperdagangkan
di pasar.










Merrick Hood (Topi)



Pertunjukan pameran Merrick sudah dibatalkan kerana membuatkan ramai
merasa kurang senang dengan fizikal dan wajah yang menggerunkan dan
menjijikan Merrick. Polis dan penguatkuasa memerintakan supaya kedai
pameran tersebut ditutup. Merrick berpindah ke bandar Eropa di bawah
penjagaan Ferrari. Malangnya pertunjukkan di situ juga tidak mendapat
sambutan dan kedai pameran di situ juga turut diperintahkan tutup.
Merrick telah dipulaukan oleh Ferrari malah dia juga telah mencuri duit
simpanan Merrick sebanyak 50 pound. Sebenarnya Merrick menyimpan wang
kerana dia mempunyai keinginan untuk membeli dan memiliki rumahnya
sendiri. Tapi kini wang simpanannya dari hasil tilik peluhnya sendiri
sudah diambil orang.



Bila dipulaukan, Merrick mahu menaiki feri ke Dover, tetapi dia tidak
dibenarkan naik. Dia kemudiannya menaiki kapal ke Harwich dan kemudian
menaiki keretapi ke Liverpool Street. Di sana dia tidak pula tahu ke
mana dia harus tuju. Rumah2 kebajikan tidak ada di sana. Dia mendapatkan
orang ramai untuk menolongnya tetapi kerana pertuturannya itu sukar
difahami, orang ramai makin ingin tahu tentang dirinya. Orang ramai mula
mengerumuni Merrick dan ini membuatkan polis menariknya dan
meletakkanya di sebuah tempat jauh dari perhatian orang untuk dia
berehat. Mereka juga tidak tahu apa yang cuba Merrick cakapkan. Tetapi
di saku Merrick ada sekeping kad kepunyaan Doktor Treves. Treves
dihubungi dan dia membawa Merrick pulang ke hospital.



Merrick cepat dapat menyesuaikan dirinya di hospital London. Treves
melawatnya seharian dan menjadi kawan baiknya. Kini Merrick akhirnya
mula menemui seseorang yang faham pertuturannya. Treves mendapati,
sehingga ke usia 20an itu, Merrick masih menyimpan dan membawa gambar
ibu kandungnya. Merrick masih sering ingat akan ibunya dan dia amat
merindui belaian ibunya. Hanya ibunya yang mengenalkannya erti nilai
sebuah kasih-sayang sedangkan dunia mencemuhnya.



Merrick juga merupakan seorang yang selalu ingin tahu tentang dunia. Dia
amat suka membaca buku dan menghabiskan masanya membaca buku di
hospital. Dia menghabiskan masanya dengan membaca buku dan membuat model
bangunan dari kad.



Ketumbuhan Merrick masih lagi tumbuh. Kepalanya semakin membesar dan
berat. Satu hari pada pukul 3 ptg, seorang doktor telah datang untuk
melawat Merrick dan mendapati Merrick sudah meninggal dunia di atas
katil. Sewaktu bedah siasat, doktor mendapati sebenarnya Merrick
sepatutnya tidur dengan cara duduk dan mendagu atau menyandarkan
kepalanya pada lututnya tapi pada malam itu Merrick telah cuba untuk
tidur seperti orang lain. Dia mahu merasakan dirinya seperti orang lain
dengan tidur seperti biasa di atas katil. Kerana percubaan ini, tulang
tengkuknya patah disebabkan kepalanya yang berat dan tak seimbang dengan
badannya. Itulah nasib Merrick. Dia mati ketika ingin merasakan dirinya
seperti orang lain...



Salah satu puisi yang sering ditulis Merrick di akhir setiap warkahnya berbunyi begini:



"Tis true my form is something odd,

But blaming me is blaming God.

Could I create myself anew,

I would not fail in pleasing you.

If I could reach from pole to pole,

Or grasp the ocean with a span,

I would be measured by the soul,

The mind's the standard of the man."











Joseph Merrick.





Merrick gemar membuat bangunan dari kad dan di bawah ini ialah hasil tangan Merrick ketika di hospital.






Merrick Church.





Rangka tulang Merrick yang disimpan di hospital London.











sumber

0 komentar:

Post a Comment


Top