Sunday, May 22, 2011

Nostalgia : Tugu Negara Pernah Di Bom





Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap
satu berdiri di atas tubuh musuh-mush yang mati digambarkan sebagai
askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman
daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas
secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan
British di Tanah Melayu.





Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina
Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada
tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang
dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk
meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat,
iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.






Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara





Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan
pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk
pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.






Tugu Negara Dibom pada 26hb Ogos 1975



Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.





Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah
berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan
selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.



Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De
Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir
patung-patung gangsa ini.





Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung
manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang
terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai
penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia
I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).





Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi
memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari
kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan
Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).





Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman
yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom
yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik
pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik
sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang
dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam
keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala
Lumpur.Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.



Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas
berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang
disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas
itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.





Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal
jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar
Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu
dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.




Walaupun
tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya
dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas
untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.





Tapi tiada maklumat sama ada komunis-komunis itu dapat ditangkap."


 


 

0 komentar:

Post a Comment


Top