Tuesday, May 24, 2011

Nostalgia : Titanic - Bahagian 3

Kesan selepas kejadian



Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut
bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi
walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita
dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak
sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal
ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang
kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes
penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.



Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk
Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir
1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di
daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan
hampir 500 rumah kehilangan keluarga.







Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah
dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang
boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat
memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada 19 April, sehari
selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat.
Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul
gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam
fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara British semasa
mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung
sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga
Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan
tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai.
Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan
anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.







Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan
zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan.
Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan
kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic.
Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan
Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord
dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket
dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29
negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi
radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.







Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa
Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of
Life at Sea di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari
1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan
menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais
Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran
Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi
aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut
yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru
bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang
mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang
bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam
sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan
kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket
merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan.

0 komentar:

Post a Comment


Top