Sunday, May 22, 2011

Nostalgia : Tragedi Double Six








Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat
Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di
pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah
yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.



Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan
Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar
di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan
Sabah.



Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke
1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975.
Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum
Kadazan-Dusun.



Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review
Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi
Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).



Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam
Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua
Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas
kematian Stephens.



Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan,
Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.



Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).



Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy
Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan
Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).



Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:



Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda
kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];



Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];



Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];



Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];



Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];



Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];



Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan
Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];



Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];



Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];



Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.



Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri
hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat
oleh Stephens.



Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke
dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris
Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah
kelima.



[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada
Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara
kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan
Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]



Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas
berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri
Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).



[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]



Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat
kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di
belakang kepala.



Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.



Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku
Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di
Labuan.



Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan
berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke
Labuan pada jam 10 pagi.



Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.



Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan
Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat
dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang
kedua.



Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.



Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah.
Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang
pertama dikebumikan di masjid itu.



Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens
dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.



Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di
Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.



Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu
peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.

































Kemalangan Atau Konspirasi?



Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini menjadi tragedi setelah
berlakunya nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang
pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm
(tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6
dalam kejadian nahas ini.



Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang
bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti
minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Come on la, tidakkah
kamu rasa tragedi tersebut merupakan KONSPIRASI?



Hot stuff, huh? But i’ll make sure i will behave this time. Nanti ada
pula pihak yang terasa dan sumbat aku dalam penjara. Kan? Kan? Kan?
Bukannya mahu membongkar X-Files tapi ternyata perjuangan mereka yang
terkorban ini ibarat sengaja dilupuskan dari minda kita. Tiada maklumat
dari internet, tidak dimuatkan dalam buku sejarah, tidak dibukukan
secara terperinci dan tiada pendedahan secara terbuka berkenaan nahas
yang berlaku. Percayakah anda kalau aku katakan tugu peringatan DOUBLE 6
di Sembulan tidak disertakan dengan cerita nahas tersebut? Kononnya
peringatan sejarah yang penting. Takkan nak buat cerita pasal nahas tu
pun susah? Di mana hormatnya pemimpin Sabah sekarang kepada Bapa
Kemerdekaan negeri ini? Atau mereka takut rahsia lama terbongkar
kembali? Ehem. Ehem…



Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6
masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih pulak
ungkit cerita lama ni…). Ada teori yang boleh kita search dari internet
(mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan
terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari
berpunca kelalaian juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai
Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal
menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan
akhirnya menyebabkan kemalangan. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah
teori mereka itu SANGAT MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak
dijumpai??!!! Cuba fikir baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal
ini?



Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai
agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan
kepentingan minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak
(tanyalah pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak
mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling
cepat dan hapuskan bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun
tidak dikenang. Sialan kan?



Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan
kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam
tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di
sebaliknya? 



sumber

0 komentar:

Post a Comment


Top