Sunday, May 22, 2011

Nostalgia : Natrah




Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga
Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah
Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.






PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai
lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan
Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada
penderitaan wanita malang itu.


Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat
(AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan
Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.


Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu
angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal
dari Belanda.


Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan
Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan
Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di
bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat
Melayu.


Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.









TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah,
suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.



Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun
tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia
22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.


Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh
dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan
undang-undang British.


Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda.
Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan
warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut
dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12
Disember 1950.


Khamis lalu, Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia.


"Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia,
Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi,
ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada
di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang
kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).








 


SETELAH gagal menjejak Natrah di Belanda, Fatini (kanan) pergi ke AS dan bertemu Natrah di sana pada tahun 1989.



Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.


"Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa
untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah
melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang
berkaitan dengan Islam.











0 komentar:

Post a Comment


Top