Friday, May 27, 2011

Jangan Seksa Lelaki





Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang
perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang
dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi
sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka
tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.



Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still
dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok
itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di
dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak
ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah
menjelma di dalam kepala.



Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam
fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada
perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana
pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan
syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu
tumpas.



Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap.
Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke
arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu
pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je.
Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus
marah.



"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah
lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering
marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti
seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki
semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya
lelaki jadi macam tu?



Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan
yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak
lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti
jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan
situasi ni pulak.



Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung
agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak
dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi
fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi
apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang
bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.



You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan
zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem
perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for
the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At
least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman
aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang
montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila
punya.



Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada
melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam
surah An-Nuur ayat 30 ni:




Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat."



Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak
mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur
ayat 31 ni:




Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah
suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."



You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak
kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis
pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan
salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu
simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak
disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.



Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially
yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah.
Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar
untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang
sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap
korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai
tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.



Renung-renungkan wahai wanita di luar sana..jgn jadikan fesyen zaman sekarang sehingga maruah anda sendiri yg tergadai.

0 komentar:

Post a Comment


Top