Saturday, May 21, 2011

Sumpahan Mumia


Bila kita
memperkatakan tentang mumia ini,kita tidak boleh lari daripada
membincangkan isu tentang sumpahan mumia.Maksudnya sesiapa yang
mendekati mumia ini,dia akan terkena sumpahan tertentu.Kononnya sumpahan
ini bermula sejak penemuan makam Raja Tut.











Mengikut lagenda,sesiapa yang berani membuka makam tersebut akan
menderita sumpahan mumia tersebut.Oleh kerana kebanyakkan mumia tersebut
dikaitkan dengan kuasa magik dan sihir,sesetengah daripada mumia yang
dijumpai disimpan di dalam sejenis serbuk halus dan ianya dijual sebagai
bedak mistik mumia.Dipercayai bedak tersebut boleh menyembuhkan
pelbagai penyakit,namun,apabila makam Raja Tut dijumpai,barulah persepsi
tersebut berubah.



Lord Carnarvon








Lord Carnarvon,orang yang menjumpai makam Raja Tut ini mati sejurus
selepas penemuan makam tersebut.Perjalanan kematian nya bermula pada
tahun 1923 akibat digigit nyamuk.Semasa sedang bercukur,dia dengan
sengaja menggaru tempat gigitan itu dan menyebabkan ianya semakin
teruk.Dia kemudian nya mendapati dirinya sakit akibat demam dan suhu
badannya mendadak tinggi.Doktor yang dihantar untuk memeriksa tiba
terlalu lewat dan ketika sampai,Lord Carnarvon telah pun meninggal
dunia.Dan pada yang sama kematian nya,lampu lampu di Kaherah tetiba
terpadam dengan sendirinya.



Sejurus kematian nya,pihak media mula menyebarkan cerita cerita
berkaitan kematiannya.Kononnya Raja Tut mahukan pembalasan dan berikrar
agar sesiapa yang membuka makamnya akan terkena balasannya.Cerita ini
tidak berhenti di sini sahaja.



Howard Carter








Salah satu nya ialah burung Kenari perliharaan Howard Carter iaitu
salah seorang penjelajah yang menemui makam Raja Tut telah terbunuh
akibat dipatuk ular tedung.Cerita kedua ialah anjing Lord Carnarvon
dijumpai mati pada jam 2 pagi pada hari yang sama kematian Lord
Carnarvon.



Mengikut penemuan penemuan baru,apa yang ditemui sebenarnya ialah
bakteria yang terdapat pada dinding dinding makam ini lah yang
berkemungkinan apa yang dahulunya mereka panggil sebagai
sumpahan.Bakteria bakteria inilah yang menyebarkan spora ke udara
menyebabkan ianya masuk ke dalam ruang pernafasan.Keadaan ini lah yang
menjadikan mana mana individu yang terdedah di tempat tersebut akan
jatuh sakit.Mungkin situasi inilah yang dihadapi oleh Lord Carnorvon
paada masa itu,tambahan pula keadaan kesihatannya yang memang sudah
tidak baik namun tidak dapat dipastikan.



Walau apapun tanggapan orang ramai terhadap sumpahan mumia ini,ia akan
terus kekal menjadi satu misteri.Dan misteri inilah yang menjadikan
semakin ramai orang berminat kepada mumia dan ingin mengetahui rahsia
disebaliknya.




sumber

0 komentar:

Post a Comment


Top