Orang kata aku lahir dari perut ............ Mama
Bila dahaga , yang susu kan aku ................. Mama
Bila lapar , yang suap kan aku ........... Mama
Bila keseorangan , yang sentiasa menemani aku ...... Mama
Kata mama , perkataan pertama aku sebut ..... Mama
Bila bangun tidur yang aku cari .......... Mama
Bila aku nangis , orang pertama yang datang ............ Mama
Bila nak bermanja aku dekati .............. Mama
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah ............... Mama
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya ....... Mama
Bila nakal , yang memarahi aku.........Mama ku
Bila merajuk , yang memujukku hanya.........Mama
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah .... Mama
Bila takut, yang tenangkan aku .... Mama
Bila nak peluk , yang aku suka aku peluk ........ Mama
Aku selalu teringatkan ..... Mama
Bila sedih aku telefon ........ Mama
Bila seronok orang pertama yg aku bagi tahu ........ Mama
Bila bengang , aku suka luah pada ........ Mama
Bila takut aku selalu panggil.................Mama
Bila sakit , orang yang paling risau adalah .............Mama
Bila nak exam , orang paling sibuk ........ Mama
Bila ada masalah , yang paling risau ....... Mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini ...... Mama
Yang selalu masak lauk kegemaran aku ..... Mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang ku ......... Mama
Yang selalu puji aku ................................ Mama
Yang selalu nasihatkan aku ......................... Mama
Bila nak kawin orang pertama aku tunjuk dan rujuk pada ......... Mama
Tapi sekarang ....
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok , aku cari pasangan ku
Bila sedih,aku cari ..... Mama
Bila berjaya aku ceerita pada pasangan ku
Bila gagal , aku cerita pada ....... Mama
Bila bahagia , aku peluk erat pasangan ku
Bila berduka , aku peluk erat .......... Mama
Bila nak bercuti , aku bawa pasangan ku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah ....... Mama
Bila sambut Hari Ibu , aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Bila , bila , aku telefon pasangan ku
Tapi entah bila , aku akan telefon ....... Mama
Dulu Mama kata " kalau kamu sudah habis belajar dan sudah berkerja , bolehkah kamu kirimkan wang untuk Mama "?
Mama bukan nak banyak .... Lima Puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata bila teringatkan mama .
Ingatlah pengorbanan mama .
Ingat lagi pengorbanan mama menyiapkan aku ke sekolah,awal pagi lagi mama
dah bangun siapkan sarapan dan bekalan nasi goreng kegemaran aku ke
sekolah. Tak pernah mama merungut penat atau letih sepanjang mama menjaga aku. Kemudian mama menghantar aku, menaiki basikal ke tempat menunggu
bas ke sekolah. Itulah tugas rutin mama, tak pernah jemu, tak pernah
mengeluh, demi memastikan anaknya dapat
ke sekolah ...
Mama sentiasa cuba memenuhi setiap permintaan aku walaupun sebenarnya mama tak mampu memenuhi semuanya . Mama tak pernah mengharapkan balasan
wang ringgit dari ku.
Sering kali aku teringatkn mama . Lebih-lebih lagi bila duduk berjauhan
dari mama . Jasa dan pengorbanan mama sangat besar dan tak dapat dinilai
dengan wang ringgit, malahan nyawa kita sendiri sekali pun . Setiap seorang
dari kita pasti pernah melalui detik ini, detik kehilangan orang yang paling
kita sayangi .
Oleh itu bagi
yang masih mempunyai mama , hargailah jasanya , beri penghormatan
padanya , dan yang paling penting sentiasa lah ziarahi mama kita walaupun di
mana kita berada , kehadiran kita sebagai anak disisi mama , adalah saat yang paling di
nanti-nantikan bagi insan yang bernama "mama" mereka tidak mengharapkan
wang ringgit , tapi yang penting perhatian dan belaian kasih sayang dari
anak-anak yang mama telah belai masa kita kecil dulu .
Jangan lah sekali-kali
menyakiti hati mama kerana kesannya akan dapat kita rasai apabila mama
telah tiada nanti, ketika itu menangis airmata darah sekali pun dah tak
berguna lagi ..
Entri Khas Untuk Mama ku - Samsinah Bte Amir . Selamat Hari Mama .
0 komentar:
Post a Comment