Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Liga Bola Indonesia Di Saluran Astro





Populariti penyerang Malaysia, Mohd. Safee Sali menerusi kelab Pelita Jaya, menarik minat syarikat produksi Broadway Media untuk menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Indonesia musim baru di negara ini.

Bermula 8 Oktober ini, Broadway Media bakal menyiarkan perlawanan Liga Perdana Indonesia menerusi saluran berbayar, Pelangi dan Bintang di stesen televisyen satelit pertama negara, Astro.



Pengerusi Eksekutif Broadway Media, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, selain kejayaan Safee di Indonesia, penayangan Liga Perdana Indonesia di Astro akan membantu membuka lembaran baru industri bola sepak Malaysia.







"Broadway Media menyediakan platform yang turut membuka ruang kepada usaha meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.



"Kita percaya banyak hal yang boleh industri bola sepak Malaysia pelajari daripada Liga Perdana Indonesia menerusi kerjasama yang dimeterai ini," kata Syed Ahmad di sini, baru-baru ini.



Syed Ahmad mewakili Broadway Media menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Liga Prima Indonesia yang merupakan pengelola pertandingan bola sepak profesional Indonesia, Liga Perdana Indonesia yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Widjajanto.



Menyaksikan majlis menandatangani MoU itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng.



Menerusi MoU itu, kata Syed Ahmad, Broadway Media memperoleh hak untuk menayangkan perlawanan berkenaan di saluran Bintang (saluran 141, Astro) dan Pelangi (saluran 142, Astro) serta untuk tayangan di Brunei.

Wednesday, September 21, 2011

Devan Umum Letak Jawatan Jurulatih Selangor











K. Devan secara persetujuan bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan Merah Kuning berkuat kuasa hari ini ketika anak buahnya masih ‘tersepit’ untuk memburu tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2011 dengan baki dua perlawanan Kumpulan D.




Dia membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2009 itu selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan FAS kelmarin sekali gus menamatkan kontraknya lebih awal daripada yang dijadualkan berakhir pada 30 November ini.-utusan




Sedih aku tengok team Selangor dalam kempen Piala Malaysia tahun ni , malap je , tapi Selangor masih berpeluang untuk ke suku akhir andai dapat kalahkan PDRM dan Kuala Lumpur dalam baki 2 perlawanan nanti , asalkan pertemuan diantata T-team dan Kuala Lumpur dimenangi oleh T-team.. 




Terima kasih diucapkan kepada K.Devan di atas segala usaha yg telah anda berikan kepada team Red Giant... JASAMU DIKENANG....

Thursday, July 28, 2011

Live Streaming Malaysia VS Singapore 2nd Leg





Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapore 2nd leg akan dilangsungkan hari ni di Stadium Nasional Bukit Jalil , pada pelawanan pertama yang berlangsung di Singapore , Malaysia kalah dengan keputusan 5-3 , harap team Harimau Malaya dapat tebus kekalahan ..



Untuk korang yang tak dapat serta merasa keriuhan di stadium dan live di astro , boleh saksikan live streaming di sini.







Perlawanan akan berlangsung pukul 8.45 pm waktu malaysia.




KALAU ADA MASALAH , BOLEH TENGOK DI SINI




Channel 1   Channel 2  

Saturday, July 23, 2011

Live Streaming Malaysia VS Singapore 1st Leg












Jangan lupa hari ini  pukul 7:30 petang ada perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia vs Singapore yang akan diadakan di Stadium Jalan Besar di Singapore.






Jadi kalau ada sesiapa yg tiada Astro boleh tengok live streaming Malaysia vs Singapore disini



Thursday, July 21, 2011

Gol Kontroversi Chelsea VS Malaysia 1-0



Apa pendapat korang tentang gol Drogba ni , bagi aku , memang gol ni gol kontroversi , tak masuk pun dalam gawang tu , penjaga garisan tu yg salah .. huhu.







Korang boleh nilaikan sendiri .



 



Live Streaming Malaysia VS Chelsea

Tonton live streaming Malaysia vs Chelsea pada 21 julai 2011 dan perlawanan akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam ni.  














Chelsea juga akan menguji barisan skuad Olimpik Malaysia bimbingan jurulatih Ong Kim Swee. Kita juga berharap agar pemain skuad negara kita dapat bersaing dengan sengit pada perlawanan malaysia lawan chelsea pada malam ni.























Sunday, July 17, 2011

Chelsea Tampil Skuad Terbaik Di Bukit Jalil






Para peminat Chelsea di Malaysia bakal menyaksikan satu persembahan yang hebat pada aksi persaha- batan menentang skuad Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 21 Julai ini.


Ini kerana, Chelsea akan tampil dengan skuad terbaik yang dibarisi penyerang Ivory Coast, Didier Drog- ba, Frank Lampard, John Terry (England) dan Fernando Torres (Sepanyol).


Turut disenaraikan pada perlawanan tersebut adalah Nicolas Anelka, Ashley Cole, Florent Malouda, Petr Cech and Yossi Benayoun.


Setakat ini, hanya dua pemain yang tidak dapat mengikuti jelajah pramusim di Asia iaitu pemain tengah, Michael Essien dan dua bintang Brazil, David Luiz serta Ramires.


Perlawanan ini sudah tentu menjadi medan terbaik buat para pemain Malaysia untuk menimba pengalaman beraksi bersama pemain berkelas dunia.


Selain itu, perlawanan ini turut menguji sentuhan jurulatih baharu skuad The Blues, Andres Villas-Boas yang berpindah ke Stamford Bridge untuk mengambil alih tugas Carlo Ancelotti musim ini.


Villas-Boas yang merupakan bekas pengurus Porto berkata, peminat bakal menyaksikan satu persembahan yang menghiburkan daripada kelab gergasi Liga Perdana England itu.


Katanya, semua pemain berstatus bintang akan diberi peluang untuk bermain kerana ini merupakan salah satu usaha bagi menarik minat para penyokong Chelsea.


"Penting untuk kelab melebarkan sayap ke Asia kerana para peminat sentiasa bersama kami dan mereka teruja untuk melihat penampilan semula kami di Malaysia.


"Jadi, adalah penting untuk kami berada di Malaysia dan menunjukkan pada mereka kehebatan kami," katanya.


Menurut Villas-Boas, beliau turut teruja dengan sambutan para pemi- nat ketika kali terakhir Chelsea berkunjung ke Malaysia pada tahun 2008 lalu.


Beliau turut mengakui teruja untuk menyaksikan perlawanan pada 21 Julai ini kerana yakin 'lautan biru' bakal memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil.


"Kembali ke Asia adalah penting buat kami kerana dapat mendekati peminat di Asia yang sentiasa menyokong kami. Penting untuk mereka merasai yang kami menghormati mereka dan kami dapat merasainya.


"Saya yakin mereka akan memberikan sokongan yang padu apabila kami bertemu pasukan Pilihan Malaysia nanti."

Saturday, July 16, 2011

Video Highlight Malaysia VS Liverpool






Tahniah pada skuad Harimau Muda kerana punyai semangat juang walaupun kita jumpa team yang kuat. Aku tengok keserasian antara Safee Sali , Shafiq Rahim dan Amirul Hadi sungguh menjadi , harap dalam pelawanan terakhir menentang Chelsea nanti , malaysia boleh buat yang lagi baik :D

Live Streaming Malaysia VS Liverpool





Untuk yang tak bersempatan nak ke Stadium , boleh saksikan Live Streaming antara Malaysia menentang Liverpool , perlawanan juga boleh di tonton di Astro channel 817.




Harap - harap malaysia mencapai kemenangan hari ini !
.Perlawanan bermula pukul 5.45 ptg waktu malaysia . Kalau tak berfungsi , boleh tgk di sini



Wednesday, July 13, 2011

Live Streaming Malaysia VS Arsenal

Jom tengok LIVE Malaysia Tour Antara MALAYSIA dan ARSENAL , boleh saksikan melalui Live Streaming di bawah :D





















Singapura Kembali Sertai Piala Malaysia









Selepas 17 tahun Singapura
memutuskan untuk kembali menyertai Piala Malaysia, langkah yang dilihat
akan merancakkan lagi kejohanan itu mulai tahun depan. Persatuan Bola
Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
menandatangani memorandum persefahaman di Kuala Lumpur hari ini,
mengumumkan kerjasama dalam bidang sukan itu.



Dengan langkah itu pasukan Singapura akan menyertai kejohanan Liga Super Malaysia dan Piala FA mulai tahun depan.

Setelah lebih 70 tahun mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia,
Singapura memutuskan untuk tidak lagi menyertai kejohanan Piala Malaysia
bermula 1995.Keputusan dibuat ekoran beberapa perkara yang tidak
dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara FAS dan FAM. Singapura
memenangi Piala Malaysia terakhir bagi mereka pada 1994.





Berdasarkan memorandum yang ditandatangani hari ini, laporan akhbar
Straits Times menyebut, pasukan negara jiran selatan itu akan terdiri
daripada pemain-pemain bawah umur 23 tahun dan hanya lima pemain berusia
23 tahun ke atas.

Ia juga akan terdiri pemain-pemain luar negara berdasarkan kuota
dibenarkan oleh peraturan pertandingan. Dengan keputusan republik itu,
pasukan Harimau Malaya akan yang terdiri daripada pemain-pemain bawah
23 tahun akan mengambil bahagian dalam Liga-S.





Malah di bawah perjanjian empat tahun itu, dua inisiatif turut
digerakkan termasuk menambah perlawanan persahabatan antara pasukan
nasional kedua-dua negara, selain mewujudkan kejohanan tahunan baru yang
akan memperlihatkan pemenang kedua-dua liga bertarung dalam pertemuan
dua pusingan.

Tuesday, June 14, 2011

Keputusan Liga Super 14 Jun 2011







Tahniah pada team yang menang , pada yang kalah, usaha lagi . Liga Super cuma tinggal 1 perlawanan saja lagi , tapi penentuan juara masih belum dapat ditentukan lagi . Antara Kelantan , Selangor dan Terengganu , masing-masing berpeluang untuk menjulang Piala Liga Super tahun ni . Perlawanan terakhir akan berlangsung pada 6 julai 2011 .



P/s:Result table aku cilok dari website perjudian , judi haram disisi AGAMA

Saturday, March 12, 2011

Keputusan Liga Super 12 Mac 2011

Tahniah Selangor kerana melebarkan rekod kemenangan kepada 4 perlawanan , dengan menewaskan N.Sembilan 2 -1 walaupun ketinggalan pada babak pertama , gol N.Sembilan dijaringkan oleh Sharuain Abu Samah hasil kesilapan penjaga gol Selangor - Iqbal Suhaimi. Manakala gol kemenangan Selangor di jaringkan oleh Amri Yahyah dan Safiq Rahim pada separuh masa kedua .



Dan tahniah kepada Selangor kerana berjaya memungut mata ke 14 - sama mata dengan pendahulu Liga Super iaitu Kelantan dan Felda United .. Di bawah ini keputusan perlawanan di venue lain.







Dah nampak kan team mana yang kalah kan ? so jangan gelakkan plak , tak baik woo . hahahaha , opssss , aku tergelak plakk , haha ... Ok , sekarang kita tengok pula kedudukan selepas 7 perlawanan ..







Kedudukan Liga Super setakat ini , berlaku perubahan yang agak besar dengan Terengganu dan Perak turun dari tangga ke 2 dan 3 , disebabkan kekalahan Terengganu 2-0 kepada Kedah dan Perak seri dengan wakil Terengganu iaitu T-Team , Manakala perlawanan antara Harimau muda A dgn Sabah ditangguhkan kerana hujan lebat .. Tahniah pada semua team yang menang ! viva Selangor !




UPDATE : Harimau Muda A diberi kemenangan percuma 3-0 ke atas Sabah .



p/s : ade macam berita takk? LOL!



Gambar Aku Printscreen Dari Sini

Monday, January 3, 2011

Khairul Fahmi will take over Van Der Sar job at Old Trafford (Betul ke berita ni?)

After two hour,Malaysia team won the AFF Suzuki Cup against Indonesia at Glaro Bung Karno Stadium, Sir Alex Ferguson as manager of Manchester United want to use Khairul Fahmi to replace Van Der Sar.



Khairul Fahmi is one of the important characters in the success of the Malaysia Team in AFF Suzuki Cup  2010. His success in keeping the Malaysia goal from indonesia attack in the early minutes of the game attracted a manager of Manchester United. Sir Alex Ferguson said "he is one of the best goalkeepers ever be produced, and if given the chance he could be a row of Buffon, Cassilas and Van Der Sar .



"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.





Sumber : http://man-united.co.nr/

Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya or Malaysia?


TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia". 







Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.







Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.







"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 






"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 






Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak. 






"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya. - BERNAMA 

Wednesday, December 29, 2010

Punca kekalahan Indonesia!




Boooooooooooooooooooo indonesia kalah! garuda kena pijak dgn harimau!! hahaahaha. harimau 4 kaki, (4 gol), garuda 2 kaki (2gol) haahahaha.. lain kali cari binatang banyak kaki ek.. baru leh wat gol! hahaaha

Tuesday, July 13, 2010

Semangat 1 MALAYSIA Itu Penting!






klik untuk pembesaran




sape kata fans KELANTAN n FANS SELANGOR bermusuhan? saya sebagai fan SELANGOR, cuma x suka pada fans kelantan yang suke buat huru hara.. walaupun ditempat kami, kami hormat fans team lain yg bertandang n xbuat kacau seperti fans kelantan seperti pic di atas.. dalam bola sepak, semangat perpaduan tu penting, jgn la gado2 n wat huru hara, nnti team sendiri gak yg susah! :)

Friday, June 11, 2010

Ingin Tahu Result World Cup Hanya Di Blog Anda?

Ingin Tahu Result World Cup Hanya Di Blog Anda?



 SALAM member2 ku, korang kaki bola? nak result World Cup 2010 update seperti di bawah di blog anda? Sebagai contoh, team kegemaran saya ialah SPAIN, so korang leh tgk result, pelawanan akan datang n table.. jangan letak didalam blog anda..



















korang klik je kat ADD WIDGET tu..






hehe..

Thursday, May 27, 2010

Viva Selangor!!




Caya lah Amri!


Cantik gol ko~


Dulu Van Der Sar pon tertewas dgn gol jauh cmni~


Seronok lakk aku tgk SELANGOR main tahun ni,


Sekarang SELANGOR da leading 8 mata mgatasi KELANTAN.










Amri di asak pemain man utd







Gempak lah amri!







Gollll!!! Van Der Sar tertewas jua! :p







Celebrate dlu~







wira MALAYSIA dan SELANGOR







Kalau games lawan KELANTAN, mesti tegang punya..







Lawan KL PLUS yg power sangat~




AMRI YAHYAH







VIVA SELANGOR!!







Dan aku bantah keputusan tidak adil FAM terhadap SELANGOR!



















Saksikan gol Amri ketika menewaskan PAHANG hari tu.. gol tercantik penah aku tgk dari Amri~


Top