Wednesday, July 13, 2011

Singapura Kembali Sertai Piala Malaysia









Selepas 17 tahun Singapura
memutuskan untuk kembali menyertai Piala Malaysia, langkah yang dilihat
akan merancakkan lagi kejohanan itu mulai tahun depan. Persatuan Bola
Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
menandatangani memorandum persefahaman di Kuala Lumpur hari ini,
mengumumkan kerjasama dalam bidang sukan itu.



Dengan langkah itu pasukan Singapura akan menyertai kejohanan Liga Super Malaysia dan Piala FA mulai tahun depan.

Setelah lebih 70 tahun mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia,
Singapura memutuskan untuk tidak lagi menyertai kejohanan Piala Malaysia
bermula 1995.Keputusan dibuat ekoran beberapa perkara yang tidak
dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara FAS dan FAM. Singapura
memenangi Piala Malaysia terakhir bagi mereka pada 1994.





Berdasarkan memorandum yang ditandatangani hari ini, laporan akhbar
Straits Times menyebut, pasukan negara jiran selatan itu akan terdiri
daripada pemain-pemain bawah umur 23 tahun dan hanya lima pemain berusia
23 tahun ke atas.

Ia juga akan terdiri pemain-pemain luar negara berdasarkan kuota
dibenarkan oleh peraturan pertandingan. Dengan keputusan republik itu,
pasukan Harimau Malaya akan yang terdiri daripada pemain-pemain bawah
23 tahun akan mengambil bahagian dalam Liga-S.





Malah di bawah perjanjian empat tahun itu, dua inisiatif turut
digerakkan termasuk menambah perlawanan persahabatan antara pasukan
nasional kedua-dua negara, selain mewujudkan kejohanan tahunan baru yang
akan memperlihatkan pemenang kedua-dua liga bertarung dalam pertemuan
dua pusingan.

0 komentar:

Post a Comment


Top