Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Liga Bola Indonesia Di Saluran Astro





Populariti penyerang Malaysia, Mohd. Safee Sali menerusi kelab Pelita Jaya, menarik minat syarikat produksi Broadway Media untuk menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Indonesia musim baru di negara ini.

Bermula 8 Oktober ini, Broadway Media bakal menyiarkan perlawanan Liga Perdana Indonesia menerusi saluran berbayar, Pelangi dan Bintang di stesen televisyen satelit pertama negara, Astro.



Pengerusi Eksekutif Broadway Media, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, selain kejayaan Safee di Indonesia, penayangan Liga Perdana Indonesia di Astro akan membantu membuka lembaran baru industri bola sepak Malaysia.







"Broadway Media menyediakan platform yang turut membuka ruang kepada usaha meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.



"Kita percaya banyak hal yang boleh industri bola sepak Malaysia pelajari daripada Liga Perdana Indonesia menerusi kerjasama yang dimeterai ini," kata Syed Ahmad di sini, baru-baru ini.



Syed Ahmad mewakili Broadway Media menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Liga Prima Indonesia yang merupakan pengelola pertandingan bola sepak profesional Indonesia, Liga Perdana Indonesia yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Widjajanto.



Menyaksikan majlis menandatangani MoU itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng.



Menerusi MoU itu, kata Syed Ahmad, Broadway Media memperoleh hak untuk menayangkan perlawanan berkenaan di saluran Bintang (saluran 141, Astro) dan Pelangi (saluran 142, Astro) serta untuk tayangan di Brunei.

Wednesday, September 21, 2011

Devan Umum Letak Jawatan Jurulatih Selangor











K. Devan secara persetujuan bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan Merah Kuning berkuat kuasa hari ini ketika anak buahnya masih ‘tersepit’ untuk memburu tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2011 dengan baki dua perlawanan Kumpulan D.




Dia membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2009 itu selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan FAS kelmarin sekali gus menamatkan kontraknya lebih awal daripada yang dijadualkan berakhir pada 30 November ini.-utusan




Sedih aku tengok team Selangor dalam kempen Piala Malaysia tahun ni , malap je , tapi Selangor masih berpeluang untuk ke suku akhir andai dapat kalahkan PDRM dan Kuala Lumpur dalam baki 2 perlawanan nanti , asalkan pertemuan diantata T-team dan Kuala Lumpur dimenangi oleh T-team.. 




Terima kasih diucapkan kepada K.Devan di atas segala usaha yg telah anda berikan kepada team Red Giant... JASAMU DIKENANG....

Thursday, July 28, 2011

Live Streaming Malaysia VS Singapore 2nd Leg





Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapore 2nd leg akan dilangsungkan hari ni di Stadium Nasional Bukit Jalil , pada pelawanan pertama yang berlangsung di Singapore , Malaysia kalah dengan keputusan 5-3 , harap team Harimau Malaya dapat tebus kekalahan ..



Untuk korang yang tak dapat serta merasa keriuhan di stadium dan live di astro , boleh saksikan live streaming di sini.







Perlawanan akan berlangsung pukul 8.45 pm waktu malaysia.




KALAU ADA MASALAH , BOLEH TENGOK DI SINI




Channel 1   Channel 2  

Saturday, July 23, 2011

Live Streaming Malaysia VS Singapore 1st Leg












Jangan lupa hari ini  pukul 7:30 petang ada perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia vs Singapore yang akan diadakan di Stadium Jalan Besar di Singapore.






Jadi kalau ada sesiapa yg tiada Astro boleh tengok live streaming Malaysia vs Singapore disini



Thursday, July 21, 2011

Gol Kontroversi Chelsea VS Malaysia 1-0



Apa pendapat korang tentang gol Drogba ni , bagi aku , memang gol ni gol kontroversi , tak masuk pun dalam gawang tu , penjaga garisan tu yg salah .. huhu.







Korang boleh nilaikan sendiri .



 



Live Streaming Malaysia VS Chelsea

Tonton live streaming Malaysia vs Chelsea pada 21 julai 2011 dan perlawanan akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam ni.  














Chelsea juga akan menguji barisan skuad Olimpik Malaysia bimbingan jurulatih Ong Kim Swee. Kita juga berharap agar pemain skuad negara kita dapat bersaing dengan sengit pada perlawanan malaysia lawan chelsea pada malam ni.























Sunday, July 17, 2011

Chelsea Tampil Skuad Terbaik Di Bukit Jalil






Para peminat Chelsea di Malaysia bakal menyaksikan satu persembahan yang hebat pada aksi persaha- batan menentang skuad Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 21 Julai ini.


Ini kerana, Chelsea akan tampil dengan skuad terbaik yang dibarisi penyerang Ivory Coast, Didier Drog- ba, Frank Lampard, John Terry (England) dan Fernando Torres (Sepanyol).


Turut disenaraikan pada perlawanan tersebut adalah Nicolas Anelka, Ashley Cole, Florent Malouda, Petr Cech and Yossi Benayoun.


Setakat ini, hanya dua pemain yang tidak dapat mengikuti jelajah pramusim di Asia iaitu pemain tengah, Michael Essien dan dua bintang Brazil, David Luiz serta Ramires.


Perlawanan ini sudah tentu menjadi medan terbaik buat para pemain Malaysia untuk menimba pengalaman beraksi bersama pemain berkelas dunia.


Selain itu, perlawanan ini turut menguji sentuhan jurulatih baharu skuad The Blues, Andres Villas-Boas yang berpindah ke Stamford Bridge untuk mengambil alih tugas Carlo Ancelotti musim ini.


Villas-Boas yang merupakan bekas pengurus Porto berkata, peminat bakal menyaksikan satu persembahan yang menghiburkan daripada kelab gergasi Liga Perdana England itu.


Katanya, semua pemain berstatus bintang akan diberi peluang untuk bermain kerana ini merupakan salah satu usaha bagi menarik minat para penyokong Chelsea.


"Penting untuk kelab melebarkan sayap ke Asia kerana para peminat sentiasa bersama kami dan mereka teruja untuk melihat penampilan semula kami di Malaysia.


"Jadi, adalah penting untuk kami berada di Malaysia dan menunjukkan pada mereka kehebatan kami," katanya.


Menurut Villas-Boas, beliau turut teruja dengan sambutan para pemi- nat ketika kali terakhir Chelsea berkunjung ke Malaysia pada tahun 2008 lalu.


Beliau turut mengakui teruja untuk menyaksikan perlawanan pada 21 Julai ini kerana yakin 'lautan biru' bakal memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil.


"Kembali ke Asia adalah penting buat kami kerana dapat mendekati peminat di Asia yang sentiasa menyokong kami. Penting untuk mereka merasai yang kami menghormati mereka dan kami dapat merasainya.


"Saya yakin mereka akan memberikan sokongan yang padu apabila kami bertemu pasukan Pilihan Malaysia nanti."

Saturday, July 16, 2011

Video Highlight Malaysia VS Liverpool






Tahniah pada skuad Harimau Muda kerana punyai semangat juang walaupun kita jumpa team yang kuat. Aku tengok keserasian antara Safee Sali , Shafiq Rahim dan Amirul Hadi sungguh menjadi , harap dalam pelawanan terakhir menentang Chelsea nanti , malaysia boleh buat yang lagi baik :D

Live Streaming Malaysia VS Liverpool





Untuk yang tak bersempatan nak ke Stadium , boleh saksikan Live Streaming antara Malaysia menentang Liverpool , perlawanan juga boleh di tonton di Astro channel 817.




Harap - harap malaysia mencapai kemenangan hari ini !
.Perlawanan bermula pukul 5.45 ptg waktu malaysia . Kalau tak berfungsi , boleh tgk di sini




Top