Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

Sungai Di Dalam Laut ( Cebisan dari email seseorang )

Elok je mengalirnya. Siap ada tebing sungai lagi.


Penyelam sedang meranduk anak 'sungai'.


Bila menyelam dalam sungai, jumpa lagi anak sungai.


Ianya terdapat di satu tempat di Cenote Angelita , Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 meter. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 80 meter maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar meyerupai sebuah anak sungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya. Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter ‘Scuba Diving’ di Pulau Perhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihat gambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kita akan merasai kesejukan air berlebih lagi jika ianya air tawar.Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasa di permukaan membentuk dan mengalir seperti biasa. Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan hidrogen sulfida. Namun di sisi kita ianya sebahagian dari tanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman di atas.

Al-Quran : Ar-Rahman 19-21

[19]Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

[20]Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

[21]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

~~Ayat ke 21 : Allah tahu yang manusia akan putar belitkan fakta mengatakan yang bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan hidrogen sulfida..~~
Tanda2 Kiamat Yang Berlaku Di depan Mata Kita

Tanda2 Kiamat Yang Berlaku Di depan Mata Kita

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Akumenghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...buang baby pun ada~~

3) Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Ape Lantoi Ntah

4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...yang tak siap2 sampai skang pun ada

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ berlaga bulu roma pun buat muka ketat...cakapla sori ke, hai ke, hello ke, babai ke...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidakmengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal, yang lain2 plak seperti Arwah Din Beramboi, Arwah Ustaz Shaari Rabbani, Arwah Achik Spin ( aku pernah jadi sessionist guitar & keyboard Kumpulan Spin di Kuala Selangor 6 tahun lepas...arwah achik ni kelakar beb...tak hisap rokok & budak baik )

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -Riwayat Thabrani

~ george bush / ariel sharon yang koma sampai skang tak bangun2..~~

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahumengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamatialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannyaseperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang ( spaghetti strap, g-string, tiub bra, tukar tiub, tiub fallopio & tiub bas )

10) Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...janganla tengok poket time tengah bulan plak~~

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamudengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu darimereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...sumernya citer2 hampeh..~~

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnyasebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

~~ korang paham2 sendiri yer ~~

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadipadang rumput & sungai2" - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir~~
Antara Manusia, Malaikat Dan Syaitan....Kita Yang mana Satu??

Antara Manusia, Malaikat Dan Syaitan....Kita Yang mana Satu??

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih

Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....

Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh...best tu....

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...( LU PIKIR LA SENDIRI )

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itudan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Tanda2 Kita Nak Mati

Tanda2 Kita Nak Mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Bole Ke Sembahyang Berjemaah Macam Ni??? Kompius...Kompius...














Firman Allah Untuk Kita Renungkan...

Firman Allah Untuk Kita Renungkan...

SURAH AALI-IMRAN (Ayat 12 ~ 14)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[12] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan.

[13] Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).

[14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Kisah Disebalik  April Fool...Hati2...

Kisah Disebalik April Fool...Hati2...

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu,penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.Thanks & Regards,

Friday, April 23, 2010

Bestnya Jadi Umat Nabi Muhammad SAW

Bestnya Jadi Umat Nabi Muhammad SAW

Umat Islam harus sedar betapa istimewanya menjadi umat Nabi Muhammad SAW jika dibandingkan dengan umat nabi terdahulu. Ada pelbagai keistimewaan yang diberikan namun masih ramai yang tidak mahu menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sekiranya mereka tahu akan keistimewaan yang Allah SWT kurniakan pasti mereka berebut-rebut ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW yg mana telah dijanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Apabila manusia berbuat dosa, maka Allah memberikan anugerah kepadanya:
1. Allah tidak halangi dia untuk mendapat rezeki
2. Allah tidak halang dia untuk sehat
3. Allah tidak memperlihatkan dosanya
4. Allah tidak menyiksanya di dunia.

1. Penerimaan taubatku di Mekah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat

2. Aku berpakaian ketika aku berdosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun ia durhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isterinya

4. Aku berbuat dosa di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga , Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.
Aku Gerenti Korang Akan Tenang Lepas Baca Ni...

Aku Gerenti Korang Akan Tenang Lepas Baca Ni...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Petikan dari Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Petikan dari Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Petikan dari Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA PUTUS ASA?
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Petikan dari Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Petikan dari Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Petikan dari Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka - Petikan dari Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Petikan dari Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI.....!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Petikan dari Surah Yusuf ayat 12

Salam untuk semua.....

Islam Dihina Dengan Pelbagai Cara....


bagaimana kalau pompuan ni pergi ke tandas, atau berzina??? fikir2kanlah

Wednesday, April 21, 2010

Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai...

Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai...

Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai anda kerana SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya kenapa, dia memberitahu karana, "AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU" awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempersona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai "bidadari" bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih menarik dan cantik daripada anda diluar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan, anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.

Lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya "buaya" yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia hanya menyempitkan penilaiaannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung (Buktinya artis atau model).

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah yang menilai wanita secara tersendiri.

Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lainnya tidak cantik. Kopi itu pahit jika berdiri sendiri., tapi kopi akan menjadi enak kalau digandingkan dengan gula dan susu.
40 KESILAPAN IBU BAPA

40 KESILAPAN IBU BAPA

01. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
02. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
03. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
04. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
05. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kpd anak-anak
06. Jarang bersam anak-anak sewaktu mereka sedang makan
07. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
08. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
09. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari.... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan: -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... -bolehkah kau kirim wang untuk Mak ? - Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya........
-Tapi kalau Mak sudah tiada.......... - MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

adik cuma nak tanya je bu.....ibu jangan sedih yer...

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?



Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak Malam tu ibu ada janji temu Ibu jumpa jejaka tu Ibu kata dia cintakan ibu Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu Dia rayu dan belai ibu Katanya cintanya hanya untuk ibu Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya Ibu terbuai dalam bicaranya Ibu terlena oleh bisikannya Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu Ibu izin dia sentuh jasad ibu Ibu puas dapat buktikan setia ibu Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu Tapi benarkah bu?


Masa berlalu, Hari ini lepas 9 bulan... Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil Hari ini buah cinta kalian telah terzahir Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir... tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami? Kemana dia telah pergi tidak azankan kami? Mengapa ibu pun benci kami? Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian? Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit tak berbakikah kasih dan sayang dan Tidak lagi kah ibu berTuhan? Benarkah ibu? Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....

Tuesday, April 20, 2010

Surat Terbuka dari Iblis

Surat Terbuka dari Iblis

Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.

Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat angkau jarang-jarang mengambil wudu'.Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau diasuruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah kepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat. Biarlah rezeki engkau untukkegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting danmembeli kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapkan 'Hi everybody!'.Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tidak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia, apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya. Namun,aku tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali. Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan puasa.Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH
5 cara pilih sahabat

5 cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapandan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatanRabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzatyang Memiliki mu."
Al-kisah Murtad

Al-kisah Murtad

KISAH PERTAMA

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain. Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi......

Pengajaran: Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.

Kisah kedua

Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, di hadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan dikebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran.....Inilah keadaan yang berlaku sekarang....oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana...tanpa disedari.Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianyatelah dimaklumkan bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar....Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...

apalah nak jadi budak2 sekarang nie.. So sad :(
SINAR CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadapkesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Saturday, April 17, 2010

Malam Pengantin

Malam Pengantin

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..

Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..

Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Untuk korang sumer....99 Langkah menuju ke jalan syurga.

Untuk korang sumer....99 Langkah menuju ke jalan syurga.

> >01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
> >02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
> >03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
> >04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
> >05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
> >06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
> >07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
> >08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
> >09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang
> >10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan
> >11. Jangan tamak kepada harta;
> >12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan
> >13. Jangan hancur karena kezaliman;
> >14. Jangan goyah karena fitnah;
> >15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
> >16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
> >17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
>18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
> >19. Jangan sakiti anak yatim;
> >20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
> >21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
> >22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
> >23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
> >24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
> >25. Biasakan shalat malam;
> >26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
> >27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
> >28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
> >29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
> >30. Jangan marah berlebih-lebihan;
> >31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
> >32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
> >33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
> >34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
> >35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
> >36. Jangan percaya ramalan manusia;
> >37. Jangan terlampau takut miskin;
> >38. Hormatilah setiap orang;
> >39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
> >40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
> >41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
> >42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
> >43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
> >44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
> >45. Perbanyak silaturrahim;
> >46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
> >47. Bicaralah secukupnya;
> >48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
> >49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
> >50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
> >51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
> >52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
> >53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
> >54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
> >55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
> >56. Cintai keluarga Nabi saw;
> >57. Jangan terlalu banyak hutang;
> >58. Jangan terlampau mudah berjanji;
> >59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
> >60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
> >61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
> >62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
> >63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
> >64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
> >65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
> >66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
> >67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
> >68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
> >69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
> >70. Jangan melukai hati orang lain;
> >71. Jangan membiasakan berkata dusta;
> >72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
> >73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
> >74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
> >75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
> >76. Jangan membuka aib orang lain;
> >77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
> >78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
> >79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
> >80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
> >81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
> >82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula> kelebihan orang lain;
> >83. Jangan membuat orang lain menderita dan> sengsara;
> >84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
> >85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
> >86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
> >87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
> >88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
> >89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
> >90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
> >91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
>92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
> >93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
> >94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
> >95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
> >96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
> >97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
> >98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
> >99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang
▲
Top