Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Apa Ada Dalam Fikiran Lelaki dan Perempuan?





ishh3 .....

Friday, July 1, 2011

Tanda-tanda Lelaki Merajuk









Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam


Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun...





P/s : Kalau aku merajuk , aku akan duduk kat luar rumah sesorang sambil layan perasaan , haha

Wednesday, June 1, 2011

10 Ciri Lelaki Idaman Wanita

10 Ciri Lelaki Idaman Wanita





1. Lelaki Yang Prihatin -




Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan
telinga yang kembang aje… dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga
kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum
perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas
tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni DJ baru thr dot fm…. kesalahan
sendiri tak perasan..




2. Lelaki Yang Menjadi Penawar -





Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi
penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting
kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit
dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga;
dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari
mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.





3. Lelaki Yang Memberi Kebebasan Sewajarnya -



Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi
memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai
perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan
yang dikehendaki, kecuali tauke kedai tu…. lelaki cuma perlu senyum
saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.





4. Lelaki Yang Berhati-Hati -




Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan
kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila
kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau
dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki
peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan
itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!





5. Lelaki Yang Wangi -



Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta
sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh
itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah
fizikal anda, apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak
cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu,
mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.





6. Lelaki Yang Pemurah -




Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela
dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai,
tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum
isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting
langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu
liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.





7. Lelaki Yang Tidak Kisah -



Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat sama ada kaum perempuan ni
nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di
rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini
adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya
untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah
yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!





8. Lelaki Yang Memberi Sokongan Padu -



Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu
mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk
memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran
tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan
sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun
perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri
dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan...!!





9. Lelaki Yang Cintakan Kedamaian -




Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah
hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan
kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim
raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah
bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik
kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje
balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada
bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..





10. Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa Veto nya -



Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka
sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi
lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata
wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk
menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4
atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan
siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak
terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti
kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat
karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali
mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.







ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta
tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, *****
atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN....
bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan
kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara
kata...yang berbunyi...



"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

Sunday, April 24, 2011

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami Orang





1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti
terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya
diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya
sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di
sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan
kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk
mendapatkan cinta kamu saja!



2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk
dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur.
Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah
atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk
mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia
menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap
menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam
perhubungan kamu kelak.



3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang
meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan
membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan
dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan
berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa
diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat
kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena
serang!



4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang
sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya.
Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana
terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu
tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia
akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin
mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!
Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!



5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan
seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?
Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas
menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan
diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan
jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan
untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh
memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia
menjalinkan hubungan dengan wanita lain!





6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU


Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik
minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah
terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata
lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak
"test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki
pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah
yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.



7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan
naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami
wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu
sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang
lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk
menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain,
tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti!
Renungkan!



8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak
menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama
masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang
dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap
tapi buatnya tidak!)



9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap
sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka
lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari
kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia
diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia
menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.
Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang
menderita !



10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama
beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila
kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh
melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak
tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan
zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!



Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba
disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya
wanita...

Wednesday, April 13, 2011

Perempuan Yang Tak Pernah Puas...

Perempuan Yang Tak Pernah Puas...








Sebuah kedai unik bernama Kedai Stesen Suami yang menjual calon suami
baru saja di buka di Kuala Lumpur. Kononnya di negara maju yang
tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang
paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:



“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”



Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi
lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda
dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai
berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.

Seorang wanita pergi ke Kedai Stesen Suami untuk memilih suami yang
tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan
harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.



Di atas lantai terdapat tulisan:



LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”



Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:



LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”



Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:



LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”



Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.



Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:



LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka
anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”



“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.



Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:



LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka
anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki
sifat romantis.”



Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula
ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya
kerana tidak percaya pada apa yang tertulis)..



LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 7,593,012. Tidak ada lelaki
dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa
ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah
datang di Kedai Stesen Suami. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan
semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”



—–

MORAL: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Orang tamak selalu rugi.

Friday, April 8, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan





1. Menipu



Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama
ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk
"menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati
pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati
mereka telah dipermainkan.



2. Harapan / Kebebasan



Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya
malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal
ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang
mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki
yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan
perhubungan tersekat.



3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan



Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat
harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami.
Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius.
Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap
akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan
dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini,
perhubungan boleh menjadi putus.





4. Mengungkit Hal Yang Lalu




Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang
lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari
kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan
perhubungan.



5. Berbeza Pendapat



Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering
terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal
inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai
cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak
mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah
perhubungan.



6. Status Yang Tinggi


Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang
dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu
mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat
sesuai dengan diri mereka.



7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati



Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah
sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang
lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan
bertahan lama.



8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak



Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka
sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia
menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya
membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.



9. Kawan-kawan dan Keluarga



Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga
boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda
sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai
anda.

Monday, February 28, 2011

Kucing Dan Lelaki

Kucing Dan Lelaki

. Jika Perempuan mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...





Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?



Sila baca fakta di bawah:





1) Kucing jantan suka dibelai.

~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...

Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi

berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.





2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan

sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.

Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang

bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau

tambah ilmu rumahtangga ni.



3) Kucing jantan kuat tidur

~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,

bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi

seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih

tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.





4) Kucing jantan kuat merayap

~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni

tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,

kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita

lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.



5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,

sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.



6) Kucing jantan tak suka dipaksa

~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok

kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,

takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.

Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.



7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka

mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah

org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa

lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!





9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),

mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan

lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,

lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati

mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.



10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo

keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan

cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang

conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang

memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak

ikut perangai kucing la)





nie semua fakte jerk.. jgn ambik serius suda laa.... sekadar bergurau...



Wah..wah..kah.kah..kah..”Meowwwww....”..ahaks

Saturday, February 5, 2011

Sedozen Kesilapan Suami Di Ranjang..

Sedozen Kesilapan Suami Di Ranjang..

(just copy from my email, not about me.. hehehe)



Ini adalah sebahagian daripada koleksi saya berkaitan kesilapan suami ketika diranjang. Mudah-mudahan dengan adanya catatan ini, para suami dapat menjalankan tugas memberi nafkah batin dengan lebih lancar dan memuaskan isterinya.




1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU

Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspress). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.



2. PENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU

Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan

menyakitkan telinganya.



3. TIDAK BERCUKUR

Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,

apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak.



4. MEMICIT PAYUDARA

Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.



5. MENGGIGIT PUTING PAYUDARA

Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu

meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.



6. JANGAN CARI STESEN RADIO

Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.



7. ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM

Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota

tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi

mengebom tiga anggota saja.



8. GELOJOH SANGAT

Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.



9. BUKAN TONG SAMPAH

Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang

kondom adalah tanggungjawab suami.



10. JANGAN JADI SHARP SHOOTER

isteri bukan untuk diserang secara 'direct', yang patut dilakukan

ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.



11. MANA ADA TEA-TIME

Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta' (foreplay),

tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak.

Teruskan rangsangan anda.



12. JANGAN JADI INCREDIBLE HULK

Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai.

Thursday, January 20, 2011

Tips Mengekalkan Sebuah Persahabatan





Dalam persahabatan dunia maya sekarang, tak kira lah di Facebook, Twitter atau Blogger , macam2 benda baru kita belajar dan kite kongsikan , kadang2 ada benda yang kita buat hingga merosakkan persahabatan kita, so saya ada sedikit tips utk kita amalkan , moga persahabatan kita di Dunia Maya ni kekal selamanya .




Saling memberi kebebasan

Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.




Saling menahan rasa cemburu

Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah thriller nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan.






Saling memahami

Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.






Saling mengalah

Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.




Saling memberi kemaafan

Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.




p/s : Persahabatan atas niat yang baik , pasti akan kekal selamanya , kalau nak berkawan tu , biarlah ikhlas , baru orang tabik kita , betul x?

Sunday, January 2, 2011

9 Perkara Romantik Ketika Bercinta (Mesti cuba!)


Hari ni aku nak kongsi sedikit tips untuk korang semua, yang hangat2 bercinta tu, apa kata sekali sekala kita jadi romantik untuk pasangan kita..







Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun korang tidak mahu berenggang dengan pasangan korang tu. Apatah lagi jika korang masih di awal percintaan.



Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata korang cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.




1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.








2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.







3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.






4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.








5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.








6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.








7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.








8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.Bagi yg dh berkahwin sesekali menonton filem adegan panas bersama pasangan apa salahnya,









9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.   






p/s : Tips ni memang elok untuk korang cuba, cinta korang akan kekal bahagia kalau tips ni kalau korang cuba.. :)






sementara tu korang bace la lain2 dulu ek..




Saturday, January 1, 2011

Cara Nak Atasi Pompuan Merajuk (Untuk Lelaki Sahaja)


Tengah syok² “ngedate” tiba² awek korang buat muka empat belas, muncung dier dah panjang sejengkal, bijik mata dier jeling sana jeling sini tapi tak pulak pandang kat korang. Pendek kata awek korang tu dah merajuk ler.. Tau ker korang camner nak “mengayat” mood awek korang kepada keadaan asal balik?

Kalo tak tau, korang baca ler tip kat bawah neih..





SENYUM : sebelum merajuk mesti start gadoh² dulu kan? So, time dier tengah marah tu korang buat selamber jer senyum. Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. Nescaya awek korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu.


BUAT LAWAK : Hah! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis awek korang tu dulu. Jangan main rembat ajer. Tak pasal² bertelur dahi korang. Kalau menjadi, silap² awek korang yang merajuk tu terkekeh² ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.



BELI HADIAH : Buat korang yang berkemampuan boleh ler cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidam²kan oleh awek korang yang tengah merajuk tu. Kompem terus tersengeh dier bila tengok korang hadiahkan dier BMW 7 series. Ahaks!



HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS : Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dier tengah merajuk. Agak dier dah cool sikit, korang ambik enpon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/mms/voice sms korang tu.


BUAT BODOH : Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler try tip ni. Bila awek korang tu marah, korang buat bodoh, bila awek korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. Kompem awek korang tu fed up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dier. Heheh!


MERAJUK BALIK : Tip ni paling berkesan dalam memujuk awek yang suka merajuk. Nak tau sebab apa? Sebab bila korang pulak merajuk dah tentu ler dier pulak kena pujuk korang.. 




Kerdit to : syok.org 



10 Anda Tanda Dilamun Cinta



1. Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja/pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu.Prestasi kerja dan pelajaran juga terjejas.Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya.Bagi yang masih belajar, byk assignment yang tidak/lambat siap keran asyik melayan perasaan.



2. Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai.Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.



3. Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya ia boleh memakainya dan anda membayar bilnya.



4. Anda sanggup bersusah payah terhendap-hendap mencari pondok telefon awam pada malam yang gelap supaya anda boleh menghubungi sidia sekadar mahu mengucap selamat malam.



5. Anda mengantuk, letih dan penat, tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun takpe.Tidak tidur pun takper.



6. Anda dan si dia menjadi bayang-bayang-anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, kemana saja!



7. Dia melayan anda dengan teruk, dan anda masih gembira keluar dgnnya siang dan malam.



8. Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia akan berubah.



9. Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabis-habisan wang kerananya.



10. Kalau dulu anda enjoy mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dgn boyfriend lagi syok!

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.





 2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.



3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.



4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.



5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..



6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.







7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.





8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.





9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.





10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.



p/s HARAP2 kiter semua dapat amalkannya erk

Tuesday, December 28, 2010

Jika Belum Bersedia, Cintai Ia Dalam Diam

Malam ni aku nak mood jiwang, tetibe terase rindu kat seseorang yang aku sayang..

Bilalah dapat jumpe ni.. Ni ada tips yang aku nak kongsikan dengan korang semua..





Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..



karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..



karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...



ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah



karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?



dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...



jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...



biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...



p/s : aku copy dari blog orang indonesia ke ni? xpe2, janji msg sampai kat korang.. :)


sementara tu korang bace la lain2 dulu ek..




Monday, December 20, 2010

10 Sebab Lelaki Tidak Lagi Hubungi Anda Selepas Pertemuan Pertama



Anda terlalu banyak bicara.



Pakaian anda terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian

orang lain.



Anda tidak tertawa saat dia berlawak.



Anda terlalu jujur tentang apa yang anda inginkan dari hubungan

tersebut.



Anda berulangkali membicarakan tentang bekas teman lelaki anda.



Percakapan yang anda `jalinkan' tidak bersangkutan dengan

percakapannya.



Anda marah-marah pada kepada pelayan restoran hanya kerana dia

terlambat membawakan pesanan anda.



Anda terlalu banyak mengeluh.



Anda kerap melihatnya dengan pandangan seribu tanda tanya.



Anda memintanya pergi ke restoran dan tempat-tempat mahal.

Sunday, December 19, 2010

10 Petanda Anda Menjadi Pilihannya




Si dia mengakui kebohongan yg telah dikatakannya pada masa lalu.





Si dia memperkenalkan anda kepada orang-orang yang `dekat'


dengannya.





Si dia memperlawa untuk menghantar anda pulang ke rumah.





Si dia mengakhiri percakapan di telefon dengan ucapan, "Aku Cinta


Padamu" meski ketika dia sedang berada di pejabat.





Si dia mengatakannya "Saya yakin awak akan menjadi ibu yang baik


untuk anak-anak saya."





Si dia selalu ada ketika anda memerlukannya.





Si dia membela anda ketika keluarganya memberi komen tentang anda.





Si dia berhenti melakukan olahraga yang berbahaya hanya kerana


dia menyedari bahawa betapa besarnya risiko misalnya ditimpa


kemalangan. Oleh itu kerana tidak mahu anda bersedih, dia


menghentikan hobinya yang mungkin boleh menyebabkan dirinya dalam


keadaan bahaya.





Si dia selalu mengajak anda pada setiap acara keluarga.





Si dia mengajak anda membuka akaun bersama.





You're the simplest love I've known


and the purest one I'll own

Tuesday, December 7, 2010

Hantaran Al-Quran









Sempena musim perkahwinan yang sedang berlaku pada cuti sekolah ini, kita sering melihat hantaran kitab Al-Quran yang dijadikan salah satu daripada hantaran untuk pihak pengatin lelaki atau perempuan. Jadi kisah ini akan memberitahu apakah maksud disebalik hantaran itu..~~





“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.





Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.





“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil.

Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan.Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.Hari yang dinantikan sudah tiba.





Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.





Pak imam baru sahaja sampai.“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.





Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil.

Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.





Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.





“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.





Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan.

Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.





Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.





Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.





“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri.

Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.





Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.





---------------------------------------------------------------

Segala watak dan nama dalam kisah ini, tiada kena mengena antara yg hidup dan mati..kisah ini hanya untuk kita berfikir sejenak tentang perkara yg selalu di amalkan oleh manusia..

Bas Dan Cinta









Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.








Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!





Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Thursday, November 25, 2010

Cinta Vs Nafsu












Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.





Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?





Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.





PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)





Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu’tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.





Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.





Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.





Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.





Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.





Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.
▲
Top