1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti
terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya
diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya
sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di
sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan
kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk
mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk
dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur.
Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah
atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk
mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia
menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap
menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam
perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang
meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan
membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan
dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan
berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa
diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat
kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena
serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang
sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya.
Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana
terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu
tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia
akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin
mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!
Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan
seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?
Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas
menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan
diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan
jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan
untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh
memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia
menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik
minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah
terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata
lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak
"test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki
pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah
yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan
naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami
wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu
sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang
lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk
menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain,
tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti!
Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak
menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama
masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang
dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap
tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap
sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka
lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari
kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia
diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia
menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.
Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang
menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama
beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila
kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh
melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak
tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan
zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba
disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya
wanita...
0 komentar:
Post a Comment