Friday, April 15, 2011

7 Tips Membeli Laptop







1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika
untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk
menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.







2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda
ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah
hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan
kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.







3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun.
Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun
sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya
kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.







4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop.
Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang
lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan
duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.







5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat
sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih
mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin
dibeli.







6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.







7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita
akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan
servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

0 komentar:

Post a Comment


Top