Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Pengguna Internet Explorer (IE) Orang Yang Bodoh ?








Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunakannya.

Sumber



Suka -suka hati je kata pengguna Internet Explore (IE) ni , lembab otak , mungkin IE ni senang nak guna kot sebab masih yang guna, Lagipun broswer IE memang dah siap install dalam pc kita pun, huhu. Aku paling suka Mozilla Firefox, sebab banyak ADD-ON yang gempak- gempak, dan nak loading pun tak berat sangat. Korang pulak?

Monday, August 1, 2011

Video Youtube berdurasi 10 Jam

 Kalau korang nak tahu , kat Youtube ada video berdurasi 10 jam ! Korang larat ke nak tengok ? HAHA





http://www.youtube.com/results?search_query=10+hour

Tuesday, July 26, 2011

Sejarah Ringkas Internet Di Malaysia





Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.



Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING.






MIMOS yang dikenalikan oleh 5 pakar komputer iaitu Dr Mohd Azzman UM, Dr Awang Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM), Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.



Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.



Pada bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan Internet boleh diakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh negara. Nod JARING pada masa tersebut ditempatkan di 16 buah bandar utama di Malaysia, iaitu di Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai JARING/Internet dengan panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh dimanfaatkan oleh pengguna dari

Singapura, Brunei, dan Thailand.



Dari segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 27 organisasi dan jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Keahlian JARING dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi. Orang perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail sahaja, sementara organisasi boleh mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat.



Dalam tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik. Tumpuan utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melalui tambahan nod, talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa serta bilangan talian dail.



Dalam tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps. Sehingga akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah disediakan. Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.



Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang belakang.



Untuk membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal Perkhidmatan Akses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang ramai mendapat khidmat sokongan bagi mengakses Internet.

Evolusi Facebook





Mark Elliot Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 adalah seorang pengaturcara komputer dan usahawan. Sebagai seorang mahasiswa dari Universiti Harvard, dia telah mencipta website sosial network Facebook bersama rakan sekolejnya, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada hari ini facebook adalah laman rangkaian sosial paling popular di seluruh dunia dan Zuckerberg menjawat jawatan sebagai CEO Facebook sejak kemunculannya pada tahun 2004.





Di awal kemunculannya kontroversi telah timbul dimana orang mempersoalkan asal-usul perniagaan dan kekayaannya.Time Magazine menambah Zuckerberg sebagai salah satu dari The World’s Most Influence People 2008 di bawah kategori Saintis & Pemikir dalam fenomena web dengan kedudukan 52 daripada 101 orang.









Evolusi facebook dari tahun 2004 sehingga awal 2011







Facebook 2004 : Di awal kemunculannya Facebook dikenali sebagai THEFACEBOOK









Facebook 2006









Facebook 2007









Facebook 2010





Thursday, July 14, 2011

Komputer Direka Merupai iPad







Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.



Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.



Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.




Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.



Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.



Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.



"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.



"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.



Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP




Thursday, April 28, 2011

44 Senarai Blog Hosting Percuma



Assalamualaikum :)

Selain dari blogger anda juga boleh pilih senarai blog percuma dibawah . Tapi saya galakan blogger atau wordpress kerana search engine tinggi.

















































1. Blog.com
2. Blogabond.com
3. BlogCheese.com
4. Blogetery.com
5. Blogger.com
6. BlogLadder.com
7. Blogr.com
8. BlogRox.com
9. Blogsome.com
10. BlogSpirit.com
11. Blogster.com
12. BlogYx.com
13. Bloki.com
14. Bravenet.com
15. BusyThumbs.com
16. ClearBlogs.com
17. Edublogs.com
18. Etribes.com
19. Freevlog.org
20. GreatestJournal.com
21. InsaneJournal.com
22. JorunalFen.net
23. LiveJournal.com
24. Multiply.com
25. Netcipia.com
26. OpenDiary.com
27. ShoutPost.com
28. SoulCast.com
29. Squarespace.com
30. Terapad.com
31. Tooum.com
32. Trippert.com
33. Tumblr.com
34. Ufem.com
35. Weebly.com
36. Windows Live Spaces
37. Vox.com
38. Word Count Journal.com
40. WordPress.com
41. Xanco.com
42. Xanga.com
43. Yahoo 360
44. Zoomshare.com





*Anda dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan artikel ini di blog anda tetapi jangan lupa tulis sumbernya .

Top