Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun









Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.





Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.





Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.





Kulit muka, dada dan perutnya kendur.





“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya.





Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.





Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008.





Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan.





Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.





“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.





Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli.





Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.





Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.





Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.

Friday, September 2, 2011

Misteri : Hanako-san , Hantu Gadis Dari Jepun

Misteri : Hanako-san , Hantu Gadis Dari Jepun

Hanako-san - seorang gadis muda menyeramkan yang telah menghantui tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun. 





Toire no Hanako-san --  Toire no Hanako-san --

Ia bukan sesuatu yang misteri untuk sekolah mempunyai tandas yang telah diduduki oleh gadis misteri ini , yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako tandas). Dia selalunya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga - biasanya tandas perempuan . Datang dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza, tetapi kebanyakkan melihat hantu ini muncul sebagai seorang gadis yang memakai skirt merah dan menpunyai potongan rambut yang pendek





Hanako --


Tingkah laku Hanako-san juga berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi dalam kebanyakan kes, dia tinggal di dalam tandas sehingga ada pelajar yang berani memcabarnya. Hanako-san biasanya akan megetuk pintu (biasanya tiga kali), memanggil namanya, dan bertanyakan soalan yang tertentu. Soalan yang paling biasa adalah hanya "Adakah anda di sana, Hanako-san?" Jika Hanako-san benar-benar wujud, katanya dengan suara yang lemah, "Ya, saya di sini." Ada verita yang memdakwa , sesiapa yang berani membuka pintu ketika hanako-san didalamnya akan ditarik ke masuk ke dalam tandas.





Hanako-san in the toilet --


Cerita mengenai hanako-san ini terdapat dalam banyak versi . Walaupun ia menjadi satu fenomena di jepun pada tahun 1980-an, terdapat spekulasi bahawa hano-san telah wujud sejak tahun 1950-an. Ada cerita-cerita yang mendakwa dia adalah hantu gadis era Perang Dunia ke 2 yang meninggal dunia dalam serbuan pengeboman di sekolah ketika dia bermain sorok-sorok. Cerita-cerita lain mendakwamati ditangan orang tuanya yang gila dan mayatnya disorok didalam tandas bertahun-tahun. Dalam sesetengah kes, dia adalah hantu bekas pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan di sekolah (satu cerita dari Fukushima wilayah, sebagai contoh, mendakwa dia adalah hantu seorang gadis yang jatuh dari tingkap perpustakaan). - mana 1 betul pun aku tak tahu lahh.





Hanako --


Tidak terkira banyaknya versi legenda Hanako-san telah muncul dari semasa ke semasa. Berikut adalah beberapa variasi yang lebih berwarna-warni:- Menurut salah satu legenda wilayah Yamagata, sesuatu yang dahsyat akan terjadi kepada anda jika Hanako-san bercakap kepada anda dengan suara yang jahat. Satu lagi legenda dari Yamagata wilayah mendakwa bahawa Hanako-san sebenarnya 3-meter panjang, 3-kepala cicak yang menggunakan suara seorang gadis kecil untuk menarik mangsanya. - Di sebuah sekolah di bandar Kurosawajiri (wilayah Iwate), hanako-san dikatakan mempunyai tangan yang besar dan berpakaian putih muncul dari lubang di tandas yang ke tiga .
- Dalam tandas lelaki di sebuah sekolah di Yokohama (Kanagawa wilayah), didakwa bahawa tangan berdarah muncul dari tandas yang ditinggalkan jika anda berjalan di sekitar tandas sambil memanggil nama hanako-san tiga kali. - Kisah juga telah diedarkan kira-kira apa yang dipanggil "Hanako kulat" yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang scrapes lutut mereka di taman permainan. Jangkitan dilaporkan menyebabkan cendawan kecil bercambah dari sakit kurap. 





Bagi sebahagian besar, Hanako-san tidak berbahaya dan boleh dielakkan hanya dengan menjauhi tempat persembunyian beliau yang ditetapkan. Tetapi jika anda perlu untuk menyingkirkan tentang dia, cuba menunjukkan peperiksaan satu bergred beliau dengan skor sempurna. Beberapa legenda mendakwa bahawa melihat gred yang baik membuat dia hilang ke udara nipis. - macam ni pun boleh?




Diterjemahkan oleh tengkunizam dari sini.

Wednesday, August 31, 2011

15 Tempat Berhantu Di Malaysia

Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah





1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR


 HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yg didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1 tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2.BANGLO MONA FANDEY
 Banglo yg pernah didiami oleh seorang artis terkenal tanah air yg merupakan dukun. Pernah terlibat dalam 1 kes pembunuhan yg menggemparkan 1 malaya.


3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
 Shopping complex yg terbengkalai sejak sekian lama. Dipercayai tempat kediaman pelbagai makhluk2 halus.


4.LEBUHRAYA KARAK


 Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih2 lagi apabila di kawasan terowong ini. Seringkali mengakibatkan kemalangan yg meragut nyawa.

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU


 Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan 1 kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan2 mistik telah terjadi di sekitar kawasan itu.

6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND


 Sebuah apartment usang yg sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.




antara tempat2 lain ialah:


7.GEORGETOWN,PENANG
8.ST MICHAEL'S INSTITUTE,IPOH
9.MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK
10.VICTORIA'S INSTITUTION,KUALA LUMPUR
11.LOST WORLD OF TAMBUN,PERAK
12.POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR
13.PERKUBURAN ISLAM KAJANG,SELANGOR
14.KELLIE'S CASTLE,PERAK
15.PENJARA PUDU,KUALA LUMPUR

Misteri Kemayan City Di Johor Bahru











Orang JB terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai etc tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ianya dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.




Sunday, July 31, 2011

Misteri Lebuhraya Karak












Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.





“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”


“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.





Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.





“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”


“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.





Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.


“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.


“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.





Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.





Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.





Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.





Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.





Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.





Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.





Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya. 






Saturday, July 30, 2011

Misteri : Batu Berjalan Di California






Batu berjalan menjadi salah satu misteri yang paling menarik di Death Valley National Park,lokasinya di tasik kering Racetrack Playa, California-AS. Batu berjalan itu dapat dijumpai dengan mudah di permukaan Playa dengan jejak panjang di belakangnya.

Bagaimana mereka boleh bergerak atau berpindah masih menjadi misteri besar di fikiran para penyelidik. Ini kerana, batu yang berjalan tidak hanya batu kecil yang mudah tertiup oleh angin. Ada beberapa batu besar dengan berat ratusan kilogram yang juga turut "jalan-jalan cari makan''.






Persoalannya,bagaimana cara mereka bergerak? Ini menjadi cabaran besar bagi para penyelidik. Mengapa fenomena ini menjadi misteri? Kerana, tidak ada satu orang pun yang pernah melihat batu itu berjalan.








Sampai hari ini, faktanya adalah tidak ada seorang atau satu organisasi pun yang mengetahui bagaimana batu-batu itu boleh berpindah tempat.








Tapi,tahukah anda di mana letaknya Racetrack Playa?Racetrack Playa adalah tasik kering yang mendatar dengan panjang empat kilometer dan lebar kira-kira dua kilometer. Terletak di California-AS, permukaannya terdiri daripada batuan sedimen yang diperbuat dari lumpur dan tanah liat.

Iklim di kawasan ini juga kering. Hujan hanya terjadi beberapa inci pada setahun. Namun, saat hujan, pergunungan yang mengelilingi Racetrack Playa akan membekal air ke permukaan tasik dan menjadi tasik cetek yang sangat luas. Sayangnya, ini hanya bertahan beberapa hari saja. Setelah itu, dalam keadaan basah, permukaannya berubah menjadi lumpur yang lembut dan licin.

Ada beberapa andaian atau penjelasan tentang mengapa batu-batu di Racetrack Playa dapat berjalan. Semua penjelasan tersebut masuk akal.Mugkin anda akan bersetuju dengan salah satunya. Namun, sampai saat ini belum ada yang dapat membuktikannya bersama-sama secara ilmiah.
















Apakah mereka digerakkan oleh manusia atau haiwan?

Jejak yang terbentuk di belakang batu menunjukkan bahawa batu-batu berjalan itu berpindah di atas permukaan Racetrack Playa masih ditutupi dengan lumpur yang sangat lembut. Dan, di sekitar jejak batu, tidak ada lumpur yang rosak akibat jejak makhluk hidup yang lain. Ertinya, sangat kecil kemungkinan batu tersebut dipindahkan oleh manusia dan haiwan.

Apakah mereka digerakkan oleh angin?

Ini penjelasan paling logik dan dipilih banyak orang kerana undian.Bukan sekadar meneka-neka. Tapi, jika dipelajari dari jejak batu yang berjalan, arahnya sejajar dengan arah angin yang bertiup di Racetrack Playa, yakni dari barat daya ke arah timur laut.Hembusan angin kencang dijangka mampu menolak batu sampai berpindah tempat. 

Apakah mereka digerakkan oleh ais?

Beberapa orang mengaku sempat menyaksikan Racetrack Playa yang diliputi oleh lapisan ais tipis.Oleh sebab itu,air membeku di sekitar batu. Lalu, angin bertiup di atas permukaan ais dan mengheret lapisan ais berikut batu yang berada di permukaan ais.

Beberapa kajian telah menemukan jejak sangat jelas pada beberapa batu. Namun, seharusnya pengangkutan lapisan batu besar diharapkan meninggalkan tanda pada permukaan Playa.Namun,sampai sekarang, tanda tersebut belum boleh dibuktikan.

Mungkin anda bersetuju dengan salah satu daripada beberapa penjelasan di atas. Atau, tidak ada salahnya jika anda mempunyai penjelasan lain yang berbeza. Tetapi, mungkin cerita ini akan tetap menarik jika jawapannya tidak pernah diketahui dan menjadi misteri.Itu semua adalah ciptaan ALLAH swt.





Saksikan video di bawah ini ..














Saturday, July 9, 2011

Misteri : Pulau Patung Di Mexico

Misteri : Pulau Patung Di Mexico

Dikenali sebagai “La Isla de la Munecas” dalam bahasa Sepanyol, pulau patung ini mungkin menjadi tempat yang paling seram untuk dikunjungi pelancong-pelancong yang datang ke Mexico. Terletak di selatan bandar Mexico, pulau ini penuh dengan pelbagai kisah-kisah misteri. Boleh dikatakan hampir kesemua pokok di pulau ini dihiasi dengan patung-patung berwajah seram yang pastinya akan membuatkan anda rasa seperti diperhatikan. Kisah misteri di sebalik pulau patung ini bermula apabila seorang pertapa bernama Don Julian Santana berpindah ke sini. Walaupun beliau sudah berkahwin, beliau memilih untuk menghabiskan sisa hayat hidup beliau di pulau ini.

Don Julian dikatakan sering dihantui oleh roh seorang budak perempuan yang dipercayai mati lemas dalam salah satu saluran di pulau tersebut. Ada sumber yang mengatakan Don Julian memancing patung-patung tersebut kerana menganggap patung-patung yang dipancingnya itu adalah kanak-kanak yang sebenar. Ada yang mengatakan beliau mengumpul kesemua patung dan meletakkannya di hampir di sekeliling rumahnya untuk dijadikan makam kepada roh budak perempuan yang mati lemas itu.

Pada tahun 2001, Don Julian Santana ditemui mati oleh anak saudaranya di dalam saluran yang sama budak perempuan itu ditemui mati. Kini, pulau tersebut dan kesemua patung tersebut terus menjadi misteri. Ada sesetengah pelancong mengatakan mereka dapat mendengar bisikan dari patung-patung...







































































Tuesday, February 1, 2011

Misteri : Bukit Hantu Yang Bermisteri

Misteri : Bukit Hantu Yang Bermisteri







Ini adalah Centralia, sebuah kota hantu yang terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dihuni oleh lebih dari 5.000 orang pada tahun 1960. Ada kilang bioskop, 3 sekolah,sebuah  restoran, pejabat pos dan 7 gereja. Ini adalah kota persinggahan yang makmur. Sekarang, tahun 2011, hanya 4 orang tinggal di sana.








Sebahagian besar bangunan yang ditinggalkan telah dihancurkan oleh manusia atau alam. Sekilas, wilayahnya sekarang hanya nampak lapangan dengan jalan berasap yang ada disekitarnya. Beberapa daerah dipenuhi dengan hutan yang baru ditanam pokok.






































































Gereja yang tersisih di kota kecil, St Mary's, dipenuhi pengunjung pada hari Minggu dan tidak terpengaruh oleh api. ini disebabkan kebakaran yang terjadi di 1960 awal dan kebakaran masih berlaku sehingga sekarang. Api ini akan terus menyala selama 250 tahun.






















Itulah yang Daud Dekok katakan tentang kota ini (1986): "Ini adalah dunia di mana manusia tidak boleh hidup, lebih panas dari planet Marikh, suasana beracun seperti Saturn. Di pusat punca api, suhu melebihi 1.000 Fahrenheit. Awan karbon monoksida dan gas-gas lain berputar melalui ruang batu. "Api pembakaran secara bertahap bergerak ke segala arah, mengancam kota-kota yang berdekatan. Ironisnya, nama salah satu kota terdekat Centralia adalah Ashland.
























































































Sumber : Google



▲
Top