Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Hero Dah Kembali Ke Pangkuanku.....Seronoknya....

Alhamdulillah...segala dugaan buat Hero telah berakhir....Hero telah sembuh dari penyakitnya dan juga telah dikasi sekali...Sekalung penghargaan dari saya buat Kelana Jaya Veterinar Clinic khususnya buat En Hadzwan dan Dr Intan. Salah seorang rakan Facebook saya iaitu Cik Yusnita juga sempat melawat Hero di sini...

Seperti biasa, kehadiran saya disambut oleh kucing-kucing gebu klinik ini....



Beginilah keadaan Hero apabila keluar dari kandang....


Kesempatan ini diambil oleh Cik Yusnita untuk mengusap-usap Hero..



Berikut pula adalah gambar-gambar hari terakhir Hero di Kelana Jaya Veterinary Clinic.

Salah seekor kucing Dr Intan, Ifa namanya...( maaf kalau tersalah eja yer )

Yang ini Sammy...beratnya mencecah 8.7kg....

Hero selepas dibawa masuk ke dalam kereta...

Memang dia rindukan saya amat-amat......






Selepas menjemput isteri dari pejabatnya, seperti biasa setiap hari Rabu saya akan singgah ke pasar malam untuk membeli nasi lemak sedap Ayahnyah...Tapi, masalahnya saya tak boleh tinggalkan Hero seorang diri kat dalam kereta..mahu atau tidak, saya terpaksa membawa Hero sekali ke pasar malam...hu hu hu

Ayahnyah masih tak perasan yang kami membawa Hero...

Beginilah reaksi Ayahnyah...Wannyah sedang sibuk melayan pelanggan....ramai betul pelanggannya semalam....

Tak pernah termimpi yang Hero akan pergi ke pasar malam....

Peniaga sebelah kedai Ayahnyah sedang asyik melihat Hero...termasuklah pelanggan yang membeli...semua tengok dia...tapi saya tak snap foto sebab nak jaga Hero takut2 dia terlepas....

Hero berposing di depan banner ayahnyah.blogspot.com

*********************************************************************

Sampai sahaja di rumah, beginilah aksi-aksi anak bulus saya...amat melucukan....

Ini Shizuka....

Ini Shinobi..dia diam jer..takut sebab ada "T-Rex Stranger" datang....

Shinosuke yang paling teruk sekali....

Shinbei yang oren tu berguling-guling dengan Pak Tam..( Pak Tam nampak Hero tapi buat-buat tak kenal konon....menci tul...)

Ini videonya sebaik sahaja Hero dilepaskan dari pet carrier.....








Okay, nanti saya update lagi kisah Hero...hari ni sempat update yang ini jer...ada tugas nak diselesaikan....

Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Teruskan mengikuti blog ini yer...


Monday, May 3, 2010

Info Angin Pasang..Artikel Menarik Untuk Lelaki

Info Angin Pasang..Artikel Menarik Untuk Lelaki

Soalan :
SAYA menghidap gastrik sejak setahun lalu. Apa yang merunsingkan
saya adalah apabila perut saya kosong, buah zakar terasa begitu
sakit dan saiznya menjadi besar daripada biasa seolah-olah terkena
angin pasang. Perut pula menjadi senak sehingga menyukarkan saya
berjalan.
Ia sering berlaku ketika saya dalam keadaan terangsang dan zakar
sedang menegang. Namun, apabila berjalan dalam keadaan kenyang,
kesakitan pada buah zakar itu berkurangan.

Saya ada terbaca artikel mengatakan kejadian angin pasang mempunyai
kaitan dengan gastrik kerana apabila perut dipenuhi angin, ia turun
ke kemaluan dan menyebabkan angin pasang. Bagaimanapun, apabila saya
bertanya dengan doktor di klinik panel syarikat tempat saya bekerja,
dia mengatakan angin pasang tidak ada kena-mengena dengan gastrik.

Saya keliru dengan masalah ini. Benarkah saya mempunyai masalah
angin pasang? Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 25 tahun, belum
berkahwin dan tidak mempunyai masalah pada ketegangan zakar atau
ereksi.

SUDIN,
Kuala Lumpur.


Jawapan :
ISTILAH angin pasang, angin pepasang atau hernia dikaitkan dengan
usus yang termasuk ke dalam satu ruang atau rongga melalui pembukaan
yang tidak normal. Jadi, angin pasang boleh berlaku di mana saja
dalam tubuh badan kita.

Angin pasang yang berlaku dalam kerandut buah zakar dikenali
sebagai `indirect inguinal hernia'. Wanita juga boleh mengalami
angin pasang yang sama, cuma ia berbeza di mana usus terkeluar dari
perut dan masuk ke bahagian kelangkang atau sebelah tundun melalui
lubang atau pembukaan yang tidak normal. Kesimpulannya, lelaki dan
wanita memang boleh mengalami angin pasang.

Pada peringkat awal, angin pasang tidak kelihatan jelas kecuali usus
yang termasuk dalam ruang atau rongga itu mengembang akibat
perjalanan angin atau makanan. Apabila angin tiada atau keluar dari
bahagian usus dan usus kempis serta tiada pergerakan makanan di
dalamnya, perkembangan ruang atau rongga itu berkurangan dan angin
pasang kurang kelihatan.

Apabila tiada angin, hernia kelihatan berkurangan. Disebabkan angin
pasang boleh membesar akibat kemasukan lebih usus, usus boleh
terpulas atau terhimpit oleh lubang yang dimasukinya. Ia tidak boleh
dibiarkan dan perlu dipulihkan supaya perkara yang tidak diingini
tidak berlaku.

Angin pasang boleh diubati melalui pembedahan pemulihan di mana usus
dikembalikan ke dalam perut dan lubang yang tidak normal itu ditutup
serta dinding perut dikukuhkan supaya ia tidak berulang.

Bagi individu yang berasa dirinya terkena angin pasang, segeralah
berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan untuk kepastian, sama
ada masalah yang dialaminya itu angin pasang atau sebaliknya.
Mungkin maklumat yang dijelaskan tadi dapat membantu kita memahami
angin pasang dan istilah lain yang digunakan untuk masalah yang
sama.

The Best Article For Heart Attack..Read It Please...!!

A very good article which takes two minutes to read. Sent by a friend who had about 25 or 30 years in the field with such emergencies....I'm sending this to persons I care about.......why not do the same ?????
Heart Attacks And Drinking Hot or Warm Water


This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about

Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and can lead to cancer . It is best to drink hot or warm drink after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack.....
A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting . Be aware of intense pain in the jaw line.
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms... 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we have to survive.

A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this & Send to a friend. It could save a life. So, please be a true friend and send this article to all your friends you care about.

I JUST DID

Monday, April 26, 2010

Info Virus Kencing Tikus



Dalang penyakit 'demam lumpur'
Pada tahun 2007 sahaja, kes leptospirosis telah meningkat secara mendadak kepada 929 berbanding 527 kes pada tahun sebelum itu. Wartawan YEO LI SHIAN merungkai permasalahan yang diakibatkan oleh air kencing tikus ini.

********************************************


********************************************

KUAN EE (bukan nama sebenar), 35, seorang tukang paip yang banyak menghabiskan masa membaiki paip-paip di sekitar ibu kota. Dalam tempoh setahun bekerja, pernah beberapa kali dia mengambil cuti sakit ekoran ‘penyakit’ yang memperlihatkan simptom-simptom biasa. Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah adalah antara yang dialaminya.
Hampir setiap kali kunjungannya ke klinik, jawapan doktor yang diterimanya ialah: “Tak apalah, mungkin cuaca atau tersalah makan. Lepas makan ubat ini, kalau tak sihat lagi, datang balik.”
Walaupun selepas satu ketika demam panasnya mulai reda, Kuan Ee kini dibimbangi pula dengan pelbagai masalah lain. Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerangnya. Penglihatannya pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom kali ini yang disangkakan berlanjutan sehingga beberapa hari rupa-rupanya berterusan selama berminggu-minggu.
Akhirnya, Kuan Ee disahkan menjadi mangsa leptospirosis, satu perkataan yang tidak pernah terlintas di ruang fikirannya.


KEMPEN menangkap tikus yang dijalankan di Wangsa Maju baru-baru ini bertujuan mengurangkan populasi tikus.

********************************************

Seperti juga Kuan Ee, leptospirosis adalah istilah yang terlalu asing bagi kebanyakan kita. Mengapa agaknya pengetahuan terhadap leptospirosis begitu rendah?
“Simptom-simptom leptospirosis lazimnya nampak begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia tersalah didiagnosis sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.
“Hanya sebahagian kecil iaitu lima hingga 10 peratus kes ini bertambah teruk sehingga menjurus kepada penyakit Weil,” kata Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr. Christopher Lee ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Menurutnya, leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis leptospirosis tahap serius.
Pada tahun 1870, hasil penemuan bersejarah Adolph Weil telah direkodkan iaitu selepas beliau mengesan kehadiran penyakit ini pada empat orang pesakitnya.
Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam swamp atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.
Tahun 1907 pula memperlihatkan satu kaedah staining khas yang digunakan untuk mengesahkan sejenis spirochete iaitu leptospira sebagai dalang penyakit ini.

DR. CHRISTOPHER menunjukkan bakteria spirochete.


Tidak tertakluk kepada jenis etnik tertentu, Christopher menjelaskan jangkitan leptospirosis boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung atau tidak langsung dengan air kencing binatang tercemar.
“Organisma seakan bakteria iaitu spirochete yang biasanya mudah ditemui di persekitaran, misalnya tanah adalah dalang penyakit ini. Leptospira mungkin ditelan tanpa sengaja sewaktu seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti beriadah.
“Luka pada kulit atau membran mukus dalam mata ataupun hidung juga merupakan tempat yang mudah dijangkiti,” jelasnya yang juga seorang pakar perunding kanan penyakit berjangkit.
Jika anda peminat sukan rekreasi khasnya yang melibatkan air, ini mungkin berita yang kurang menyenangkan anda. Meskipun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mempunyai data yang menunjukkan tahap pencemaran leptospira di sungai atau tempat awam, ini tidak bermakna anda bebas risikonya.
“Aktiviti berisiko tinggi termasuk berenang sewaktu banjir atau di sungai, berakit, berkayak, menyertai aktiviti di kawasan berlumpur, misalnya berkhemah serta mendaki gunung.
“Berenang merupakan satu-satunya aktiviti yang tidak boleh dicegah daripada kecenderungan tertelan air atau terkena kulit. Bagaimanapun, hanya dalam air masin seperti di laut sahaja bakteria tersebut tidak akan bertahan,” katanya.

JANGAN biarkan anak bermain dengan air banjir.


Satu laporan pada November lalu menunjukkan wabak leptospirosis berlaku di Ireland selepas berakhirnya satu pertandingan berkanu di sebuah sungai.
Biarpun leptospirosis merupakan sejenis ‘penyakit universal’ dan boleh berlaku di mana-mana di dunia, ia bagaimanapun lebih biasa ditemui di kawasan beriklim tropika yang mencatatkan taburan hujan dan banjir tertinggi.
Menyentuh tentang hujan, Christopher pantas menegaskan bermain atau berenang dalam air banjir bukan sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya sering kali terkejut melihat sesetengah ibu bapa membiarkan anak bermain dalam air banjir. Waktu air hujan melimpah, pelbagai bakteria dan penyakit dibawa masuk ke dalam air banjir. Ibu bapa patut menghalang anak mendekati air banjir,” katanya.
Tentu ada yang tertanya-tanya apa pula risiko mereka yang menjadikan tikus sebagai makanan, ini jawapan beliau: “Bakteria ini telah pun mati selepas tikus dimasak.”
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kadar kelaziman wabak leptospirosis telah dilaporkan di negara-negara berbeza seperti di India, Peru, Hawaii, Amerika Syarikat (AS), Thailand dan Malaysia.



AKTIVITI berlumpur seperti pembaikan paip turut mendedahkan seseorang kepada risiko dijangkiti leptospirosis.


Di AS sahaja, kira-kira 100 hingga 200 kes leptospirosis dilaporkan setiap tahun oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit negara itu. Kira-kira 50 peratus kes itu berlaku di Hawaii.
Mungkin sebab itulah, tidak patut kita memperlekehkan kekecilan bakteria ini kerana hanya setitik air sahaja sudah mampu menjejaskan hidup anda.
Bercerita lanjut, Christopher berkata, masyarakat urban yang tinggal di kawasan dengan persekitaran yang kotor sehingga mengundang kehadiran tikus secara semula jadinya lebih berisiko.
Andainya hanya kerana kes leptospirosis jarang kedengaran di bumi Malaysia, itu tidak bererti kita tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Satu data yang diperoleh daripada KKM baru-baru ini mungkin akan membuka mata anda. Jumlah keseluruhan kes leptospirosis yang dimasukkan ke wad dalam tempoh sedekad ini (dari tahun 1999 sehingga 2007) adalah sebanyak 3,161 kes. Jika diamati pada perangkaan tahun demi tahun, bilangan kes penyakit ini nyata menampakkan peningkatan.
Pada tahun lalu sahaja, kes leptospirosis meningkat secara mendadak kepada 929 berbanding 527 kes pada tahun sebelum itu. Ia sekali gus menjadi bilangan kes tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh sedekad ini. Dengan peningkatan kes leptospirosis sejak tiga tahun kebelakangan ini, bukankah penyakit ini signifikan untuk diberi perhatian? Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan?
Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Dr. Zairina A. Rahman yang dihubungi menerusi e-mel berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan risalah-risalah berkaitan leptospirosis untuk meningkatkan kesedaran umum.
“Risalah ini boleh didapati di mana-mana klinik kesihatan atau Pejabat Kesihatan Daerah atau Negeri. Malah, tumpuan kesedaran turut diberikan kepada golongan tentera, pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara serta mereka yang meminati sukan air,” katanya kepada Kosmo!.
Oleh kerana air dan tanah merupakan dua sumber tersebarnya bakteria spirochete maka, tidak mengejutkan apabila sebahagian besar mangsa leptospirosis di Malaysia adalah kaum lelaki.
“Sebanyak 84.6 peratus mangsa leptospirosis adalah dalam lingkungan 12 hingga 54 tahun kerana mereka merupakan golongan yang sering dikaitkan dengan aktiviti di luar rumah.
“Antara aktiviti yang mendedahkan mereka dengan risiko mendapat penyakit ini termasuk melakukan aktiviti air, tanah atau mengambil makanan yang tercemar dengan air kencing haiwan khasnya tikus,” jelasnya.

Risiko jangkitan katanya hanya boleh dikurangkan jika kehadiran tikus dan pencemaran oleh air kencing binatang itu dihapuskan sama sekali. Mungkin atas teori inilah, satu kempen menangkap tikus telah dilancarkan di Bandar Baru Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada penghujung April lalu.
Kempen sebulan itu adalah anjuran bersama Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KKM, Komuniti Bestari Seksyen 2 dan Gabungan Perbadanan Pengurusan Seksyen 2.
Bagi setiap ekor tikus yang ditangkap dan diserahkan kepada DBKL, penduduk akan diberi ganjaran sebanyak RM2. Wangsa Maju yang mempunyai lima seksyen dikatakan menghadapi masalah kehadiran tikus paling teruk di Seksyen 1 dan Desa Setapak.
Namun, Dr. Zairina menekankan kempen tersebut tidak mempunyai kaitan khusus dengan kes leptospirosis. Tetapi, ia sekadar mendapatkan penglibatan masyarakat dalam menjaga kebersihan sekali gus mengurangkan populasi tikus.
Sehubungan itu, kementerian juga telah menjadikan penyakit leptospirosis sebagai penyakit di bawah pengawasan dan pemantauan demi mengetahui perkembangan terkininya.
“Selain itu, KKM bakal mengeluarkan satu panduan Prosedur Operasi Standard bagi pencegahan dan pengawalan penyakit ini untuk kegunaan golongan pengamal perubatan,” katanya.
Bagi masyarakat umum, ini nasihatnya: “Elakkan daripada berenang, mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing binatang. Jika mengalami gejala jangkitan seperti demam, sakit kepala, sakit perut atau kencing tidak normal, selepas menyertai sesuatu aktiviti riadah berair, segera dapatkan rawatan doktor.”

Tuesday, April 20, 2010

Penyakit Sawan

Penyakit Sawan

PENYAKIT sawan disebabkan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun. Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.
Punca sawan ialah sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selesema atau jangkitan virus. Yang jelas mangsa tidak akan merasai kesakitannya jika dihinggapi sawan.
Langkah awal yang perlu dilakukan ibu bapa dan penjaga ketiak melihat kanak-kanak sawan ialah;

Baringkan mangsa mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama
atau lebih rendah daripada badan.
Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan dan jangan sekali-kali
cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut. Selain itu, jangan
cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut
badannya.
Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan
melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti
dalam tempoh 10 minit. Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan
masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
Sawan sebenarnya tiadk sama dengan epilepsi (gila babi). Epilepsi
ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang
lebih dewasa atau peringkat remaja. Yang jelas, 99 peratus pesakit
demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.
Ramai juga yang ingin tahu sama ada demam sawan boleh menyebabkan
kerosakan otak kekal.
Sebenarnya, perkara ini sangat jarang berlaku. Kanak-kanak yang
mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit)
mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.
Secara purata, tiga daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan
mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan
berkurang apabila umum melebihi tiga tahun.
Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit
tekak atau sakit telinga bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan
lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit
demam sawan.
Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius
yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak
(meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang
mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor.

Monday, April 19, 2010

Kenali Penyakit Berbahaya

Diabetes / Kencing Manis

- Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
- Malaysia pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun.
- Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
- Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
- Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit

SAKIT JANTUNG

- Dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung
- Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.
- 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung. - Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun.
- Ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.
- Kadar kematian akibat serangan jantung adalah 8.89 orang bagi setiap 100,000 penduduk negara ini.
- Data membuktikan bahawa 38 peratus wanita berbanding 25 peratus lelaki meninggal dunia satu tahun selepas serangan jantung yang pertama.

Obesiti

- Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.
- Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
- Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Gout

Strok / Angin ahmar

- Strok merupakan pembunuh keempat rakyat Malaysia.
- Kadar peningkatan sebanyak 300% di kalangan rakyat negara ini iaitu 17,909 pada tahun 2005 kepada 52,000 pada tahun 2006.
- Lebih 90% daripada mangsa strok meninggal dalam tempoh sebulan.

Gout

- Gout berlaku apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh.
- Selain kesakitan yang amat sangat pada sendi, sesetengah pesakit berkemungkinan menghadapi masalah pembentukan batu karang pada buah pinggang.

Kanser Payudara


- Kanser paling biasa keseluruhannya dan paling biasa di kalangan semua wanita berumur 20 tahun bagi tahun 2002 dan 2003
- Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara.
- Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
- Agensi Antarabangsa Globocan yang melakukan penyelidikan kanser pada tahun 2000 melaporkan 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.
- Globocan menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Friday, April 16, 2010

Bored at work????

1. Kill a few flies.
2. Put them in the sun to dry for one hour.
3. Once they are dry, pick a pencil and paper...
Let your imagination flow. Here are a few examples...

Awas Minuman Tin

This is Serious! This incident happened recently in North Texas . A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat... On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday.
The autopsy concluded she died of Leptospirosis. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis.
Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of all soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned.
A study at NYCU showed that the tops of all soda cans are more contaminated than public toilets (I.e.).. Full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.
SARDINE N MILO PUNYA CERITA.....

SARDINE N MILO PUNYA CERITA.....

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. Kami berbual perkara halal dan haram.. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan. Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm .. Ceritanya macam nie:-


Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ...kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’ AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..


N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…


Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…


n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ...dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap letaklah daging katak..huhuhu..


milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….


Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak… Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman…. wallahhualam…

Thursday, April 15, 2010

Info Mengenai Haid Bermasalah

Info Mengenai Haid Bermasalah

Apakah jenis-jenis gangguan haid?
Seperti keadaan lain dalam tubuh manusia, haid juga mengalami beberapa masalah;
1. Berbagai jenis gangguan pusingan haid.
2. Banyaknya darah haid yang keluar.
3. Jangka waktu haid yang berpanjangan.
4. Pendarahan yang tidak tentu masa , seperti lepas persetubuhan.
5. Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
6. Kelewatan datang haid.
7. Putus haid.

Gangguan haid berlaku kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.

Haid tidak teratur !
Apakah yang dimaksudkan pusingan haid yang tidak teratur?
Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku dikalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon walaupun wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih. Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jarak yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada dikalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak (Polycystic ovary).

Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, gangguan pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.

Haid Berlebihan dan berpanjangan !
Beberapa punca boleh menyebakan keadaan demikian dan diantaranya:

1. Tumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, menandakan sesuatu penyakit khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut.Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim saperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.
2. Kanser Pangkal Rahim. Tetapi apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim.
3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang kala mengalami maslah perdarahan sedikit demi sedikit dan berpanjangan pula.
4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan diluar rahim.

Perdarahan Luarbiasa!
Berbagai bentuk perdarahan yang luarbiasa boleh berlaku, diantaranya ialah ;
1. Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining) dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sesuatu ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.

2. Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.

3. Perdarahan lepas putus haid. Wanita yang telah putus haid dan mengalami pendarahan perlulah berhati-hati kerana ia mungkin menandakan sesuatu penyakit yang merbahaya seperti kanser dalam rahim. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen.

Saturday, April 10, 2010

KENALPASTI TANDA2 AWAL STROKE ( INFO YANG AMAT BERGUNA, TRY LA KAT PARENTS KORANG )



STROKE: Remember the 1st Three Letters.... S.T.R.

My nurse friend sent this and encouraged me to post it and spread the word. I agree. If everyone can remember something this simple, we could save some folks. Seriously.. Please read: STROKE IDENTIFICATION: During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just tripped over a brick because of her new shoes. They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this... A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke... totally . He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough. RECOGNIZING A STROKE Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn! Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke. Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions: S * Ask the individual to SMILE. T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (i.e. It is sunny out today) R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS. If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher. New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other , that is also an indication of a stroke. A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved. I have done my part. Have you?
Bahaya Mandi Malam dan Minum Air Batu ( kalau nak hidup lama, baca la yer...)

Bahaya Mandi Malam dan Minum Air Batu ( kalau nak hidup lama, baca la yer...)

Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa! ". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya. Dengan ini dirumuskan bahawa:-MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru

Friday, April 9, 2010

AURA KETIAK LELAKI

AURA KETIAK LELAKI

Specialnya Bau Ketiak Lelaki
> > > > Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan
> > yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi
> > Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajiandilakukan di
> > sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan
> > tekanan melancarkan perjalanan haid.
> > > > Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America . Sebelum ini,bau
> > ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai
> > deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung
> > wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.
> > > >
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudiandi sapukan
> > ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia
> > adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji
> > satu aroma wangian tersebut.
> > > > Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapuwangian yang > > diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
> > > > Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak
> > lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik
> > dari majalah PA&MA...Feb 2004...kalau tak caya... So kengkawan kalau
> > tengah stress tu .....bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
> > > > Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
> > > > Moral of the Story
> > > > So kalau isteri dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikitbau
> > ketiak suami anda..yang masam tu insyaallah mood anda akan ok
> > > > ha..ha...ha. ... selamat mencuba...
> > > > Kepada para isteri jangan dok tension sangat...nanti kena ciumbau ketiak

PARA PEREMPUAN SUMER, APA LAGI....JOM CIUM...
▲
Top