Tuesday, April 19, 2011

Nak Tengok Maharaja Lawak Tanpa Kena Bayar ?



Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila
Maharaja Lawak minggu ke-3 (minggu lepas) hanya akan ditayangkan di
ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej
Mustika.



Tak apa. Jangan risau. aku ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.



Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-




HANYA
IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN
SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA
FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..



Cara ni aku dapat dari cousin aku yg keje di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.



hari
tue aku call dia (maklumlah dia duk KL..) tanya dia tgok MAHARAJA LAWAK
ke tak, dia ckp dia tngok... sembang punya sembang, ntah mcmane die
pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie
tanpa perlu melanggan.



Aku mula tak percaya gak. Tapi balik rumah aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!

(cmfirm jadi punyaaaaaaaa)



Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.



HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.



1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.



2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.



3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.



4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.



5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)



6. Tekan OK untuk pengesahan.



7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.



8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK.



9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK.



Di
sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder
anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.



10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)



11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.



12. Langkah terakhir, tekan 130



13. Saksikan pratonton Mustika.



14. Untuk melanggan:



i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU

ii - SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888; ATAU

iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.



15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.



Hahahhahaha...mana
ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor... kalo nak
tngok MAHARAJA LAWAK... langgan je lahhh... aku pun langgan juga...
hik2....

0 komentar:

Post a Comment


Top