Sunday, April 17, 2011

Arak menjadi Madu





Hari ni nak kongsi 1 kisah menarik , ambil iktibar dari kisah sahabat ni ..



 Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong
dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan
pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam
kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar
AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang
engkau bawa itu?"



Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan,
pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya
ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang
bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus
minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia
berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
kendinya yang ditegah oleh agama itu.



Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu.
Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga
telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk
bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas,
ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin
membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.



Allah Taala berfirman,

" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan
sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka
Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang
yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul
Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"

Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! " 




Sumber : epalkasturi.blogspot.com

0 komentar:

Post a Comment


Top