Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Cara Senang Mencari Pengiklan

Beginilah cara terbaik untuk mencari pengiklan yang nak iklan produk mereka.  Nak cuba buat kat blog ni nanti. hehe






















Sunday, August 28, 2011

Buku Yang Patut Dibaca Oleh Kaki Facebook





Korang yang suka main FARMVILLE tu , elok beli buku ni je , cara2 berkebun. HAHA

2 Ringgit = 20,000 Ringgit





Ehh, terjumpa dalam mudah.my tadi , boleh pulak jual duit kertas 2 ringgit lama dengan harga 20k , haha. aku ada 8 keping duit macam ni , kalau aku jual , da dapat 160k da. Katanya ini ibu duit , percaya sangatlah benda2 syirik camtu kan .. Dunia2 ..



http://www.mudah.my/Wang+Kertas+RM+2+lama-11273693.htm

Wednesday, August 24, 2011

Komik Lawak Versi Kanak - Kanak

Jom layan kartun lawak versi kanak2 ribena jom , terasa nak jadi budak2 pulak la time2 raya ni , nanti dapat duit raya . hihihi
























Monday, August 15, 2011

Klinik Di India

Korang pernah pergi klinik ? Selepas korang masuk bilik doctor tu , nanti doctor akan suruh ambil ubat kat kaunter farmasi kan ? tapi cuba bayangkan kalau suasana/keadaaan kaunter farmasi tu seperti gambat di bawah ni , agak-agak korang berani ke nak makan ubat yang doctor tu bagi ? HAHA













Ni kalau salah bagi ubat ni , arwah ni...


Tuesday, August 9, 2011

Cara Kejutkan Orang Bangun Sahur







Dah seminggu lebih kita puasa , tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada tips menarik untuk dicuba :-)



Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..

2. Sentuh bahu org tidur tu.. dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...

3. Renjis air kat muka dia... sambil panggil nama dia...

4. Tampar tampar manja pipi dia.. sambil panggil nama dia...

5. Tutup kipas / air cond





Tapi kalau still tak ada effect

1. Jerit nama dia kuat kuat...

2. Gigit ibu jari kaki dia.. cam hantu toyol gigit

3. Simbah air sebaldi... kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!

6. Jerit api! api! api!

7. Letak kfc ke mcd ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dimasaksebelah hidung dia.. bagi ambik bau sikit





Tapi kalau still tak ada effect gak

1. Pergi kat telinga dia... then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali...

2. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!





Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana tuhan lebih menyayanginya.



sumber : majalah gila gila

Tuesday, June 28, 2011

Nama Pelik





sekadar gambar hiasan







Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

"Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN"

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Saturday, June 25, 2011

Salah Cakap

Salah Cakap

Ada seorang lelaki tua yang hobbynya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di pertemuan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang punya burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyadari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah:
"Bukan itu maksud saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Karena menyadari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung,
"Maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi dia coba bertanya,
"Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"
salah burung..  


Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi,

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri... dan seorang wanita yang lain... maka kali ini merah padam pula muka si isteri ..!

Lelaki itu pun cabut lari. Menyesal tanya...

Dari kejauhan si Maling tersenyum dan dalam hati berkata " Wuuuooo...O... kamu ketahuannnn... "
Kisah Seminggu

Kisah Seminggu

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .


Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.


Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.


Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Wakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....


Top