Ketika menggunakan pen untuk menulis atau mencatat sesuatu, pernahkah anda terfikir tentang sejarah alat tulis tersebut?
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis alat penulisan telah dicipta sejak
beberapa tahun dahulu. John Scheffer merupakan individu terawal yang
memperkenalkan pen separuh bulu dan separuh logam pada tahun 1819.
Sehingga pada tahun 1884, pen dakwat pertama telah dicipta oleh seorang
jurujual insurans, Lewis Waterman. Menerusi pengenalan itu, Waterman
telah mencipta lubang pada penghujung mata pen yang akan berhubung terus
dengan dakwat.
Bahagian pengeluaran dakwat pada hujung mata pen pula akan berfungsi mengawal aliran dakwat dari tempat simpanannya.
Terdapat ruang bulat pada pen tersebut yang berperanan menyimpan dan mengeluarkan dakwat untuk menulis.
Menjelang tahun 1915, kebanyakan pen berubah kepada pengisian dakwat secara sendiri menerusi penyerap getah mudah lentur.
0 komentar:
Post a Comment