Saturday, May 21, 2011

10 Lubang Terbesar Di Dunia


Great Blue Hole, Belize







Lubang Biru Besar adalah lubang jurang bawah air di pantai Belize.
Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki. Lubang
ini terbentuk sebagai gua kapur sejak zaman ais.



Chuquicamata, Chile









Chuquicamata adalah lubang galian lombong terbuka di Chili. Ini adalah
lombong dengan jumlah pengeluaran tertinggi di dunia – walaupun ini
bukan lombong terbesar. Lombong ini dalamnya 850 meter.



Udachnaya Pipe, Russia







Pipa Udachnaya adalah lombong berlian di Rusia. Pemilik lombong
bercadang menghentikan operasinya pada 2010 – untuk melaksanakan
perlombongan bawah tanah. Lombong ini ditemui tahun 1955 dan dalamnya
mencapai 600 meter.



Sink hole, Guatemala







Pada tahun 2007, sebuah lubang runtuh sedalam 300 kaki menelan rumah di
Guatemala – membunuh 2 orang dan mengakibatkan ribuan dipindahkan.
Lubang ini diakibatkan hujan dan aliran pembuangan bawah tanah.




Diavik Mine, Canada







Lombong Diavik adalah lombong di wilayah Barat laut Kanada. Lombong ini
dibuka tahun 2003, memhasilkan 8 juta karat atau sekitar 1.600 kg (3500
lb) berlian setiap tahun.



Mirny Diamond Mine, Siberia





Lombong Berlian Mirny memiliki kedalaman 525 m dan diameter 1.200 m. Ini
adalah salah satu lombong berlian pertama dan terbesar di USSR
(Soviet). Kini telah ditinggalkan. Sewaktu masih beroperasi, ia
memerlukan 2 jam untuk lori melintas dari atas hingga ke dasar lombong.



Bingham Canyon Mine, Utah







Lombong Ngarai Bingham adalah lombong di pegunungan Oquirrh, Utah.
Lombong ini memiliki kedalaman 1,2 km, lebar 4 km. Ini adalah lombong
penggalian terbesar di dunia.



Monticello Dam, California







Lurang Monticello adalah lurang di Napa County, California, Paling
dikenal di Amerika kerana katup melingkarnya dengan rata-rata 48.400
kaki kubik per saat.



Kimberley Diamond Mine, South Africa







Lombong berlian Kimberley (juga dikenal sebagai Big Hole) memiliki
julukan lubang buatan tangan terbesar di dunia (masih diperdebatkan).
Sejak 1866 sampai 1914, 50.000 perlombong menggalinya dengan cangkul dan
penyeduk, menghasilkan 2.722 kg berlian. Sedang dilaksanakan untuk
mendaftarkan lubang ini sebagai warisan dunia.





Darvaza Gas Crater, Turkmenistan







Di tahun 1971, para geologis menemui deposit gas alam bawah tanah yang
sangat besar di tempat ini. Sedang melakukan penggalian untuk
mendapatkan gas, Menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk
mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai
sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.



sumber

0 komentar:

Post a Comment


Top