Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus (Masjid Shah Alam)







Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus di
Masjid Shah Alam:

26 soalan
kesemuanya.



1. Orang laki2 takleh pakai
perhiasan perempuan. rantai
leher perempuan cthnya.
"Allah melaknat lelaki pakai
pakaian perempuan."
Sembahyang sah wlpn pakai
emas. Sembahyang ditulis
pahala, pakai yang salah
(rantai emas tadi) ditulis dosa.
Pakai sebab sayang kat GF pun
ada (haram):

BF: U malam2 pakai baju apa?

GF: I malam2 baju kelawar.

BF: I kelawar jugak.



2. Apa hukum lelaki tangkap
curi gambar perempuan?
- Kalau gambar tu haram
dilihat, maka gambarnya
haram. Kalau publish expose
kat public lak gambar tu dan
memalukan dia, maka haram.
Yang terbaik, kena minta izin
tuan punya badan.
Perumpamaan perempuan oleh
UAI:
"Org puang ni sama macam
Lamborgini. Beli Lamborgini, gi
Subang, tukar..buh side mirror
Kancil. Org tanya, "Guaner
tukar side mirror buh Kancil?"
"Nak bagi nampak lawo."
Takdok berlaku. Lamborgini
semua molek, luar dalam
semua lawa. Tak payah tukar
pape dah. Orang puan macam
tu gak, semua dah lawa,
perfect Allah cipta."
Perempuan itu aurat, bukan
semua aurat tapi
kebanyakkannya aurat. Yang
mana2 amik gambar puang tak
pakai tudung tu, henti2kanlah."
Orang puang dia pakai baju
laki pun, orang geram tengok.
Tu blm pakai baju perempuan.



3. Berkat atau tak fotostat
buku yang dilarang fotostat.
- Fotostat dengan kebenaran
adalah lebih baik. Hukumnya
dibolehkan. Cari keberkatan
dengan minta izin.



4. Saya kije syarikat isteri sy.
Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi
3K je kat saya, 3K lagi dia
simpan, tak bagi penuh sebab
dia takut sy kawin sorang lagi.
Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju,
oklah. Kalau tak setuju, kerja
dengan orang lain.



5. Sorang maknyah tukar
jantina lelaki kepada
perempuan telah bertaubat.
Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan
semula
- Tanggung akibat tak dapat
kahwin dsb.
- Jika mudarat maka tak wajib,
jika tak mudarat hanya perlu
pembedahan minor, maka
perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau
satu tubuh penuh tatoo, nak
buang balik bahayakan diri,
maka tak wajib buang.



6. Pegang tafsir Quran masa
haid
- Boleh.



7. Solat pakai pakaian dalam
je, tapi pakai kain semayang di
luar. Hukum?
- Kalo masa solat, nampak
warna kulit belah dalam, tak
sah. Kain nipis, tak sah
semayang. Yang sah, nampak
bayang hitam sebelah dalam.
Pakai dua lapis adalah terbaik.
Laki camana lak? Sama je.
Nampak bayang makruh,
nampak warna kulit (aurat kat
dalam), batal.



8. Jika solat 5 waktu tidak
cukup? Benarkah solat sunat
tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup
fardhu, maka tak diterima
sebarang sunat.
- hendaklah kita tunaikan
solat2 fardhu biar cukup, dan
sedikitkan sunat. biar 5 fardhu
jgn kurang.
- diterima, sebab kita dah
sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram
dan tidak diterima Allah solat
sunatnya, jika tak cukupkan
hutang solat fardhu 5 waktu.



9. Apa hukum tak bayar tol?
- Apa tujuan buat tol? Kalau
buat tol utk memeras rakyat,
takyah bayar. Kalau tujuan utk
membiayai jalanraya, jadi wajib
bayar melainkan keadaan
darurat. Tol yg ada skang, utk
maslahat org awam takleh nak
beza, maka balik kepada
hukum asal yakni kena bayar.



10. Jika isteri kuar tanpa izin,
malaikat akan laknat sampai
dia kembali semula rumah.
Isteri kuar siasat suami ada
skandal ke tak cari kebenaran
(kemungkinan ada perempuan)
. Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin
tanpa darurat memang haram.
kemungkinan takleh, dia boleh
yang PASTI. kalau ada
masalah, report kat QADI
kejahatan suami spt tak bagi
nafkah.



11. Saya photographer part-
time. Sy upload gambar tak
brtudung. Publish utk
marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka
haram kita expose. Tidak boleh
letak gambar dedah aurat.
Haram magazine2 yg ada
gambar2 dedah aurat.
UAI: "Dengan kamera dia
boleh masuk syurga jika
gambar dia bawa manusia
cinta kepada Islam."



12. Jauh nak pulangkan al-
Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg
sama di tempat tu balik
dengan harga yg sama (ganti
dengan bank-in duit ke apa ke)
. Tak perlu pergi ke tempat
jauh tu untuk pulangkan.



13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit
dan ungkit. bangkit boleh, tapi
ketika isteri tu lalai utk
keinsafan. Suami yang benar2
suami dia berani tukar nyawa
dia kepada isteri dia.
UAI:"Rima tangkap bini, tok
imam lawan tak ngn rima?
sayang bini ke syg rima, kalau
syg bini, lawan rima." UAI:
"mmg dop lawan lah. rima
tolong amik..alhamdulillah.
boleh bini lain."
UAI: "Payah nak cari yg
penyayang macam saya"



14. Jamak ke rumah mentua di
Ganu. Umah di Putrajaya.
Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir,
Putrajaya - Tganu sebab bukan
rumah kita. tak bermukim di
situ.
-3 hari dan kurang - musafir yg
singgah. 4 hari dan ke atas -
pemukim.



15. Boleh amik air wudhu'
putus2? amik kat rumah,
perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik
wudhu'. Nabi SAW pernah amik
wudhu' dua tempat.



16. Dapati suami org lain ada
skandal dengan perempuan
lain. So kena bgtau isteri dia ke
tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada
lawang, kabor kepada
empunya diri. kita jumpa suami
dia cakap ngn org puang. kita
takleh kabor kat bini dia.
kabor lah kat empunya diri.
tanya dia utk tegur dan tahu
perkara sebenar. jangan
rosakkan rumahtangga orang.



17. Hukum doa fb.
- Berdoa dlm facebook; dengan
niatlah jadi hukum yg
berbeza2. Tujuan insaf, dapat
pahala. Tujuan nak nunjuk2,
sia2 perbuatannya. Kongsi doa
baik, dapat pahala.



18. Hukum dengar nyanyian
perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak
boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum:
suara aurat suara bukan aurat.
Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jgn
nyanyi di khalayak ramai
meskipun lagu2 nasyid.



19. Mengata orang dalam
berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama
boleh ke tak? Kalau yg Allah
sudah sebut laknat itu dalam
Quran. Boleh kita sebut Allah
laknat. ( Spt Allah laknat org
kafir )
- "celakalah org yg tidak solat.
celakalah org yg minum arak."
- ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata.
kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yg lembut kita
lembut, benda keras kena
keras.
- jgn sebut nama kalau nak
tegur dalam ceramah.



20. Hukum lelaki simpan
rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang
jgn sampai nampak macam
puang. org kata pompuang
takleh.
- Panjang, tapi masih nampak
lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan
misai, bolehlah rambut panjang
senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak
salah.



21. Ada 2 masjid dalam 100
meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid,
tidak ada masalah.



22. Bab mandi jenazah, aurat si
mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam
aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup
antara ayah dan anak - pusat
sampai ke lutut. tak boleh
pakai spender je depan anak.
Anak yg masih kecik tak reti
apa2 takpe, tak haram wlpn
ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat.
Minimakan pemandi mayat
sehingga 2 orang sebaik2nya.
Aib pada mayat jika org lain
nampak aurat si mati.



23. Amalan diterima ke tak,
menuduh hamba Allah wat
benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa,
doa org yg makan yg haram.
- kutukan kita berdosa. amalan
diterima selagi mana tidak
buat benda2 yg menghalang
doa diterima.



24. Terlepas rakaat: Tok imam
tgh tahiyyat awal, dia baru
mari..dia pun duduk tahiyyat.
dapat ke tak rakaat? Tak
dapat.



25. Bersumpah takkan kawin
selain teman wanita? nazar
atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata
"Demi Allah." Cth:"Wallah,
Tallah".
- Junjung Quran tak jadi apa,
itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org
lain wlpn dah bersumpah atas
nama Allah tp kena bayar
kafarah bersumpah, bagi
makan org miskin.
- Iktibar lagu maher zain,
"barakallahulakuma" utk ucap
tahniah org kahwin. bukan
kata, "moga kekal ke anak
cucu."



26. Soalan terakhir. Bolehkah
sy selalu mandi wajib walaupun
tidak junub. alang2 dah mandi,
baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh
kenapa nak mandi wajib.
mandi2 ni perintah Allah,
takleh nak main2. mandi wajib
ada sebabnya tersendiri. niat
bersuci macam biasa je lah
(thaharah), dapat pahala.



Kredit: Dicatat oleh : admin Lelaki Soleh Idaman WanitaSolehah ( syabab musafir
kasih )

Sunday, September 25, 2011

10 Jenis Tangisan

Terdapat 10 Jenis Tangisan di muka bumi ini yg perlu anda tahu:-







1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik-pura-pura menangis.





"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Sunday, August 28, 2011

Hayati 21 Amalan Menuju ke Syurga









Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".
(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."
(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".
(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".
(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.

http://abubasyer.blogspot.com/2011/08/hayati-21-amalan-menuju-ke-syurga.html

Adakah Semua Ini Milik Kita ?








Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?

Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?

sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3400-adakah-segalanya-milikku.html

Hati Gelap









Salam kasih sayang kerana Allah.
Istimewa untuk seluruh puteri-puteri harapan di serata pelusuk bumi tercinta. Pada kelapangan ini ibu agak terpanggil untuk meneliti lebih mendalam tentang persoalan hati, khasnya cara-cara yang berkaitan meransang hati untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah. Dalam memikirkan hal-hal berkaitan persoalan hati, terdetak di hati ibu sendiri satu hakikat yang mesti kita fahami; MAKSIAT boleh MENGGELAPKAN HATI dan membawa KESUSAHAN.

Terasa ngeri pula di hati. Lazimnya ibu lebih suka menuliskan tajuk-tajuk yang nampak positif. Tapi di kelapangan ini hati ibu kuat terpanggil untuk memaparkan tajuk sedemikian. Moga Allah tunjuki sebaik-baik perkataan untuk ibu menghuraikannya. Semoga hati ibu sendiri mampu membaiki kesalahan yang Allah perintah untuk dihindari.

Puteri-puteriku,


Tentu kalian telah sedia maklum, maksiat adalah lawan taat. Kita bicarakan di ruang ini dalam sudut amalan kita terhadap Allah. Setiap diri mukmin sewajarnya berhati-hati dalam setiap langkahnya agar tidak terperangkap di dalam melakukan maksiat. Kerana maksiat akan memberi kesan buruk dalam kehidupan dan merosakkan segala amalan;

Tidak beroleh ilmu bermanfaat.Ilmu adalah cahaya yang Allah SWT letakkan ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar ilmu.Imam Malik pernah menasihatkan Imam Syafie:"Saya mengetahui Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."
Sukar beroleh rezeki yang berkat.Pada hakikatnya ketakwaan seorang hamba akan membawa kepada kemurahan rezekinya. Sedangkan meninggalkan takwa akan mendorong kepada kefakiran dan kemiskinan sebenar.
Kerunsingan dan kesepian hati.Hati seorang yang melakukan maksiat tiada kedamaian . Dipenuhi kerunsingan dan keresahan. Walau tertompok harta kekayaan kepadanya, tetap juga dia gelisah dan tidak merasai kebahagiaan.
Mendapat banyak kesulitan.Orang yang tidak bertakwa dan sentiasa melakukan maksiat akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kebuntuan dalam urusan hidupnya.
Kegelapan hati.Perbandingan ini menggambarkan hatinya tertutup dari beroleh dan menerima pertunjuk ke jalan kebenaran. Jika ditunjuki jalan kebenaran, hatinya menolak dan terus ingkar.
Melemahkan hati dan badan.Kekuatan diri mukmin terletak pada hatinya yang sihat dan disinari cahaya kebenaran.Sedangkan hati yang bermaksiat, gelap, rosak dan lemah. Dari itu anggota badan orang yang bermaksiat juga terjejas kekuatannya. Telah terbukti sekian lama diri yang gagah tapi hati bermaksiat tidak dapat mengalahkan diri kerdil yang teguh dan taat hatinya.
Kehilangan taat.Dosa dan maksiat yang dilakukan menghalang diri dari terus taat. Sekiranya sudah tiada ketaatan, terputuslah jalan-jalan kebaikan dalam diri seseorang.
Memendekkan umur dan mengikis keberkatan.Umur seseorang dikurangi dan menjadi pendek jika keberkatan hidupnya berkurangan. Keberkatan umur itu pula terletak pada hati yang sihat dan baik. Bermakna hati yang hidup, memberi hayat pada jasad. Jika hati mati, hidup jasad juga tidak membawa erti yang baik.

Ingatlah puteri-puteri harapan!



Sedapatnya hindarilah maksiat. Dan berlaku taatlah kepada Rabbmu, agar sentiasa disianari kebaikan seperti yang diucapkan oleh Abdullah bin Abbas:


"Sesungguhnya kebaikan itu memberi cahaya kepada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan. Serta kecintaan ramai orang terhadap dirinya. Ada pun maksiat dan perbuatan buruk memberi warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan,kekurangan rezeki dan rasa benci orang ramai kepadanya."



Sehubungan dengan hal ini, renungilah cebisan kisah berikut;



Seorang ulama sufi bernama Ibrahim Adham telah didatangi seorang lelaki yang terlalu lama melakukan berbagai-bagai maksiat yang berat. Lelaki itu mengadu kepada Ibrahim Adham, “Aku seorang pendosa yang sukar dan tak mungkin dapat keluar dari lembah maksiat. Ajarlah aku sesuatu yang boleh menyelamatkan dan memberhentikan aku dari lembah maksiat.”

Ibrahim Adham menjawab: “Kalau kamu boleh berpegang dengan lima perkara ini, nescaya kamu dijauhkan dari dosa dan maksiat":

Jika akan melakukan maksiat, cari jalan Allah tidak melihatmu.
Jika akan membuat dosa, jangan sesekali makan rezeki Allah.
Jika masih berbuat dosa, jangan tinggal di bumi Allah lagi.
Jika malaikat maut datang mencabut nyawa sebelum taubat,
Tolaklah dia dan jangan biarkan nyawa kamu dicabut.
Jika tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawamu ketika melakukan dosa dan kemudian malaikat Malik akan memasukkan kamu ke neraka, mintalah hidup lagi untuk bertaubat menampal dosa.


Orang itu berubah wajah menjadi pucat, terlalu takut dan menginsafi dosa-dosanya. Sejak hari itu, orang-orang yang mengenalinya, mendapati lelaki itu menjadi ahli ibadah yang terhindar dari perbuatan-perbuatan dosa.



Begitulah puteri-puteriku,



Sebagai kesimpulan, iman yang terisi di hati kalian perlu sentiasa disuburkan. Ianya akan menjadi pengawal kuat dan umpama cahaya menerangi semua sudut hidup kita. Nanti dosa terpadam dan hati hilang gelapnya. Lalu terbit sinar terang yang menyuluh pemiliknya menghayun langkah di jalan kebenaran. Hinggalah seterusnya terbit hubungan dan ikatan yang kuat dengan Allah. Di sinilah bermula langkah kepada jalan menuju kebahagiaan hakiki yang makmuran hidup insan sejagat.



Wallahu’alam.

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka









Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.

" Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Saturday, August 27, 2011

Peringkat - Peringkat Isteri












1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah." 

Andai Ini Ramadhan Terakhir









Andai kau tahu ini ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu...merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'

Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku....
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud..
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syuraga- MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka- MU"


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMU YA Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman....
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha...bersedia...meminta belas-Nya
Wahai Allah ku tak layak kesyurgamu...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
Kamilah hamba yang mengharap belas darimu "ya Allah jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa
Ampunkan dosa2 kami..kedua ibubapa kami..
Dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin



Andai benar ini Ramadhan terakhir buatku....
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAHKU LAKUKAN...

Sunday, August 14, 2011

Info Pemegang Kunci Pintu Kaabah








 Sedikit info tentang Kaabah ini.


Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan(8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah SWT menerusi ayat 58, surah An-Nisa' yang mafhumnya, 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya'.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasulullah memulangkan semula kunci Kaabah itu membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.



Artikel ini telah dipetik daripada Artikel Isi Kaabah.



Top