Tuesday, July 20, 2010

Bukti Keberkesanan Minyak Gamat Pada Kucing Yang Terkena Kurap dan Al-Kisah Kucing Jalanan Yang Aku Baru Jumpa...

Satu lagi bukti yang saya nak tunjukkan keberkesanan penggunaan minyak minyak gamat ( sea cucumber oil ) kepada kucing yang terkena kurap. Gambar di bawah adalah buktinya :

Sebelum kurap diubati dengan minyak gamat

Selepas kurap diubati dengan minyak gamat. Saya tak dapat snap gambar kucing ni masa bubuh minyak tu sebab dia lari jauh-jauh.

******************************************************************

Al-kisah kucing jalanan di bawah ini amat menyedihkan. Aku ternampak kucing ni terpinga-pinga seorang diri di tepi jalan di daerah Bangsar pada awal bulan Julai ni. Orang ramai yang lalu-lalang sikit pun tak pandang haiwan ini. Hina betul dia dipandangan mata manusia. Saya cukup tak setuju dengan peribahasa "Hina Seperti Kucing Kurap". Siapa kita untuk menilaikan kucing tu hina? Ianya salah kita kerana menyebabkannya jadi begitu. Mengapa saya katakan ianya silap kita? Saya rasa ianya terlalu dalam untuk dihuraikan. Tepuk dada tanyalah selera.

Kucing ni berada di tengah-tengah jalan ketika saya melalui jalan ini. Saya tak pasti kenapa kucing ni bertindak sedemikian. ( updated 21.07.10 )

Pada saya, kucing ini seolah-olah putus harapan untuk hidup.. ( updated 21.07.10 ).

lalu saya memberhentikan kereta dan meletakkannya ke tepi jalan dan saya meneruskan perjalanan seperti biasa. Selang beberapa meter, saya tak sampai hati pula nak meninggalkannya begitu sahaja. ( updated 21.07.10 )

He he ...saya ambil keputusan untuk meletakkannya di tempat kerja saya. Di sana ada kantin, jadi dia boleh cari makan sendiri. Saya rasa dia mengalami kelaparan yang teramat sangat ketika ini.
Badannya kurus kering, perutnya kempis, bahagian bawah badannya boleh rasa tulang rusuknya dengan tangan. Kepalanya berkurap. Sebab itu saya selalu standby sanitizer di dalam kereta. Lepas pegang kucing, boleh menggunakannya sementara nak cari air.


Matanya kabur kerana matanya tak berkelip ketika saya mengacahnya dengan tangan. Kucing ni mengalami over-depression yang teramat sangat. Dia bingung.

Sambil memandu ke tempat kerja, sesekali saya snap gambarnya.

Akhirnya, dia terlena di dalam kedinginan air-cond kereta.

Sampai saya di tempat kerja, saya sempat membelikan nasi putih digaul dengan ikan. Saya letakkannya dulu di dalam kereta sementara saya memastikan 'line clear' sebelum membawanya masuk.

Dia menjamah makanan tu sedikit sahaja.


Setengah jam lepas tu, saya membawanya keluar ke tempat teduh.

Dia dah tak mampu berdiri lagi, tapi sempat juga dia minum..kucing ni mengalami dehydration yang melampau.

Aku paksa dia pergi ke bekas makanan yang telah saya sediakan. Alhamdulillah, kali ni dia makan agak banyak.

Tapi sejak beberapa hari ni, aku langsung tak nampak kelibatnya. Kadang-kadang, saya tunggu juga dia di kantin tapi tak kunjung tiba. Saya tak tahu nasibnya samada hidup atau mati. Saya doakan semoga dia sihat kembali. Kalau saya terjumpa dia semula, saya bercadang nak bawanya pulang ke rumah.

Nota : bukan nak mendabik dada, dan bukan juga minta dipuji...sekadar usaha saya melalui blog ini untuk membangkitkan kesedaran dan memupuk semangat cintakan haiwan terbiar....bantulah mereka setakat yang terdaya...kalau tak mampu, memadailah dengan mendoakan keselamatan mereka...memang kita tak mampu nak halang seekor anjing dari melintas jalanraya...tapi, doakanlah keselamatan anjing tersebut agar tidak berkubur di jalanraya...mungkin anjing tu tahu yang kita sedang doakan dia... :D

******************************************************************

Gambar di bawah ini adalah gambar selingan entri kali ini....

Pak Tam sedang menonton ulang tayang Pak Tam vs Hero.

Beginilah cara Hero tidur di tepi dinding...

Ini adalah gambar terbaru anak-anak bulus aku...Comel tak??

0 komentar:

Post a Comment


Top