Thursday, July 29, 2010

Masih Ada Yang Sayang?

Entri ini bukan untuk bermegah-megah diri. Entri ini bertujuan untuk mengingatkan kita tentang nasib warga2 tua yang terpinggir di ibukota metropolitan ini. Saya sungguh terharu dengan ketabahan Pak Ali ini. Terfikir juga patutkah saya menyiarkan entri ini? Para pembaca tafsirkanlah sendiri yer...Di bawah adalah kisah ringkas mengenai beliau.

Pada pagi 29 Julai 2010 di sebuah kawasan sekitar Bangsar, saya terlihat seorang warga emas sedang berjalan berseorangan diri. Kelihatan orang tua itu berjalan dengan penuh bersusah payah dan menggeletar. Kelihatan juga dia memegang topang berkaki empat ( yang biasanya dipakai untuk terapi kes-kes pesakit lumpuh ) tetapi tidak pula menggunakannya. Dari jauh kelihatan dia berjalan tersekat-tersekat. Lalu saya pun memberhentikan kereta dengan bertujuan untuk menghantarnya pulang.

Orang tua itu bersetuju tumpang kereta saya. Berikut adalah dialog saya dengan orang tua tersebut :

Di luar kereta :

Saya : Pakcik ni nak pergi mana? Mari saya hantar.

Orang Tua : Ooohh...Pakcik nak balik rumah ni. Takpelah nak, rumah pakcik dekat jer. Kat trafik light depan tu jer ( agak jauh bagi seorang warga emas, rumahnya 300m dari tempat itu )

Saya : Jauh tu pakcik.. mari saya hantarkan

Pakcik : Tak berkata apa2 lalu membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.

Saya : Siapa nama pakcik?

Pakcik : Mohd Ali. Panggil Pak Ali jer.

Saya : Owhh...pakcik ni berjalan kaki ni dari mana?

Pakcik : Pakcik dari hospital, baru lepas check doktor. Kaki pakcik sakit ni ( sambil menunjukkan kaki kirinya yang bengkak )

Saya : Pakcik dari hospital mana? ( dalam hati tertanya-tanya hospital mana yang paling dekat kat Bangsar tu...)

Pakcik : Kat KL...( tak sebut pula hospital mana satu )

Saya : Dari hospital, pakcik naik bas ke teksi untuk datang ke sini?

Pakcik : Pakcik jalan kaki jer....

Ketika itu, aku tersentak kejap...puas aku fikir hospital apa yang dekat kat sini? Takkan dia pergi Hospital Pantai kot? Kalau dia kata dari KL, maknanya ......berapa kilometer pula dia dah berjalan kaki?? Aduhai pakcik, takde ke orang yang nak tolong hantarkan....??


Saya : Pakcik sakit apa?

Pakcik : Pakcik accident lori hari tu...lori yang pakcik bawak tu terbabas...ni kaki bengkak belum susut lagi...(sambil menunjukkan kembali kakinya yang bengkak tu)

Saya : Kat sini pakcik tinggal dengan anak2 ke? Anak pakcik berapa orang?

Pakcik : ( Terdiam dalam beberapa saat....) "Tak...pakcik tinggal dengan sahabat pakcik ( dia tak gelarkan "kawan" )

Pakcik : Dia tu kudung...takde kaki sebelah....

Saya : ( terkedu kejap... )...

Pakcik : Dah lama pakcik tinggal berdua dengan dia tu.

Saya : Siapa nama sahabat pakcik tu?

Pakcik : Mohd Shafik ( kalau tak silap saya ).....

Lepas tu, pakcik ni cepat2 mengalihkan cerita ke topik lain...mungkin takut saya bertanya tentang anak-anaknya....


Setibanya kami di persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah masjid di Bangsar .....


Pakcik : OK nak, rumah pakcik dah sampai...rumah pakcik kat sebelah trafik light ni jer haa...Yang ada tutup dengan kertas putih tu....

Saya menoleh ke seberang jalan...terasa air mata mula nak keluar bila melihat keadaan rumah pak cik tu...dari dalam gambar ni mungkin nampak rumah ni cantik lagi...kalau tengok secara berdepan, rumah banglo ni memang dah usang dan kotor...

Pakcik : Rumah ni Dato' yang bagi pakcik duduk...dah lama pakcik tinggal kat sini dengan sahabat pakcik tu....

Saya diam jer tak berkata apa....Alhamdulillah, ada juga insan mulia yang membantu Pak Ali...kemudian, saya memberhentikan kereta....

Saya : Pakcik, saya turunkan pakcik kat sini jer ye...

Pakcik : Takpe nak...kat sini pun boleh...terima kasih ye nak...Jalan baik-baik....

Saya : Sama-sama pakcik...

Saya pun beredar dari tempat tu. Saya nampak dia berjalan menuju ke lampu isyarat yang berada agak jauh dari tempat yang saya turunkan dia tadi menerusi cermin pandang belakang....rasa tak sedap hati pula melihat dia berjalan terketar-ketar...lalu saya berpatah balik melalui Jalan Telawi dan keluar semula ikut masjid Bangsar dan memerhatikannya dari jauh. Alhamdulillah, Pak Ali dah pun sampai ke seberang jalan menuju ke rumahnya..ketika itu, kelihatan ada seorang pemuda Melayu melintas bersama-sama dengan Pak Ali tetapi seolah-olah tidak nampak kewujudan orang tua tu...aduhai..di mana sifat keprihatinan orang muda sekarang ni...?? Malu ke nak pimpin tangan pakcik tu?? Masa pakcik tu melintas, kelihatan pula seorang penunggang motorsikal melanggar lampu merah tanpa memperdulikan Pak Ali yang sedang melintas. Pemuda yang melintas tadi tu selamatkan diri dia dulu dengan berlari-lari anak ke tepian jalan...Tinggal Pak Ali seorang diri di atas jalan raya....selepas itu, aku pun beredar menuju ke tempat kerja saya semula..

Gambar closed up di atas menunjukkan pintu sliding rumah Pak Ali hanya bertutup dengan kain putih sahaja...ada papan tanda rumah tersebut untuk dijual ( kalau tak silap ). Kelihatan juga Pak Ali telah sampai di perkarangan rumahnya.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, banyak persoalan yang bermain di fikiran ini :

1 ) Kenapa tak ada orang bantu Pak Ali? Hanya harapkan Dato' tu sahaja memberi rumah banglo usang? Bagaimana sekiranya ada orang yang nak membeli rumah tu? Di mana Pak Ali dan sahabatnya nak tidur?

2 ) Bagaimana Pak Ali meneruskan kehidupan seharian dengan sahabatnya En. Shafik yang kudung kakinya?

3 ) Kenapa Pak Ali mendiamkan diri ketika saya bertanya tentang anak-anaknya?

4 ) Di mana anak-anaknya?

5 ) Pasal pemuda yang melintas jalan tu, kenapa langsung tak nak bantu Pak Ali melintas jalan? Adakah nilai bantu-membantu sesama manusia semakin berkurangan? Di mana silapnya?

6 ) Bagaimana Pak Ali boleh tinggal di rumah banglo usang itu?

7 ) Apakah Pak Ali tugasnya menjaga rumah tersebut sementara menunggu ianya dibeli? Tapi, kenapa dia bawak lori??

8 ) Siapakah Dato' yang berhati mulia yang Pak Ali maksudkan?

Entahlah.......saya doakan semoga segala urusan Pak Ali dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Itu jer yang mampu saya lakukan...Semoga masih ada yang sayang pada Pak Ali.

0 komentar:

Post a Comment


Top