Akhirnya, dapat juga aku update entri Trip Ke Port Dickson... minta maaflah sebab urutan gambarnya berterabur sikit...nak kejar lunch time...
Untuk pengetahuan anda semua, aku pergi trip ke PD ni atas tiket company trip wife aku, Rimbun Corporate Advisory....Gambar ni dah di pertengahan cerita...
Kucing bunting ni tiba2 jer keluar dari kereta menuju ke arah aku...sian aku tengok kat dia...dah sarat dah.....mesti dia nak mintak dukung...mana boleh makcik, awak tu tu kan mengandung...kang tak pasal2 terberanak plak...
Lepas tu, keluar plak lagi seekor..kali ni kucing jantan..aku rasa laki dia laa...muka brutal giler...tapi, bila aku amati secara dekat.....
kucing ni menghidap sakit mata yang agak kronik...sian dia..kurap pun ada skit...adess,,minyak gamat tak bawak plak..kalau tak boleh gak aku tuang sebotol kat kepala mamat ni...
Tak padan dengan brutal, manja plak tu...siap tadah muka dia soh aku snap gambar dia banyak2....wahh, sporting betul kucing2 kat PD ni....dia biar je aku snap gambar dia banyak2...agaknya, dia tahu aku ni blogger kottt...tengokla lubang idung dia tu....
Wife aku belikan makanan untuk meow ni....biar dia boleh keluarkan susu yang banyak untuk babynya...laki dia pun muka tak malu join sama...alulululu, makanla.... memang untuk hang pun....kucing jantan ni mengiau takde bunyi pun...badan dia kurang air la tu...dehidration...
Gambar ni pun pertengahan cerita gak...swiming pool penuh bangat..aku tak selesa kalau mandi ramai2 ni....
Ha ha...waktu yang ditunggu telah tiba...Along & Angah berendam kat Bath Tub...boya tu sebenarnya nak pakai kat swimming pool...last2, pakai kat bath tub jer...
Gambar ni pada waktu malam...wife aku sedang mengikuti program dan agenda yang disediakan oleh companynya...so, aku dengan budak2 ni free & easy....pakai gaun beb...jangan marrraaa...
Ni gambar pada keesokkan paginya...waktu nak gi sarapan, ada jer kucing datang kat aku...macam tau2 jer yang aku ni cat lover...bunting lagi tu....
Manja sangat minah ni...tapi, inilah masalahnya...kucing2 terbiar ni semakin hari semakin bertambah...tiada orang atau badan2 yang berkaitan nak ambil insiatif...kalau tak dikasikan, bilangannya yang semakin banyak boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat setempat dan kucing2 itu sendiri..
Dari tadi dia duduk kat sebelah aku...bagi makan dia tak nak...dia lebih suka bodek aku supaya bawak dia balik rumah....tak bole la nak, papa takut tak mampu menjaga awak dengan baik....
Balik jer dari sarapan, wife aku pergi ke agenda dan program companynya, sementara aku dengan si kembar ni lepak dalam water chalet...inilah aktiviti Along & Angah kat dalam chalet...pertandingan memakaikan kasut teddy bear...( Teringat plak kat blogger Si Tedi...)..Gambar bawah ni Angah....
Yang ni Along....tengokla muncung dia tu...aku tengok Along ni bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu kerja....
Ni lah hasil Along...Angah dari tadi tak dapat nak pakaikan kasut teddy ni...
Lepas tu, aku bawak budak2 ni pergi ke pantai....tak mandi pun..jalan jer...tak best la mandi kalau ibunya takde...budak2 ni siap bawak teddy lagi pergi laut...ha ha
Angah peace 4 jari...
Gambar yang ni adalah ni hari terakhir aku di PD...wife aku dah selesai dengan program companynya....so, kitorang satu family jenjalan kat tepi pantai....aku tak faham nape Angah buat muncung macam tu...
Kalau ada budget & collection yang OK, aku bercadang nak bawak korang sumer gi trip ke sini...apartment kat sini pun ok gak..tp, kalau ada cadangan lain, mungkin boleh dipertimbangkan...mungkin boleh pergi PD area Teluk Kemang....
Si Kembar ni memang pantang nampak ikan..semuanya sebab pengaruh Finding Nemo tu..kalau yang biasa ikut blog ni, diorang tau la apa cerita kenapa budak2 ni suka kat ikan...
Sama tak muka diorang..??
Pada malam sebelumnya, aku bawak bebudak ni main Daytona....pastu tak nak balik plak tu...puas aku pujuk diorang....orang yang lalu lalang senyum jer kat aku...malu sioott...
Ni gambar masa baru sampai chalet...wife aku dengan program companynya...aku dengan budak2 ni layan FINDING NEMO....
Ni gambar masa nak bertolak dari rumah...HERO macam tak bagi jer aku pergi PD...tengoklah macamana HERO merajuk....siap berdiri kat depan pintu bilik tak bagi aku keluar...
Angah : GOMEZ ( kena plak dengan muka dia sebab chubby )
Along : KLOSE ( cantik macam Along )
HERO ni memang tak bagi aku pergi laaa....Pak Tam dengan Baby aku kurung kat rumah sebab kat luar tu banyak anjing liar..Baby boleh susukan anak2 dia...
Mak Tam memang aku tinggalkan kat luar...sian kat dia...dia selalu tumpang tido kat rumah aku....oleh sebab dia suka tidur kat sudut tu, aku letak jer baju2 lama supaya dia selesa...
Gambar yang ni, aku baru masuk ke dalam bilik....tengoklah budak2 ni, ada ke patut dia suruh aku bukak cermin tu....nak mandi kata dia...
Yang ni Pn Azlinda dengan suaminya, En Harman...Pn Azlinda ni colleague wife aku...masa ni tengah dinner....
kat lobby hotel tu, aku terjumpa plak dengan sepasang kembar lelaki ni...namanya aku dah lupa plak....sumer orang berkerumun kat lobby ni semata2 nak tengok diorang...nama bapanya ialah saudara Daim..
Keadaan chalet ketika air sudah mula pasang...
Minta maaflah sebab turutan gambar2 ni bercampur aduk sebab diambil dari pendrive yang berlainan...pening aku nak menyusunnya...
Hari ni ( 6.07.10 ) adalah hari terakhir pengesahan kedatangan ke majlis bbq tu...sebenarnya, majlis tu hanya permulaan sahaja...nak test power kata orang...lepas majlis tu berjaya, saya bercadang nak buat trip dengan anda semua...tempat dan tarikh masih belum dipastikan lagi...mungkin anda semua ada cadangan yang lebih baik...kuota mungkin aku hadkan kepada 15-20 orang sahaja dan keutamaan akan diberi kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan blog saya...
Ok, jumpa lagi di entri yang lain...
0 komentar:
Post a Comment