Thursday, July 15, 2010

Perkembangan Terkini Pak Tam dan Gambar2 Anak Bulus Yang Meruntun Hati Sesiapa Yang Melihatnya....

Inilah rupa perut Pak Tam yang terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan nanah di dalamnya. Terdapat 2 lubang kecil...Dr Nor kata organ dalaman Pak Tam masih ok...lukanya ini mesti disapu dengan iodin sehingga betul-betul sembuh...

Yang menghairankan aku, Pak Tam ni dah tunggu aku bagi ubat...dah standby awal-awal...mungkin Dr Nor dah trained dia...siap tunggu aku kat atas meja lagi tu...kat lantai tak mahu plak dia...




Inilah ubat-ubatan yang diberi oleh vet UPM...

Bagi ubat jenis pil, seperti biasa aku potong kecil-kecil....

....dan masukkan ke dalam wet food...Pak Tam ni main bedal jer....kelakar kalau tengok dia makan...kepalanya berkerut menahan rasa pahit...


Post istimewa untuk para peminat Pak Tam...


Masa tengah khusyuk snap gambar dia, dia boleh buat muka pulak...


Ni video Pak Tam 'fight' dengan Baby...tak padan ada corong lampu....


Pak Tam main guli...






Ni la gambar2 anak2 bulus papa hero yang terbaru...gambar diambil malam semalam dan subuh tadi....

Ibunya dah keluar tak tau ke mana, tapi anak-anak bulus ni dah disusukan...

Anak bulus yang ni terjaga kejap, pastu tidur balik...

Anak kucing yang ni terkejut bunyi snap kamera handphone aku...wahh,,,tak padan dengan kecik, dah keluar bunyi garang dia...alahai, 'nak nangis' papa tengok kau...ha ha ha

Lepas tu dia tidur balik...ntahape2ntah...

Aku dan wife tak tahu nak namakan dia apa...tunggu nanti aku labelkan sorang2 supaya senang korang nak proposed nama dia...ok tak?? Contoh, anak bulus yang ni aku labelkan 'A', yang marah tadi tu aku labelkan 'B'....tunggu nanti aku siapkan labelnya...Anak bulus ni tidur dah tak ingat dunia dah...

Semalam aku pergi kedai printing nak print pelan bangunan...ni adalah kucing tauke kedai ni...mak aii....sihat habis...gumuks and debubs...

Tauke tu cakap si Charlie ni memang suka duduk depan pintu masuk...tauke cina tu cakap ada ong mali...

0 komentar:

Post a Comment


Top