Saturday, July 17, 2010

Wajah Kesayangan Hamba Yang Sedang Sakit dan Perkembangan Terkini Pak Tam Serta Anak2 Bulus...

Pada 15 Julai 2010, selepas pulang dari bekerja, kami sekeluarga terkejut melihat Hero terbaring di lantai dengan keadaan badannya menggigil dan bulunya meremang. Kelihatan juga dengan jelas bulu-bulunya gugur sehingga menampakkan bahagian kulit terutamanya di bahagian kedua belah telinganya. Gambar di bawah kelihatan wife saya mengusap-usap Hero..Hero langsung tak boleh bangun.

Lebih mengejutkan lagi, kami menjumpai ada kesan muntah berwarna hijau dan disertai dengan sedikit darah. Saya mengesyaki Hero keracunan. Kami agak panik pada masa ni...Lebih malang lagi, tiada vet yang buka pada tengah malam di kawasan rumah kami...dan kami tidak akan sekali2 pergi ke vet yang cekik darah tu...minta maaf kalau2 ada yang mempertikaikan keputusan kami pada malam tu...faham2 je lah yer kenapa kami buat keputusan macam tu..kalau kami ni orang berada, cekik darah macamana pun kami tak kisah....inilah salah satu risiko membela haiwan...kos perubatannya memang tak dinafikan agak mahal dari klinik manusia...pada ketika ini, saya tak mahu pandai2 bagi Hero apa2, takut nanti lain pula jadinya..

Pada keesokkan harinya, Hero masih bertahan lagi... kami bercadang untuk membawanya berjumpa dengan Dr Intan. Keadaan Hero pada pagi 16 Julai masih sama. Bulunya meremang dan badannya menggigil. Suhu badannya panas sehingga boleh dirasa dengan tapak tangan.

Muka bercalar akibat kesan dicakar Pak Tam ketika bergurau..tapi, Hero tak kisah pun...masa Pak Tam sakit, dia selalu menjenguk Pet Carrier untuk mengajaknya bermain. Disangkakannya Pak Tam di dalam carrier tersebut walhal Pak Tam dah dimasukkan ke wad veterinar UPM.

Keadaannya asyik baring jer...

Sementara bersiap-siap untuk ke klinik, Pak Tam sedang menjalankan tugasnya...'mengganggu' kami dengan mengejar dan mencakar2 kaki. Sambil2 tu, dia nak bergurau dengan anak bulus 4 ekor tu...

Cerita dan videonya ada di perenggan bawah...

Hero sempat lagi memanjat katil, nak baring kat tilam...

Beginilah keadaan Hero ketika sampai di klinik Dr Intan di Kelana Jaya...keras macam patung...
Ketika membawa Hero ke klinik, saya disapa oleh 2 orang perempuan..dia bertanya kepada saya samada ni kucing parsi ke? Saya jawab taklah, kucing biasa jer...saya tak bagi tahu yang nama dia Hero dan kudung...

Selepas melihat Hero dalam pet carrier, dia terkejut dan bertanya kepada saya ; ni bukan Hero ke? Yang femes dalam Facebook tu..? Abang ni ke yang tuan punya Hero tu? Blog Kakimotong kan?? Alahai, tak sangka plak yang dia cam aku...he he he ...terima kasih kepada Cik Ida dan Cik Kartini kerana selalu mengikuti blog saya dan kisah Hero...mereka adalah agen penjual Celcom Broadband...jersi Itali lagi tu...he he he ..kebetulan pula, ada pelanggan telah mengunjungi outlet mereka...jadi, Cik Kartini tak sempat bergambar...

Semasa diperiksa Dr Intan, suhu badan Hero mencecah 40darjah celcius. Kalau nak diikutkan, kucing boleh terkena sawan pada suhu ini...nampaknya, Hero ni memang betul-betul kuat...badannya masih boleh tahan sawan lagi...Dr Intan mengesyaki bahawa demam Hero adalah disebabkan oleh testikalnya yang bengkak dan membawa ke demam yang kuat..sebab itulah Hero muntah kerana kepanasan yang melampau...kelenjar kencingnya juga bengkak...alahai....kesian kat Hero...Hero memang tabah...jadi, kesimpulannya demam Hero ini mungkin bukan disebabkan keracunan.
Hero diberi suntikan untuk turunkan suhu badannya...selepas Hero dibawa semula ke kereta, dia sudah agak pulih sedikit...sudah banyak bergerak...saya lepaskan dia jer ke dalam kereta..

Matanya dah bersinar kembali...

Dr Intan juga memberi 3 jenis pil iaitu untuk demam, antibiotik dan untuk mengurangkan bengkaknya pada testikalnya.....tempoh permerhatian adalah selama 5 hari..apabila bengkaknya telah susut dan tak demam lagi, proses selanjutnya ialah membelah bahagian testikal Hero yang bengkak tu untuk membuang nanah..proses ini dipanggil 'Flushing'. Alahai, teruk gak dugaan yang saya dan Hero alami ni...runsing kepala dibuatnya...mula-mula Si Kembar demam, lepas tu wife demam, lepas tu Pak Tam plak sakit...kali ni giliran Hero pula...maklumlah, rumah jauh...bimbang juga kalau-kalau membabitkan waktu kerja sebab saya dah banyak kali cuti dan keluar dari ofis...runsing juga dibuatnya...sehingga terpaksa bawa Pak Tam ke tempat kerja...adesss...

Inilah rupa testis Hero yang membengkak...

Tiba waktu untuk makan ubat...lepas ni, giliran Pak Tam pulak...ubatnya perlu dihabiskan...luka Pak Tam yang ditebuk tempoh hari dah beransur pulih tapi saya tak mahu buka corong tu lagi..saya nak tunggu sehingga benar-benar sembuh.

Ubat pil saya kerat kecil-kecil dan letakkan dalam wet food...

**********************************************************************

Di bawah adalah rakaman video mengenai Hero yang sakit pada 16 Julai 2010




























**********************************************************************

Rakaman video di bawah ni adalah perkembangan terbaru Pak Tam









**********************************************************************

Pada masa ni, saya memang hangin betul dengan Pak Tam...Dia sajer nak tayang corong lampu dia tu kat orang...orang tengah bersiap-siap pakai baju, dia plak buat hal...dah satu kerja saya nak panjat bumbung plak... sayup jer nampak kepala dia...



Bila dipanggil-panggil tak mahu datang...bila saya nak capai kaki dia, dia lari plak...mencii...


Tapi bila saya dah dapat...ha ha ha .....Pak Tam dah tak boleh lari dah...tapi jangan risau...saya grab dia perlahan-lahan...takut menyakitkan dia plak... hampir 15 minit masa aku terbuang...bertuah betul Pak Tam ni...

Dia nak juga pergi ke bumbung tu....nakal betul....

Lepas saya babab buntut dia, baru dia menyesal...

Saya ada link komuniti yang baru iaitu kakimotong.ning.com ...anda amat dialu-alukan untuk menjadi ahli group ini dan upload gambar / video haiwan kesayangan anda...

0 komentar:

Post a Comment


Top