Showing posts with label minyak gamat. Show all posts
Showing posts with label minyak gamat. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Bukti Keberkesanan Minyak Gamat Pada Kucing Yang Terkena Kurap dan Al-Kisah Kucing Jalanan Yang Aku Baru Jumpa...

Satu lagi bukti yang saya nak tunjukkan keberkesanan penggunaan minyak minyak gamat ( sea cucumber oil ) kepada kucing yang terkena kurap. Gambar di bawah adalah buktinya :

Sebelum kurap diubati dengan minyak gamat

Selepas kurap diubati dengan minyak gamat. Saya tak dapat snap gambar kucing ni masa bubuh minyak tu sebab dia lari jauh-jauh.

******************************************************************

Al-kisah kucing jalanan di bawah ini amat menyedihkan. Aku ternampak kucing ni terpinga-pinga seorang diri di tepi jalan di daerah Bangsar pada awal bulan Julai ni. Orang ramai yang lalu-lalang sikit pun tak pandang haiwan ini. Hina betul dia dipandangan mata manusia. Saya cukup tak setuju dengan peribahasa "Hina Seperti Kucing Kurap". Siapa kita untuk menilaikan kucing tu hina? Ianya salah kita kerana menyebabkannya jadi begitu. Mengapa saya katakan ianya silap kita? Saya rasa ianya terlalu dalam untuk dihuraikan. Tepuk dada tanyalah selera.

Kucing ni berada di tengah-tengah jalan ketika saya melalui jalan ini. Saya tak pasti kenapa kucing ni bertindak sedemikian. ( updated 21.07.10 )

Pada saya, kucing ini seolah-olah putus harapan untuk hidup.. ( updated 21.07.10 ).

lalu saya memberhentikan kereta dan meletakkannya ke tepi jalan dan saya meneruskan perjalanan seperti biasa. Selang beberapa meter, saya tak sampai hati pula nak meninggalkannya begitu sahaja. ( updated 21.07.10 )

He he ...saya ambil keputusan untuk meletakkannya di tempat kerja saya. Di sana ada kantin, jadi dia boleh cari makan sendiri. Saya rasa dia mengalami kelaparan yang teramat sangat ketika ini.
Badannya kurus kering, perutnya kempis, bahagian bawah badannya boleh rasa tulang rusuknya dengan tangan. Kepalanya berkurap. Sebab itu saya selalu standby sanitizer di dalam kereta. Lepas pegang kucing, boleh menggunakannya sementara nak cari air.


Matanya kabur kerana matanya tak berkelip ketika saya mengacahnya dengan tangan. Kucing ni mengalami over-depression yang teramat sangat. Dia bingung.

Sambil memandu ke tempat kerja, sesekali saya snap gambarnya.

Akhirnya, dia terlena di dalam kedinginan air-cond kereta.

Sampai saya di tempat kerja, saya sempat membelikan nasi putih digaul dengan ikan. Saya letakkannya dulu di dalam kereta sementara saya memastikan 'line clear' sebelum membawanya masuk.

Dia menjamah makanan tu sedikit sahaja.


Setengah jam lepas tu, saya membawanya keluar ke tempat teduh.

Dia dah tak mampu berdiri lagi, tapi sempat juga dia minum..kucing ni mengalami dehydration yang melampau.

Aku paksa dia pergi ke bekas makanan yang telah saya sediakan. Alhamdulillah, kali ni dia makan agak banyak.

Tapi sejak beberapa hari ni, aku langsung tak nampak kelibatnya. Kadang-kadang, saya tunggu juga dia di kantin tapi tak kunjung tiba. Saya tak tahu nasibnya samada hidup atau mati. Saya doakan semoga dia sihat kembali. Kalau saya terjumpa dia semula, saya bercadang nak bawanya pulang ke rumah.

Nota : bukan nak mendabik dada, dan bukan juga minta dipuji...sekadar usaha saya melalui blog ini untuk membangkitkan kesedaran dan memupuk semangat cintakan haiwan terbiar....bantulah mereka setakat yang terdaya...kalau tak mampu, memadailah dengan mendoakan keselamatan mereka...memang kita tak mampu nak halang seekor anjing dari melintas jalanraya...tapi, doakanlah keselamatan anjing tersebut agar tidak berkubur di jalanraya...mungkin anjing tu tahu yang kita sedang doakan dia... :D

******************************************************************

Gambar di bawah ini adalah gambar selingan entri kali ini....

Pak Tam sedang menonton ulang tayang Pak Tam vs Hero.

Beginilah cara Hero tidur di tepi dinding...

Ini adalah gambar terbaru anak-anak bulus aku...Comel tak??

Wednesday, June 9, 2010

Penawar Kurap Pada Kucing, Tak Payah Bawa Ke Klinik Pun....Modal RM1.50 Jer...

Apa yang selalu kita buat kalau kucing yang kita bela terkena kurap? Haa, ini ada satu tips yang aku nak kongsi dan tak ramai yang tahu...ramai di antara kita terus pergi klinik haiwan untuk mendapatkan suntikan pembunuh parasit ( amat digalakkan )...tetapi, sepanjang aku bela kucing, aku tak pernah dapatkan sebarang suntikan kurap untuk kucing2 aku ni..aku cuma pakai ni....

Minyak gamat yang aku beli dengan harga RM1.50...murahkan?? kalau anda nak tahu, minyak gamat jenis inilah yang aku pakai semasa merawat luka Hero yang parah akibat dipotong...Dunkin Donut tu kalau nak bagi kucing pun boleh juga....saje je aku nak tayang kat korang donut tu...ha ha ha


Si PakTam ni selalu sangat bergumpal dengan Baby...mungkin sebab cakaran Baby yang mengakibatkan luka dan gatal, kepala Pak Tam dah terkena kurap...

banyak bulu kat kepala Pak Tam dah tertanggal, pastu tak habis2 menggaru...kalau lambat, kurap akan merebak ke kaki...


Macam ni caranya nak bubuh minyak gamat nih...tenyeh jer kat kepala dia....penutup plastik minyak gamat tu jangan dibuka habis...ambil pen dan cucuk buat lubang banyak-banyak...


Pak Tam menggelupur jap...tak pedih pun...saja dia nak mengada....


Biasanya, kucing akan menggaru tempat yang terkena ubat....biarkan sahaja...kalau dia jilat lagi baik...macam Hero dulu, dia jilat minyak gamat tu sampai kering....lastly, luka dia cepat kering....


Inilah hasilnya...pandai tak aku????


Aku dah buat kat beberapa ekor kucing di kantin tapak binaan bangunan yang aku kerja....ada seekor kucing tu kedua2 telinganya hampir hancur akibat kurap yang melampau...dalam seminggu jer, kurap tu langsung dah tak ada....Demi Allah aku cakap....

Tapi aku nasihatkan kalau kucing korang tu luka parah, jangan hanya bergantung pada minyak gamat ni jer...macam kes Hero lain....aku dah patah semangat tengok keadaannya yang hampir mati....aku tak cukup wang ( masa tu duduk bujang sorang2 ), pulak tu baru dapat kerja...ikhtiar aku yang terakhir hanya minyak gamat tu jer....jadi, mungkin hanya bebekalkan semangat yang kuat yang membolehkan Hero terus hidup....

Saturday, November 7, 2009

Ciannyer dier....August 2005

Ciannyer dier....August 2005

Klip yang ni dia dah pandai jalan skit...aku pakai minyak gamat jer beb...pandai tak aku??

Top