Saturday, August 6, 2011

Maksiat Tak Hirau Ramadan








KUALA TERENGGANU: Tindakan segelintir pasangan memadu kasih, termasuk berpakaian menjolok mata di beberapa kawasan rekreasi sekitar bandar raya kecil ini bukan saja mengecewakan orang ramai, tetapi mencemarkan kesucian Ramadan.





Beberapa kawasan rekreasi termasuk Pantai Batu Buruk, Dataran Shahbandar, Taman Pulau Kambing dan Pantai Teluk Ketapang di sini, dikenal pasti sebagai tempat tumpuan kumpulan remaja berkasih sayang, langsung tidak menyedari perbuatan mereka mencemar kesucian Ramadan dan memalukan umat Islam. 





Pengunjung, Muhamad Sabri Hisyam Embong, 43, berkata tindakan tidak bermoral segelintir remaja duduk berduaan di kawasan Lagun Kuala Ibai di kawasan sunyi sangat memalukan kerana mencemarkan kemuliaan Ramadan. 





Katanya, Ramadan sepatutnya diisi dengan amal ibadat dan kegiatan berfaedah bukannya berfoya-foya seperti orang yang tidak ada pegangan hidup. 





"Lebih menyakitkan hati, kawasan taman dan rekreasi yang menjadi tempat mereka melepaskan hawa nafsu seolah-olah milik mereka saja dan pengunjung lain seperti tidak wujud di kawasan berkenaan," katanya sambil menambah tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan ramai ibu bapa segan membawa anak-anak beriadah di situ. 


Nor Azura Ahmad Bahtiar, 38, yang ditemui di Taman Rekreasi Pulau Kambing berkata dia berasa tidak senang dan malu dengan keletah ramai pasangan mudi mudi. 





"Sudahlah tidak menghormati Ramadan, perbuatan mereka memberi kesan negatif kepada kanak-kanak,” katanya.




P/s : Agak terkilan dengan sikap setengah remaja ni , bulan puasa pun nak puaskan nafsu juga , langsung tak hormat bulan mulia ni , di mana nilai keislaman mereka ? patut di rejam je sampai mati orang macam ni , aku cukup tak suka orang macam ni . grrrr!

0 komentar:

Post a Comment


Top