Iklan di Malaysia memang suka buat kontroversi lah , aku ingat lagi tahun lepas , tv3 buat iklan berunsurkan krimas raya , dan minggu lepas 8tv buat iklan berunsurkan rasis dan yang terbaru , tv9 dengan iklan yang dikatakan tiada unsur - unsur keislaman dalam iklan tv9.. Korang boleh saksikan sendiri ..
Dibawah ini petikan dari Pemuda Pas Selangor :-
Pada aku , iklan ni ada maksud tersendiri , antaranya , kita boleh bangun sendiri , tak payah nak 'dikejutkan' oleh jiran sebelah rumah , macam nilai - nilai sahur dalam diri takde . kalau sedar , sahur lah, kalau tak , tidur trus, subuh pun tak buat .. Itu yang aku nampak sekarang , cuma pedapat aku , mungkin pedapat kita tak sama.. :)
Dibawah ini petikan dari Pemuda Pas Selangor :-
Kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan ‘ketiak’ seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan
Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.
“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.
Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.
Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.
Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.
“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.
Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.
Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.
Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Pada aku , iklan ni ada maksud tersendiri , antaranya , kita boleh bangun sendiri , tak payah nak 'dikejutkan' oleh jiran sebelah rumah , macam nilai - nilai sahur dalam diri takde . kalau sedar , sahur lah, kalau tak , tidur trus, subuh pun tak buat .. Itu yang aku nampak sekarang , cuma pedapat aku , mungkin pedapat kita tak sama.. :)
0 komentar:
Post a Comment