Wednesday, March 17, 2010

Tips Mengesan Kecurangan Pasangan

KITA selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan

berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia

menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang

sedia ada? Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh

dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati,

tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu,

adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan

pasangan.



Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau

sering berlaku:



1)Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.

Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama

anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang

lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup

ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika

situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si

dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!



2)Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.

Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si

dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja

sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam!

Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan

tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri

untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak

bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak

sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan

bersama kekasih lain.



3)Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada

menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini

dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun

setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa.

Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan

ingin meninggalkan anda.



4)Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah.

Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan

anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda

cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba

mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak

segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2

yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi

ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia

sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia

sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan

berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana

layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.



5)Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit

pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti

dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya

samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya.

Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada

anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon

bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan

nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda

melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya

terbongkar.



6)Tidak lagi rajin menelefon anda

Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali

dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda

walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak

mendengar suara anda,pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak

lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda

langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan

terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah

sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda

dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan

lain.



7)Berubah sikap dengan ketara

Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu

dia ceria, sekarang dia membosankan. Jika dulu dia sering menghantar

kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu

sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang

dia lebih banyak membisu. Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih

sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.

Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung

jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia

sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut

menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-

mainkan!



8)Asyik lewat ketika temujanji

Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah

berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi

si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic

jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali

dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat,

pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia

terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam

menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik

dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia

telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan

temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!



9)Menerima panggilan telefon secara rahsia

Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan

telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon

atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika

menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan

diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon

dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan

membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca

oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda.

Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari

anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!



10)Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda

Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya

ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda

bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya

bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda

bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa

seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan

telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat

panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia

berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

0 komentar:

Post a Comment


Top