Wednesday, September 7, 2011

Tragedi #Petknode : Akta Binatang Dipinda Untuk Hukuman Lebih Berat




Datuk Seri Noh Omar


Penganiaya haiwan boleh dikenakan tindakan lebih berat apabila pindaan Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), yang kini di peringkat terakhir perbincangan oleh pihak berkenaan, dibentangkan dandiluluskan oleh Parlimen.
Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata di bawah pindaan itu, penganiaya binatang boleh dikenakan penalti sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
"Ada beberapa klausa yang kita kena pinda, jadi kita kena bawa ke Parlimen... kita akan buat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek bangunan ibu pejabat baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Jalan Salahuddin di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau diminta mengulas insiden kira-kira 300 ekor kucing yang diselamatkan orang ramai selepas dianiaya pemilik sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai dan Sungai Buloh pada Ahad lepas.
Akta Binatang 1953 antara lain bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk haiwan ke Semenanjung Malaysia, penyembelihan haiwan, kekejaman terhadap haiwan, pemuliharaan dan kebajikan haiwan dengan penganiaya haiwan dikenakan hukuman RM200 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan.
Namun, banyak permintaan dikemukakan pelbagai pertubuhan dan pencinta haiwan supaya akta itu disemak dan dipinda sejak 2006.



Baca sini untuk lebih lanjut 







Baguslah bila kerajaan nak gubah akta dan bagi hukuman yg lebih berat lagi, sekarang ni banyak orang aniaya binatang , tak kira lah kucing ke atau haiwan yang nak pupus kat hutan tropika nu , semua tu mahkluk tuhan juga. Dan cuba korang tengok salah seekor kucing yang diselamatkan di neraka #Petknode ni , kurus kering jadinya disebabkan ke'bongok'an pemilik #Petknode menguruskan syarikat .



Walaupun pemilik #Petknode dah minta maaf di (entri ini) tapi bagi aku memang tak dapat nak maafkan oleh pemilik kucing yang meninggalkan kucing selama 9 hari kat #Petknode tu. Jadi terima je lah hukuman yang akan di kenakan nanti . adiosss~



Luahkan ketidakpuashati korang tu dan berkongsi idea megenai kucing ke group kucing aku di facebook.

0 komentar:

Post a Comment


Top