Monday, April 18, 2011

Perhatian Untuk Blogger - Blog Yang Tidak Gunakan Akaun GMAIL Akan Dipadam !

Info penting untuk semua yang menggunakan akaun selain dari GMAIL untuk LOG-IN Blog. 








Blogger.com
merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas
hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google
mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk
pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada
akaun Google.
Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna
yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka
akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan
pada akaun lama tersebut.





 Sebenarnya ramai antara kita yang gunakan akaun Yahoo untuk log in blog , tapi sekarang korang dah wajib kena tukar akaun korang ke gmail cara2nya ..






1. Create akaun gmail





Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.





2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.





3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.





4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )





5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.





6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.





Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.



credit : kujie.com






Tolong bagitau member2 blogger yang lain dan korang kena bertindak cepat sebelum terlupa nanti , nanti korang jugak yang meyesal akaun kena padam .huhu




Sila rujuk artikel ini...
http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html
...dalam artikel tersebut Google telah mengatakan bahawa mereka tidak
akan support sebarang Akaun Blogger baru yang tidak menggunakan Google
Account selepas 25 Jun 2011... Dan bagi pengguna yang menggunakan akaun
selain Google tetapi tidak aktif selepas 2007, maka blog mereka akan dipadamkan...

Jom Bodek Blogger Faymes !







Seronok pulak rase bila ada blogger yang agak otai dan faymes dikalangan gadis follow blog aku ni .. haha .. Aku bukan ape , blog ni takde la menarik sangat , lebih kepada suka hati aku nak post ape pon , tp ada gak sudi join .. Dan pada semua blogger yang sudi follow blog ni , aku uca[ terima kasih banyak2 ! . Sape blogger tuh? Ok , blogger tu Ujang a.k.a Azfar .. so dia ada buat  GIVEAWAY , sape nak join , boleh pergi sini yer ..



p/s : aku tak bodek ek Ujang , tapi kalau ko nak bagi aku menang gak , aku trima je seadannya . hahaha

Sunday, April 17, 2011

Arak menjadi Madu





Hari ni nak kongsi 1 kisah menarik , ambil iktibar dari kisah sahabat ni ..



 Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong
dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan
pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam
kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar
AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang
engkau bawa itu?"



Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan,
pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya
ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang
bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus
minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia
berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
kendinya yang ditegah oleh agama itu.



Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu.
Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga
telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk
bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas,
ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin
membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.



Allah Taala berfirman,

" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan
sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka
Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang
yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul
Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"

Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! " 




Sumber : epalkasturi.blogspot.com

Saturday, April 16, 2011

Suara Yang Di Dengari Mayat

Suara Yang Di Dengari Mayat

Dua tiga hari ni suka sangat post pasal agama ni , ingatan untuk aku .. Moga kita dapat ilmu yang diredhai ALLAH . Amin .





 Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amalnya



Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu :

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.




Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."




Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah

Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"



Ketika Mayat Siap Dikafan...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan Berbahagialah.."

Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."



Ketika Mayat Diusung.... 

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.."

Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat

Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."



Ketika Mayat Siap Dishalatkan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.."

Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."



Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat...

Terdengar Suara Memekik Dari Langit, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..."

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

"Wahai Fulan Anak Si Fulan.."

Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis

Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka

Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."



Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....

Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku...."

Kini Kau Tinggal Seorang Diri

Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri

Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

Hari Ini,....

Akan Kutunjukan Kepadamu

Kasih Sayang-Ku

Yang Akan Takjub Seisi Alam

Aku Akan Menyayangimu

Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang.."

Kembalilah Kepada Tuhanmu

Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku

Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku



Anda Ingin Beramal Shaleh...? Tolong Kirimkan Kepada Saudara-saudari
Muslim Lainnya Yang Anda Kenal..! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran
yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.



Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut)
dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti
wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!



Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....



Sumber : Syok.org

Friday, April 15, 2011

7 Tips Membeli Laptop

7 Tips Membeli Laptop







1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika
untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk
menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.







2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda
ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah
hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan
kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.







3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun.
Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun
sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya
kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.







4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop.
Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang
lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan
duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.







5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat
sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih
mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin
dibeli.







6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.







7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita
akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan
servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

Ganjaran Berwuduk Dengan Sempurna







 Rasulullah s.a.w bersabda

"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya"

(HR : Muslim)



Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati
Allah.Insyallah kita akan dapat melakukan solat dgn khusyuk dan diterima
Allah. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dgn niat kerana ia sangat
berguna didunia dan diakhirat juga



KETIKA BERKUMUR

berniatlah,

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

kenapa

Kerana setiap hari tanpa kita sedari, kita kadangkala bercakap perkara
yg tidak berfaedah dan dengan niat sedemikian , kita tidak lagi
memperkatakan sesuatu yg tidak membawa kebaikan.



KETIKA MEMBASUH MUKA

berniatlah,

"Ya Allah, putih dan serikanlah wajah ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini"

kenapa

Ahli syurga, wajah mereka berseri2 dan semoga kita tergolong di kalangan mereka



KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN

berniatlah,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini"

kenapa

Ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan, semoga kita tergolong dlm golongan ahli syurga.



KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI

berniatlah,

"Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku"

kenapa

Ahli neraka akan diberi hisab melalui tangan kirinya nanti, semoga kita terhindar dari menjadi golongan ahli neraka.



KETIKA MEMBASAHKAN KEPALA DENGAN AIR

berniatlah,

"Ya Allah, lindungilah aku dari panas terik pancaran matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu"

kenapa

Panas di Padang Mahsyar nanti , matahari hanya sejengkal dari atas kepala



KETIKA MEMBASUH TELINGA

berniatlah,

"Ya Allah, ampunilah dosa2 telinga ku ini"

kenapa

Setiap hari kita ada mendengar dan terdengar org mengumpat, mengkeji dan
memfitnah dan juga perkataan2 buruk dan tidak elok didengar.



KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN

berniatlah,

"Ya Allah, permudahkanlah aku ketika meniti titian Siratul Mustaqim nanti"

kenapa

Kalangan ahli syurga akan menitinya sepantas kilat nanti



KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI


berniatlah

"Ya Allah, bawalah aku pergi ke tempat2 yg mulia seperti masjid dan majlis ilmu, bukan ditempat2 maksiat"

kenapa

kerana semua ketentuan qada dan qadar ditentukan oleh Allah jua

Marilah kita sama2 mengamalkannya semasa kita berwuduk,

hanya perlu niatkan sahaja dlm hati semasa kita berwuduk

nanti kita akan dapat rasa kepuasannya semasa berwuduk

semoga wuduk kita sempurna seperti yg disarankan dan doa2 kita itu nanti dimakbulkan Allah swt .



Sumber : syok.org

Top