Monday, June 27, 2011

Evolusi Telefon Mudah Alih

Telefon mudah alih kini seperti telah menjadi alat keperluan harian pada
setiap orang. Perhatikan saja orang yang anda jumpai dimana2.
Kemungkinan besar telefon mudah alih sentiasa berada disisi tak kira di
poket seluar atau poket kemeja mereka. Namun tahukah anda bahawa
perjalanan telefon telah menempuh proses evolusi selama 70 tahun?





1. SCR-194 (1938)







Alat komunasi ini adalah 'pembantu' telefon. SCR-194 dan SCR-195 adalah
radio AM portabel pertama di dunia. Ia dibuat oleh US ARMY Signal Corps
Engineering Laboratories di Fort Monmouth, New Jersey. Alat yang
dipandang sebagai walkie talkie pertama itu beratnya sekitar 11 kg dan
berdaya jangkau 8 km.





2. SCR-300 (1940)







Alat ini adalah pengganti SCR-195. Dibangunkan oleh Motorola, SCR-300
merupakan radio FM mudah alih yang digunakan oleh pasukan sekutu pada
perang dunia II. Beratnya antara 14-17 kg, dengan radius liputan seluas
4.8 km.







3. SCR-536 (1942)









Motorola menghasilkan 'handie talkie' ini untuk AS, sebagai pengembangan
dari dua alat komunikasi dahulu. Dengan menggunakan teknologi radio AM,
SCR-536 beratnya jauh lebih ringan, yakni hanya 2.27 kg dengan daya
jangkau sepanjang 1.6 km.





4. MTA (1956)







Mobile System A (MTA) ini adalah peranti komunikasi Ericsson dan
digunakan oleh Sweden. Beranya adalah 40 kg atau sama berat untuk 300
unit telefon iPhone.





5. DYNATAC (1973)







Motorola membuat prototaip telefon mudah alih Dynamic Adaptive Total
Area Coverage (DYNATAC) sebagai telefon peribadi praktikal pertama. Di
gambar, bekas Naib Presiden Motorola Martin Cooper sedang menelefon
pesaingnya dari Bell Labs, Joel S Engel.





6. DynaTAC (1983)







Sepuluh tahun selepas kemunculan prototaip DynaTAC, Motorola mulai
memasarkan telefon ini ke awam. Dengan berat 0.9 kg, DYNATAC bekerja di
rangkaian teknologi AMPS, perkhidmatan khidmat analog generasi pertama
di Amerika Utara.





7. MicroTAC (1989)







Motorola memperkenalkan MicroTAC yang merupakan model telefon flip
pertama di dunia. Desain ini mengurangkan saiz telefon apabila tidak
digunakan. Dengan ukurannya yang kecil. MicroTAC juga merupakan telefon
saku pertama di dunia.





8. StarTAC (1996)







Melanjutkan line TAC-nya, Motorola kemudian melancarkan telefon
clamshell pertama bernama STARTAC yang boleh dilipat seperti cengkerang
kerang. Menurut Motorola, telefon ini mendapat inspirasi oleh peranti
komunikasi yang muncul pada filem siri Star Trek.





9. Communicator (1997)







Nokia 9000 Communicator adalah telefon yang membawa pengguna memasuki
era telefon pintar atau smartphone. Dengan desain clamshell-nya, telefon
ini yang pertama menyediakan paparan LCD serta papan kunci QWERTY yang
kukuh.





10. Benefon (1999)







Geosentric merupakan syarikat penjual telefon yang pertama yang membuat
telefon yang berintegrasi dengan peranti GPS. Tak cuma itu, telefon
bernama Benefon ini tahan percikan air, dengan menggunakan greyscale,
serta menyediakan peta untuk mengesan kedudukan dan pergerakan pengguna.





11. VP-201 (1999)







Di Jepun, Kyocera melancarkan telefon VP-201 yang merupakan telefon pertama yang memiliki kamera terintegrasi.





12. BlackBerry 5810 (2002)







RIM melancarkan peranti BlackBerry pertama yang berintegrasi dengan
telefon. Ini adalah telefon yang mensasarkan pengguna profesional yang
memerlukan perkhidmatan e-mel seketika dan penyesuaian jadual.
Kelemahannya, peranti ini tak punya speaker dan mikrofon.





13. iPhone (2007)







Steve Jobs mulai mengenalkan Apple iPhone pada 2007, sebuah telefon
pintar revolusi yang menggunakan skrin sentuh sekaligus mengadaptasi
teknologi 3G.





14. HTC EVO 4G (2010)







Telefon ini adalah telefon pertama yang mengandungi standard 4G, dan
beroperasi dalam rangkaian WiMAX. Dengan sistem operasi Android 2.1, ia
merupakan telefon belayar sentuh paling besar, kamera 8 MP, perakam
video definisi tinggi, keluaran HDMI, ciri Mobile Hotspot, dan antara
muka HTC Sense.

0 komentar:

Post a Comment


Top