Pada bulan Februari baru2 ni, Along terkena Chicken Pox, demam, batuk dan selesema. Teruk beb..Sampai terkena sawan tarik. Pada waktu ni, memang kena banyak bersabar sebab budak2 memang tak tahan. Kita yang tua bangka ni pun belum tentu bole tahan, apatah lagi budak kecik.
Sedih aku tengok muka Along. Dia nangis jer menahan gatal. Demam dia masa tu ada mencecah 39 darjah.
Angah macam biasa, hepi go lucky...
Untuk melegakan gatal2, aku sapu losyen Calamine. ianya tak menyembuhkan tapi cukup untuk melegakan 40% gatal2nya.
Gambar di bawah ni diambil sejurus selepas Along terkena sawan tarik. Muka biru, mulut berbuih, badan kekejangan. Menitik air mata aku beb...ibunya apatah lagi...
Lepas diberi ubat peluru yang masuk melalui punggung, barulah panasnya kebah dan Along tertido terus..
Tapi dia tido kejap jer...tak tahan sakit...
Wife aku selimutkan Along dengan tuala basah...
Barulah aku tau betapa susahnya menjaga anak....dulu masa kita kecik2 memang tak tau ape pun..kepada korang yang belum berumahtangga, benda2 macam ni harus ditempuh dengan sabar. Banyak hikmah yang aku belajar dari kisah ni. KLIK SINI untuk tips apa yang mesti dilakukan sekiranya anak anda terkena sawan.
0 komentar:
Post a Comment