Sabda Rasulullah s.a.w. 'Berguraulah dengan anak kamu kala usianya
satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga
naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik
anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik
dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)' dimana yang nak dipukul tu?
Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
'Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai
tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya
usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka'. Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka
tidak akan tergamak menderhaka . 'Saya pernah tinjau, anak-anak yang
lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.
Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak
rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun
seronok.
'Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk. Kita boleh
cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi
bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.' Jangan kita tunjuk sikap kita
yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan 'bodoh, kurang ajar, sumpah
seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka'. inilah
yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak
hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata,
kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga
dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab
anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil
endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.
Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak
mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi
apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya
kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur
emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan
baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan
mereka.
Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah
ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil
kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau
bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap
hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar,
selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika
semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan
dengan ibu?
'Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu
panjang untuk bersama kita.'
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana
tidak dipedulikan anak-anak. 'Hubungan dengan bapa sepatutnya sama
dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan,
nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada
bapa.' Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar
sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.
Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya
golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah
tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua.'
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti rsinggungnya hati emak. Kita
sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
'Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap
mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan
jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa
kandung,' jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak
dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.
Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu
memang wajar.
'Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan
ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah
adalah emak dan ayahnya. 'Perasaan mentua perlu dijunjung kerana
mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu
berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia
berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.
Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak
kenal siapa NabiIbrahim.
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar
kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.
Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak
Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara
winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri
Mereka tidak boleh.Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik
adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak
yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus
berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda
tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang
lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih
daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah
tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah
rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak
mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

0 komentar:
Post a Comment