Monday, May 31, 2010

Tahukah Anda, Dalam PC or Laptop Kita Ada lambang ZIONIS?



Ramai yg tidak tahu di komputer kita ada mnyimpan lambang zionis... 



tak percaya?...



sila pergi ke laptop anda : C:\ProgramFiles\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF


tolong delete file ni... 



tiada apa-apa effect pada laptop anda..



foto kemenangan lambang zionis....



logo tu akan berbentuk begini..






Misteri : Asal Usul Hantu Kum Kum Bahagian Dua






 Ini bukan gambaran sebenar hantu kum kum sebab 


saya pun xtak tahu rupa sebenar hantu kum kum tu..






Ok lah .. Menarik juga diskusi psal Hantu Kum Kum ni. Lain orang lain kenangannya dan bila dikongsi di sini, banyak jugak lah benda yang kita pernah tahu dulu (tapi terlupa) kini segar kembali. 


Tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, nampaknya ada beberapa perbezaan di kalangan para pengulas (err .. macam seminar la pulak). Justeru itu saya telah cuba mencari maklumat tambahan dan saya kira telah menemui fakta yang lebih sahih. Sebagai rumusan ke atas teori tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, di sini saya paparkan info yang dipetik dari wikipedia :


Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.

Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan “Kum-Kum” sambil mengenakan jibab.

Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1970-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini. Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu.


Begitulah halnya dengan Hantu Kum Kum. Sangat berbeza intipati berbanding langsuir atau puntianak. Kemunculannya adalah dalam bentuk simbolik untuk menggambarkan pendirian sebahagian dari kelompok masyarakat.



‘Kehadiran’ Hantu Kum Kum pada zaman kecil saya dulu apa pun akan tetap menjadi nostalgia, apabila mengingati aksi-aksi sakat menyakat serta ketakutan yang tak pasal-pasal timbul di kalangan budak2,  dan kini ia jadi senyuman bila dikenang …










sementara tu korang bace la lain2 dulu ek..















Misteri : Asal Usul Hantu Kum Kum Bahagian Satu

Misteri : Asal Usul Hantu Kum Kum Bahagian Satu




hantu_uitm.jpg


Asyik cerita2 mengarut je, nak cerita kat korang tentang Hantu Kum Kum pula..







Sekitar 1983-84 ..


Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99 wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.





Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan, dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang …





Kononnya juga… kalau dia memberi salam, bunyinya ialah ” Asalamualaikum .. kum .. kum “. Jika sesiapa menjawab dan membuka pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.





Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang .. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan memberi salam yang ‘meresahkan’ itu.


Sekadar terfikir, di mana Hantu Kum Kum tu sekarang ya ? 



Nostalgia : Tragedi Highland Towers (11 Disember 1993) - Bahagian 2













Jejak: Dua selamat, 48 penghuni terbunuh



HARI keempat operasi mencari dan menyelamat dijalankan dilalui dengan penuh kebimbangan oleh pasukan penyelamat.



Jika operasi gagal menjumpai mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, semakin tipis harapan menemui mangsa masih hidup.



Empat hari selepas permulaan kisah tragis runtuhan pada jam 1.30 petang Sabtu itu, bau hanyir mayat manusia semakin kuat dan boleh dihidu pada jarak 150 meter dari tapak runtuhan pangsapuri.






Pasukan penyelamat benar-benar mengejar masa memunggah timbunan konkrit dan besi untuk masuk ke dalam runtuhan itu dan mencari mangsa yang dipercayai masih hidup, berpandukan kepada ‘tanda-tanda kehidupan’ yang dikesan anggota Pasukan Keselamatan Awam Perancis dan anjing pengesannya, dua hari sebelum itu.



Bagaimanapun dengan bau mayat yang semakin kuat, semua pihak bersiap sedia menghadapi kemungkinan peluang mengeluarkan mangsa hidup semakin tipis.




Namun, ia tidak mematahkan semangat pasukan penyelamat dari Perancis, Jepun, Singapura dan tempatan yang terus bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap dengan bantuan dua ekor anjing pengesan dan teknologi canggih.




Mereka juga menambah bilangan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan yang diharapkan membawa kepada penemuan mangsa.






Anggota pasukan penyelamat bergilir-gilir memasuki terowong di bawah timbunan runtuhan itu untuk mengesan mangsa tetapi belum berhasil. Mereka tidak dapat bertahan lama dan terpaksa meninggalkan terowong setelah berada hanya lima minit kerana tidak tahan bau yang semakin menusuk hidung.



Pasukan penyelamat dari Jepun melaporkan mereka tidak dapat mengesan sebarang pergerakan di bawah runtuhan sebelah kanan blok pangsapuri itu, walaupun dengan menggunakan 'fibrescope' yang dilengkapi kamera.




Alat berkenaan berupaya mengambil gambar atau objek di bawah tanah atau runtuhan bangunan tetapi tiada hasil menggalakkan diperoleh.




Sehingga hari kelima, pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak.




Lengan tangan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang ditemui Pasukan Penyelamat Malapetaka Jepun di tingkat lapan bahagian kanan bangunan pada jam 1.30 tengah hari.






Empat mayat yang reput dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan, dikesan Pasukan Penyelamat Malapetaka Singapura di tingkat yang sama. Pasukan penyelamat Perancis yang ditugaskan di bahagian kiri bangunan tidak menemui sebarang mayat sehingga lewat petang tetapi ada mendengar ketukan daripada mangsa terperangkap yang dipercayai masih hidup.



Lengan dipercayai sebahagian anggota wanita dewasa dikeluarkan kira-kira jam 1.45 tengah hari dan dihantar ke HKL. Tengkorak kanak-kanak dipercayai berumur di antara tiga hingga lima tahun serta serpihan tulang lain ditemui di tingkat yang sama. Cebisan daging dan serpihan tulang itu adalah anggota badan lebih seorang mangsa.






Patologi HKL mengesan cap jari daripada mayat yang ditemui pada hari berkenaan dan dihantar kepada pasukan penyiasat.



Operasi diteruskan berikutan pasukan penyelamat antarabangsa optimis masih ada mangsa yang hidup di bawah runtuhan. Bagaimanapun, sukar sekali penyelamat untuk menghampiri mereka kerana dihalang konkrit tebal. Petugas terpaksa menggunakan peralatan ringan dan tangan saja kerana bimbang punggahan konkrit menggunakan jentera menyebabkan binaan berat itu runtuh dan membahayakan mangsa.




Tarikh 17 Disember, pasukan pencari tidak lagi menemui sebarang tanda mangsa masih hidup. Ketukan dinding tidak lagi berbalas, penggunaan teknologi dan anjing pengesan juga menunjukkan hasil sama.




Usaha diteruskan dengan tujuan mengeluarkan mayat mangsa walaupun jauh di lubuk hati, mereka masih mengharapkan ‘keajaiban luar biasa’ untuk menemui mangsa yang terselamat dan hidup selepas hampir seminggu terperangkap.




Keesokannya, pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak dalam timbunan runtuhan pangsapuri Highland Towers. Mayat itu ditemui berhampiran tangki air berdekatan tempat letak kereta di pangsapuri yang terbenam.






Pasukan penyelamat kemudian menemui beberapa lagi mayat termasuk mayat wanita yang reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta pada jam 7 malam. Kakinya yang putus ditemui berdekatan.



Kebanyakan mayat yang ditemui dan dikesan dalam keadaan ngeri kemungkinan dihempap konkrit dan batu-batan ketika pangsapuri itu runtuh pada hari kejadian.




Pasukan penyelamat meneruskan kerja lebih agresif dengan menggunakan jentera




berat sebagai usaha terakhir mencari mangsa terperangkap yang mungkin masih hidup.




Pada 20 Disember, 25 mayat termasuk seorang memeluk al-Quran, ditemui. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak, dipercayai anaknya kira-kira jam 4.05 pagi.




Selepas 11 hari gerakan mencari dilakukan, akhirnya pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap sekitar jam 4.40 petang.




Bedah siasat ke atas 48 mayat mangsa runtuhan pangsapuri Highland Towers mengesahkan mereka terbunuh pada hari kejadian 11 Disember lalu kerana cedera parah dihempap serpihan konkrit dan batu-bata.




Empat puluh lapan mayat dicatat sebagai rekod akhir mangsa yang terkorban dengan hanya dua terselamat dalam tragedi terburuk dalam sejarah negara ini.




Kini, kejadian ngeri itu mungkin semakin dilupai masyarakat selepas 13 tahun berlalu tetapi bagi si lelaki yang tergamam menyaksikan sendiri runtuhan itu selain kebanyakan pasukan penyelamat, hatinya akan terdetik pilu tatkala mendengar perkataan 'Highland Towers'.




Dua perkataan itu adalah sinopsis kepada sebuah kisah panjang petaka alam akibat kerakusan manusia mengejar pembangunan tanpa mempedulikan ‘kesakitan’ yang dilakukan terhadap alam sekitar.




Blok A pangsapuri itu tumbang berikutan berlaku gelungsuran tanah akibat aliran air pada bukit curam di belakang ketiga-tiga blok kondominium itu disebabkan reka bentuk tembok penahan tanah yang tidak baik dan tidak mencukupi ketika pangsapuri itu dibina.






Dan ketika lelaki itu melihat masih ada alam sekitar yang dirosakkan sewenang-wenangnya atas nama pembangunan, hatinya berdetik ketakutan. Jelas manusia tidak pernah belajar daripada kesilapan.



Sumber: Berita Harian

Nostalgia : Tragedi Highland Towers (11 Disember 1993) - Bahagian 1



Tragedi Highland Towers 

Calitan nestapa negara

Oleh Nasron Sira Rahim





Peristiwa terburuk dalam sejarah industri pembinaan Malaysia tercatat pada 11 Disember 1993.






LELAKI itu tergamam melihat apa yang berlaku di hadapannya! Mulutnya ternganga tanpa mampu mengeluarkan sebarang suara. Badannya menggigil ketakutan.





Kejadian di hadapan matanya sungguh menggemparkan. Bangunan gah di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor; itu tiba-tiba runtuh menyembah bumi.





Dia menelan air liur mengenangkan keadaan manusia yang mungkin berada dalam pangsapuri Highland Towers, 12 tingkat itu runtuh.





Jam menunjukkan sekitar 1.35 petang ketika dia berasa gegaran kuat persis gempa bumi. Sejurus kemudian dilihatnya Blok A, pangsapuri Highland Towers itu runtuh selepas 14 tahun berdiri megah.





Kejadian 11 Disember 1993 itu menggemparkan seluruh negara dan mencatat sejarah terburuk dalam industri pembinaan Malaysia.





Sebaik kejadian, kawasan runtuhan dipenuhi pelbagai pihak berkuasa untuk menjalankan operasi menyelamat. Sebahagian besar penghuni adalah rakyat asing yang bekerja di negara ini. Antara yang terperangkap dalam runtuhan pangsapuri 50 unit itu ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Musa dan isteri.





Media massa turut memenuhi kawasan lokasi kejadian untuk melaporkan tragedi terburuk dalam sejarah negara itu.





Bilik gerakan ditubuhkan petang itu dan pasukan mencari dan menyelamat mangsa digerakkan segera. Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikejarkan ke tempat kejadian.





Beberapa jam kemudian 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.





Dua helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu sebuah Nuri dan sebuah Alouette turut membantu usaha menyelamat.














Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat tidak semudah yang disangka. Kerutan di dahi petugas membayangkan kesukaran berikutan sebahagian bangunan itu terbenam dalam tanah. Pasukan penyelamat tidak dapat memasuki bangunan runtuh kerana mangsa tertimbus di bawah timbunan konkrit bangunan.





Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad; Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri kabinet bergegas melawat tempat kejadian.






Operasi berterusan dilakukan menyeluruh dan kira-kira jam 4.30 petang, pasukan menyelamat mendengar jeritan seorang wanita dan tangisan bayi dari bawah runtuhan itu.





Apabila melihat sebatang kayu dijolok keluar dari runtuhan berkenaan, mereka bergegas dengan penuh harapan ada mangsa yang selamat. Mereka menjenguk ke dalam lubang rekahan itu dan mendapati seorang wanita mendakap anaknya dan meminta diselamatkan.





Akhirnya mangsa pertama iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Nur Hamidah Najib, dikeluarkan dari timbunan konkrit diikuti seorang rakyat Jepun, Nakajima Shizue, 50.






Mangsa ketiga iaitu rakyat Indonesia dikenali Umi Rashidah Khoruman, 22 yang juga ibu Nur Hamidah akhirnya berjaya dibawa keluar walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana rekahan runtuhan agak kecil.





Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Mata petugas terus bersinar mengharapkan lebih ramai penghuni terselamat.





Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam, berita sedih diterima apabila wanita rakyat Jepun itu meninggal dunia kira-kira 10 jam selepas diselamatkan.





Hari pertama kejadian dan operasi menyelamat diakhiri dengan berita kematian seorang mangsa, dua terselamat dan puluhan lagi masih hilang di bawah timbunan konkrit.





Hari seterusnya, pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu diikuti sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi pada 13 Disember. Turut serta pasukan dari Singapura dan Jepun.





Beberapa jam selepas kehadiran anjing pengesan pasukan Perancis itu, mereka mengesan kemungkinan ada mangsa terperangkap masih hidup. Kemahiran anjing pengesan itu turut disokong teknologi pengesan degup jantung Pasukan Penyelamat dan Bantuan Malapetaka (Dart) yang menunjukkan hasil sama.





Tambahan pula ketukan penyelamat dari luar mendapat ketukan balas dari dalam runtuhan sekali gus menyemarakkan semangat pasukan mencari untuk terus menyelamatkan mangsa. Berdasarkan kejadian terperangkap sebelum ini, mangsa biasanya boleh bertahan selama empat hingga lapan hari tanpa makan dan minum.





Pasukan Perancis berjaya menebuk lubang sedalam 4.5 meter dan turun ke dalam sebuah bilik pangsapuri yang runtuh, kira-kira jam 3 pagi. Mereka menjumpai dua katil di dalam bilik itu tetapi tidak mengesan sebarang mangsa dan masih meneruskan usaha mengesan arah bunyi ketukan.





Pasukan penyelamat Jepun turut menggali lubang sedalam 4.5 meter pada satu bahagian lain bangunan itu dan hanya menjumpai sebuah kereta BMW di dalam sebuah ruang.





Berikutan tragedi itu, semua penghuni dua blok pangsapuri berhampiran dan beberapa banglo sekitar kawasan itu diarahkan mengosongkan kediaman mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.





Dengan penuh harapan, gerakan mencari mangsa diteruskan.









KRONOLOGI: Highland Towers





11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.





12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.





13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.





15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.





16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.





17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.





18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.





19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.





20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.





21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.





22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

SUMBER : BERITA HARIAN



Sunday, May 30, 2010

10 Perkara Yang Best / Tak Best Pasal Geng Blogger

10 Perkara Yang Best / Tak Best Pasal Geng Blogger

10 Perkara Best

1 ) Ramai orang akan baca entri yang korang baru ping. Aku dah survey, setiap 5 minit sekurang2nya 5 orang akan masuk blog korang walaupun entri yang korang ping tu isinya ntahahapehapentah.

2 ) Senang dapat follower.Pilih jer yang mana nak...Yang cantik? Yang hensem? Yang gagah? Yang bengong?

3 ) Banyak blog yang berinformasi mudah ditemui. Contoh macam http://kakimotong.blogspot.com ...ha ha ha ha

4 ) Banyak blog yang otai2 korang boleh tiru widget2nya.

5 ) Kalau rajin BW, muka korang akan ditayangkan di muka depan GB dengan bangganya sebagai blogger yang paling mesra, paling glemer, paling masyuk, paling menyampah nasib baik takde...

6 ) Nuff korang senang naik.

7 ) Kalau nak glemer cepat, letakla gambar korang yang bersaiz tapak kaki kat header template blog korang tu. gambar saiz ni bole nampak jerawat dan black head. Untung2 ada syarikat kosmetik macam AVON minat kat jerawat korang untuk iklan.

8 ) Korang bole chat sebanyak mana yang korang terdaya sampai bilamana korang akan menyampah kat diri sendiri pastu salahkan GB plak.

9 ) Kucing2 rumah & terbiar/ tikus/ hamster/ burung / labi-labi /siput babi korang senang femes walaupun dah mati...tak payah masuk forum minatang mintang mengong yang lain...kat GB pun bulehh...!! Kira,,,GB ni serba boleh laa...

10) GB takde limit keahlian...satu alam cakerawala ni boleh join.... so yang mana belum kawin tu senang carik jodoh.


10 Perkara Tak Best

1 ) GB kena hacked ke hari tu??? Bebulu aku siutt...

2 ) Ada ahli2 baru yang salah taip domain name blog atau tak masukkan link dia agaknya..mencii...tak bole masuk...buang karen jer...muka jer hensem / cun...

3 ) Ada blogger yang kena gastrik sebab tak makan... apa taknya, dok layan GB dari pagi sampai pagi esoknya...kentut pun dah takde bau dah...perut dah kosong...

4 ) Ada blogger yang eksiden kete sebab tak cukup tido layan GB ( ade ke? )..pastu salahkan Mid Vellu plak...

5 ) Laptop hanged pun salahkan GB sebab kata GB ni berat...Laptop korang tu yang problem, pegila anta repair kat kedai kasut...

6 ) Pelayan2 GB tegar biasanya mandi sehari sekali jer. Jangan nak tipu......

7 ) Ada blogger kat opis yang tak buat keje dok sibuk layan GB...bila boss datang barulah terhegeh2 tukar page keje...ada 5 page biasanya...
a. Window Explorer
b. Excel / Word / AutoCad
c. Geng Blogger
d. Blog diorang sendiri ...ha ha ha
e. Facebook

8 ) Ada blogger yang kena buang keje pasal dia posting kat GB bagitau yang dia boring keje kat opis ni, siap luahkan hati bagitau bos dia kedekut laa, gatal laa,miang laa, muka hodoh laa...pastu nak carik keje lain la konon...diorang tak tau yang boss diorang pun layan GB gak...kantooii maaannggg....!!!!

9 ) Ada blogger yang lupa masak nasi, laki dah balik umah pun tak sedar....harap2 takde yang bercerai berai yer...kucing pun dah kurus kerempeng...

10) Adik dah 10 kali cakap sambil berguling di lantai " Bu, nak susu Bu...!!!!"

Saturday, May 29, 2010

Perkara2 Yang Hero Boleh / Tak Boleh Buat...ha ha ha


15 perkara yang Hero boleh lakukan :

1 ) Makan
2 ) Minum
3 ) Buang Air
4 ) Tidur
5 ) Lompat ke atas katil, kerusi / meja /makan
6 ) Lompat turun dari katil, kerusi / meja makan
7 ) Lompat ke atas sinki
8 ) Mengawan ( tak payah di ajar )
9 ) Menyerang ( pernah serang kucing liar )
10) Bergurau ( kejar tali, lampu laser, penyapu, mop )
11) Naik tangga
12) Turun tangga
13) Berdiri dengan 2 kaki
14) Melompat macam kanggaroo
15) Boleh tangkap lalat / burung..and the burung is dead.

8 perkara yang Hero tidak boleh lakukan :

1 ) Tak boleh berlari ( melompat jer )
2 ) Tak boleh mencakar
3 ) Tak boleh bersihkan mukanya dengan kaki depan
4 ) Tak boleh makan daging ( gigi dah takde, tinggal taring jer )
5 ) Tak boleh makan piskis lembik ( cirit )
6 ) Tak boleh minum susu ( cirit )
7 ) Tak boleh berjalan jauh ( dari ruang tamu ke dapur. Biasanya 2 trip sebab dia penat )
8 ) Lompat turun dari sinki ( pasal tinggi sangat )

10 Sifat2 / perangai Hero :

1 ) Penyayang ( selalu jilat rambut aku )
2 ) Manja ( dengan wife aku )
3 ) Berani
4 ) Tak berputus asa. Kalau aku panggil dari jauh, dia akan datang jugak dengan susah payah.
5 ) Berani menyerang ( jika terasa diri dalam bahaya ).
6 ) Gigitannya amat berbisa ( wife aku pernah kena gigit, berjahit beb..tapi wife aku tak marah pun )
7 ) Walaupun penat, Hero akan ke tandas juga untuk buang air. Tapi kadang2 tu terbabas gak..Mungkin terlalu penat kot.
8 ) Kalau anak aku kacau2 Hero, Hero diam jer...tak gigit pun.
9 ) Hero jarang sakit ( sebab wife aku jaga dia betul2 )
10) Mata dia amat terang dalam suasana gelap.

Benda pelik yang Hero buat :

Oooops....buang air besar berdiri...ha ha ha

Friday, May 28, 2010

Blogger Cik Bunga Meninggal Dunia Di Mekah

Korang cam tak gambar dan template blog ni??

Aku dapat berita bahawa PEMILIK BLOG INI dan juga merupakan salah seorang peminat Hero telah meninggalkan kita buat selama2nya...nama net arwah ialah cik bunga....Aku sedih baca entri terakhir arwah yang menunjukkan beliau seolah2 tahu yang beliau akan pergi selama2nya....Arwah juga sempat attach video klip lagu Misha Omar - Semoga Abadi dan Faizal Tahir - Sampai Syurga...Arwah juga selalu meninggalkan komen2 dalam entri2 dan shoutbox aku....dan aku rasa BLOG NI adalah kepunyaan abang arwah...Marilah kita bersama2 sedekahkan Al~Fatihah untuk arwah. Ingatlah bahawa mati itu pasti....



yang terakhir kali~~

Posted by cik bUNgA at Monday, May 10, 2010
salam... hehe.... luv u abg ejad.... nmpk x entry kat bawah2 niii..... hikhik... tokey bunge.... aishhhhh name.... x romantik langsung.... akhirnya.... die nak jugak... melibat kan diri dlm blog2 nih.... berkat paksaan sy lah tu... hehee thanx syg... muahhhhhh... nanti byk2 post yer.... orite lah.... ape nak tulis yer... ermmm ini adalah yg terakhir sy tulis... hehe pas ni sy cuti.... 20 ari.... ngeeeeeeeee mase sy tade.... korg jgn noti yer... masuk blog sy.... jgn sepah2 kan yer... hikhik.... terlebih dahulu.... sy nak ucap terime kasih pade abg sy... abg airiel... yg selalu tolong saye... selalu nasihat kan sy... mcm2.... selalu je bagi semangat pade sy time sy down... time sy sakit.... terima kasih abg.... sy x kan lupe kan jase2 abg... dan sy mohon ampun kalau sy selalu wat salah pade abg... melawan ckp abg... opkos laa kan.... huhu...


( ini adalah pesanan untuk kita semua )

sblom sy cuti nih....
sy nak mohon ampun maaf.. pade semua teman2 blogger... yg selalu sudi melawat blog sy yg tah pape niii...
kalau ade salah silap sy.. mase sy menaip... terkasar bahase...
korg menyampah.... watever...
hope korg dpt maafkan sy... ampun kan sy...
~yg baik dan benar.. semuanya dari ALLAH... yg buruk.. adalah kelemahan diri sy~


Thursday, May 27, 2010

Pesanan Pizza Tahun 2057





Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Slamat dtg ke dunia IT.
Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2057


Operator : Terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu ..


Pelanggan : Heloo,saya nak pesan pizza.


Operator : Saya perlukan no I/C Encik untuk memproses permohonan seterusnya.


Pelanggan : Ok, sekejap. No I/C nya : 860808-32-2369


Operator : Ok Encik Nizam ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan bangi indah, no.16, Seksyen 18/34D, Bangi. Nombor telefon rumah : 03 89254444, No pejabat : 03 40242988 ext 999 dan no telefon bimbit anda : 018-2109876 ,encik menelefon dari mana ?


Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua No Tel saya ?


Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.


Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - Pakej Family


Operator : Itu bukan idea yang bagus encik


Pelanggan : kenapa pulak ?


Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.


Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?


Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza


Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?


Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.






Pelanggan : Ok lah. Ikut je la. So, Berapa harga Pakej family yg saya pesan tadi?


Operator : Tapi pekej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM120.00


Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.


Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.


Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.


Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, CIMB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00


Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan di hantar ?


Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.


Pelanggan : APA ????


Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik ?


Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!,


Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.
Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2020 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.


Pelanggan : (Terdiamm....)


Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?


Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?


Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....


Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !


Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik,
untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh
mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....


 Lapar lakk aku tgk pizza ni... hahaha..

Kucing Yang Mirip Hero / Simply Looks Like Hero

Semalam masa aku gi minum kat warung dengan officemate aku, ada seekor kucing mirip seperti Hero...Tiba2 aku terus teringat kat Hero...dalam hati aku berkata, macam ni lah rupa Hero kalau ada tangan....Bentuk muka dah sama dah, tapi hensem Hero aku lagi....
Same as Hero

Sebijik macam Hero kan?? Tapi tompok dia lain skit...

I wonder if my Hero have a front legs...so sad..

Sebijik macam plastik sampah..( alaa, gurau yer pak tam..cayang kat pak tam...) / Looks like garbage plastic...ha ha ha

Viva Selangor!!




Caya lah Amri!


Cantik gol ko~


Dulu Van Der Sar pon tertewas dgn gol jauh cmni~


Seronok lakk aku tgk SELANGOR main tahun ni,


Sekarang SELANGOR da leading 8 mata mgatasi KELANTAN.










Amri di asak pemain man utd







Gempak lah amri!







Gollll!!! Van Der Sar tertewas jua! :p







Celebrate dlu~







wira MALAYSIA dan SELANGOR







Kalau games lawan KELANTAN, mesti tegang punya..







Lawan KL PLUS yg power sangat~




AMRI YAHYAH







VIVA SELANGOR!!







Dan aku bantah keputusan tidak adil FAM terhadap SELANGOR!



















Saksikan gol Amri ketika menewaskan PAHANG hari tu.. gol tercantik penah aku tgk dari Amri~

Kucing Kudung ( Hero ) gaduh dengan kucing tak kudung...

Kucing Kudung ( Hero ) gaduh dengan kucing tak kudung...


Ha ha ha.....Round 2 Pak Tam kalah lagi....Nak tengok Round 1??? KLIK SINI
Pak Tam lose in 2nd Round fight......Want to see the 1st Round fight?? CLICK HERE

Wednesday, May 26, 2010

Wajah Kesayangan Hamba ( Hero )

Beginilah rutin seharian Hero. Lepas makan biasanya dia akan duduk depan pintu. Biasanya saya akan duduk berdekatan dengan pintu supaya dapat memantau pergerakan dia takut2 dia terkeluar dari kawasan rumah. Di luar kawasan rumah ini agak berbahaya bagi Hero kerana banyak kereta lalu lalang dan banyak anjing liar.
Hero ternampak anjing yang berkeliaran di luar rumah.
Pastu dia baring sebab penat berdiri.

Ni lah kaki depan Hero yang kudung...

Kaki belakang macam ayam...tengok la peha dia..mantop beb...macam ayam kentaki...

Gambar Hero 5 tahun yang lepas.

Hero masa kat rumah mak mertua aku. Dia memang suka bunga. Mak mertua aku pernah jaga Hero selama sebulan kat rumah dia. Dia amat sayangkan Hero. Dia kata Hero nakal...

Hero hensem tak??

Masa ni Hero tengah bergurau senda dengan aku...

Geram tengok bulu ayam.

Top