Thursday, February 11, 2010

Insafnya Aku

1 minit...: Harimau, tali, buaya, tikus dan madu



Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi

hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar

satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi....aauuummmmm !!!!! Bunyi

harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si

hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar

hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.





Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni

punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia

diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.



Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.

Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke

dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut

pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah

perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni

pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa

kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak

selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada

apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh

ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau

bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.



Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor

tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali

yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu

pulak.





Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu,

keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi,

cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa

buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu

tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,

tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. bunyi lebah

bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg

sedang bawa madu.



Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba

Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah

tu kata,"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.

Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."



Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang

menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

************

Moral of the story :

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau

yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,

so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan

Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba

bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka

panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur

kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang

sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,

madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat

dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia

lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat

sikit lupa pada Allah Waktu susah baru la nak ingat Allah.



Astaghfirullah. ..

0 komentar:

Post a Comment


Top