Thursday, August 4, 2011

Identiti Makcik Hajjah Siti Alwuzara Sudah Dikenal Pasti







Sebelum ini kecoh fasal seorang pengguna Twitter/blog menyiarkan tulisan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Berdasarkan maklumat di blog, pelaku hanya dikenal sebagai "Makcik Hajjah Sitt" atau @sitt_alwuzura3. Kelahanatan pelaku itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh pelbagai pihak. Malah pihak berkuasa dan SKMM berjanji akan menyiasat identiti pelaku. Sehingga kini, tiada khabar rasmi tentang usaha mengenal pasti identiti pelaku.


Sebuah blog pro-BN, Cucu Tok Selampit mendakwa sudah dapat mengenal pasti identiti pelaku. Blog itu mendakwa usaha mengenal pasti identiti pelaku berjaya dilakukan dengan bantuan pengodam-pengodam (hackers) yang dirahsiakan identiti mereka. 


Berdasarkan tulisan di CTS, empunya blog mendakwa sudah memperoleh nama penuh, alamat, NRIC serta gambar pemilik akaun wanita anti-Islam ini. Namun, empunya blog enggan mendedahkannya buat masa ini kerana mendakwa mahu mengumpulkan maklumat terperinci serta sedang berurusan dengan Jabatan Agama Islam dan agensi-agensi yang terlibat untuk membawa wanita murtad ini ke muka pengadilan. 




Sebagai pembayang, pelaku merupakan seorang wanita muda yang berasal daripada keluarga campuran. Bapanya mualaf Cina dan ibunya Melayu. Pelaku pernah mendapat pendidikan di sekolah agama dan pernah juga melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Wajah graduan UUM ini boleh dikategorikan sebagai golongan cantik.





Kredit to duniacacamarba.blogspot.com


0 komentar:

Post a Comment


Top