Sunday, August 28, 2011

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka









Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.

" Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Related Posts

  • 20 Petua JANGAN ...1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kala…
  • 22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi Di Sebut Di Dalam Al-QuranDalam Al-Quran disebutkan antara - antara sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu :1. Keras hati dan dzalim (Al-Baqarah:75,91,9…
  • Antara Anjing Dengan ManusiaLEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.L…
  • Angka 13 Ialah Angka BertuahNilai Angka 13 Pada Illuminati & FreemasonAngka 13 bolehlah dianggap sebagai angka yang menimbulkan banyak kontrover…
  • Tali GantungKematian bukanlah sebuah cerita hiburan yang boleh dibuat permainan seumpama permainan video, bola jaring atau bola sep…

0 komentar:

Post a Comment